Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

17/04/2012

Khaled Nordin Naik Berang Dengan UniSEL dan Pelajar Berdemo.


Oleh: HHalem.

1- Isu hutang pinjaman PTPTN akan dilangsaikan dengan bantuan wang Petronas menjadi kecoh, malah mengelirukan, apabila Ketua Pembangkang menabur janji-janji manis bahawa pinjaman itu akan dibayar balik kepada bank oleh kerajaan/Petronas jika Pakatan Rakyat berkuasa selepas PRU13 nanti. Ya ! Jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Perkara yang dijanjikan Anwar ini tidak termaktub didalam Buku Jingga Pakatan. Malahan Karpal DAP tidak pula melompat-lompat seperti mana beliau melompat menikam Pok Nick apabila PAS menyebut akan melaksanakan negara Islam, jika, Pakatan berjaya ke Putrajaya.

Adakah kita nampak atau tidak perbezaan ketara di atas. DAP memang suka memperbodohkan dan PAS-PKR dipergunakan.
Nak mohon masuk ke KUIS. 
Tidak ada PTPTN nanti..

2- Sehubungan dengan itu, bekas-bekas pelajar yang berhutang dengan PTPTN cukup gembira apabila disebut tidak perlu membayar balik hutang PTPTN. Mereka ini akan berduyun-duyun menyokong Anwar-Pakatan nanti dengan harapan Anwar akan berjaya ke Putrajaya.


Sedar atau tidak bahawa meminta kerajaan melangsaikan hutang PTPTN secara automatik menghapuskan skim pinjaman PTPTN.

Terhapus hutang PTPTN cukup mengembirakan bekas-bekas pelajar yang memang liat membayar hutang, tetapi adakah terfikir bagaimana pelajar-pelajar baru akan dibiayai di IPTA-IPTS?

Di mana pelajar-pelajar ini akan meminjam? Adakah ibu bapa dan abang-kakak memikir bagaimana adik-adik akan dibiayai nanti? Jangan main seronok sahaja menyokong Anwar dengan tidak berfikir. Hendak menunggu pelajaran percuma dari Pakatan? Lihat sendiri contoh-contoh yang mana mereka memberi segala benda percuma selama ini di negeri Kedah dan Selangor. Kesan sampingan nya cukup menyusahkan rakyat negeri. Sampah bersepah-sepah dimerata-rata tempat.

Nak mohon masuk ke KUIN. 
Tidak ada PTPTN nanti..

3- Didalam isu yang sama, Khaled Nordin pun sudah naik hot, kiranya berang lah juga, terutama apabila beliau dan DS Najib telah di bunga-malai-kan oleh para pelajar yang tidak tahu apa yang mereka lakukan.

"Saya ingat mereka  semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan (wang PTPTN)," – Khaled di bungakan>

Khaled berkata Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan negeri Selangor yang turut memperjuangkan supaya PTPTN dimansuhkan juga patut menyatakan pendirian mereka dengan tegas mengenai isu berkenaan.

"Mereka (Unisel) nak atau tak nak pelajar mereka mendapat PTPTN? Kalau betul nak mansuhkan PTPTN jangan buat iklan dalam akhbar siapa yang masuk Unisel boleh dapat PTPTN," – Khaled Nordin

Selain UniSel dan KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor), terdapat juga KUIN (Kolej Universiti Islam Insaniah Kedah) yang menawarkan kursus dengan iklan pinjaman PTPTN.

Kesannya nanti cukup mendalam dimana para ibubapa dan pelajar baru tentu akan risau untuk memohon masuk ke UniSel, Kuis dan Kuin kerana silap haribulan mereka tidak dapat memohon PTPTN akibat dan angkara Anwar yang mengelirukan semua pihak.

Sudah tentu UniSel-Kuis-Kuin dan PTPTN akan menerima banyak panggilan talipon akibat buatan Anwar yang cuba menipu dan mengelirukan anak-anak muda. Malahan permohonan kemasukan ke tempat tersebut sudah tentu akan menurun tahun ini.
Nak mohon masuk ke UniSEL. 
Tidak ada PTPTN nanti..

Cuba lihat data dibawah:

UNISEL menerima pinjaman PTPTN sebanyak RM851,294,429.90 untuk faedah sebanyak 25,649 pelajar universiti itu sejak tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012.

Manakala di KUIS pula menerima sebanyak RM369 juta 977,659.00 untuk kemudahan sebanyak 13,763 pelajar.

Siapakah yang akan membiayai semua ini jika pelajaran percuma? Sudah tentu pembayar-pembayar cukai yang akan menerima akibatnya.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

8 comments:

  1. org kaya anak mereka senang saja masuk sebab modal panjang nak sara anak di universiti...

    anak org susah akan kempunan nak belajar...
    atas sebab tak mampu confirm akan berlaku segala perkara yg buruk misalnya anak muda akan berkecimpung untuk berniaga benda yg haram dan salah iaitu dadah sebab dadah ni meme cepat sangat kita nak bt duit...

    yg pompuan plak maybe akan menyundal...
    takut tak sempat kawin depan belakang dah lost grip...
    lagi kesian kalau tak sempat kumpul modal kena penyakit aids...
    jenayah buang bayi akan bertambah dari masa ke semasa...

    lihat la perbezaan antara anak org mewah dah anak org susah nak cari duit...

    keja swasta banyak bahagian pentadbiran dikawal oleh kaum cina bangsat...anak melayu jadi kuli saja...

    kalau diorang dah putus asa cara yg halal aku gerenti jalan hitam yg akan di pilih untuk bt fast money...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. Aku bersetuju agar pinjaman PTPTN dihapuskan & diganti PSTPTN (Pembiayaan Sumbangan Tabung Pendidikan Tinggi Negara), setiap rakyat Malaysia, yang berkelayakan diberi sumbangan mengikut kemampuan keluarga masing2, disamping membuat aku janji kepada Kerajaan melalui Jabatan Hasil (JHDN), jika sudah berkerja, memberi sumbangan kembali kepada PSTPTN melalui potongan kepada JHDN setiap bulan, tanpa faedah, mengikut kemampuan gaji bulanan sesaorang, sehingga selesai amaun sumbangan yang diterima dahulu, untuk menghapuskan terus sumbangan yang diterima, akan memudaratkan Ekonomi Negara, kerana hasil minyak Negara bukanlah sesuatu yang berkekalan, Generasi akan datang akan mengutuk kita, jika suatu hari Ekonomi Malaysia merudum & Negara dibelenggu dgn. hutang.

    ReplyDelete
  3. Awat blogger ni bengap sangat. Hang tau ka PTPTN tu start bila ?. Sebelum PTPTN ada..rakyat Malaysia khususnya Melayu further study kat Upakai duit apa ?. BIASISWA la ngok oii. Cuma bila Najib pegang protfolio pendidikan, dia yang perkenalkan PTPTN. BIASISWA hampir dilupuskan dan diganti dengan BIASISWA kat para kroni seperti Tajuddin, Shahrizat, PKFZ, PERWAJA, Razak Baginda, Taib Mahmud, TNB IPP dan ramai lagi. Puak2 ni yang dapat BIASISWA berbillion tapi puluhan ribu pelajar sekarang terpaksa berhutang dengan PTPTN hanya kerana nak belajar.

    Anwar dan PR nak hapuskan PTPTN memang betoi.Tapi Anwar dan PR akan kembalikan BIASISWA untuk pelajar U dan batalkan BIASISWA untuk para kroni seperti contoh2 yang disebut tadi. Jadi kat mana tak kenanya bagi hang wahai blogger haprak ???.

    Kalau Malaysia ni ramai dengan blogger taraf haprak macam hang..lagi baik sebab lagi cepat UMNO BN tumbang !. Main twist2 isu ni memang keja UMNO BN laaa.

    ReplyDelete
  4. Padan moko ko! Duit negara puluhan billion diguna untuk biasiswa pada para kroni yang sekerat bilangannya...tapi puluhan ribu pelajar pula UMNO BN suruh berhutang ala along versi baru.

    Hanya pelajar dan mahasiswa dungu saja yang akan tolak cadangan Anwar dan PR kerana pelajar dan mahasiswa spesis ni lebih rela biasiswa special diberi kepada puak2 kroni UMNO BN. Diri sendiri rela berhutang kat along PTPTN.

    Wahai mahasiswa...punca semua ni gara2 maha..thir dan disambung oleh Najib !

    ReplyDelete
  5. Anon 10:29 dan 10:37..

    Hang memang bebal..suruh mengaji malas, semua nak percuma..cari ilmu banyak banyak, buka mata keliling luas luas..adat orang berhutang memang kena bayar..hang nak ilmu hang mesti bayar..apa ingat ilmu tu free kaa..hang pakai keta, motor awat tak mintak bank lupuskan..bodoh piang..yang dok sabit kroni kroni dan yang tah hapa hapa tu apa pasai..la ni cerita pasai pinjaman pelajaran bukan pinjaman berniaga..ini cerita orang susah nak belajar..kalu belajar sampai CGPA 3.5 hangpa dapat biasiswa betui tak..awat bodah benak sangat..Tepuk dada tanya hati ..kalu tak nak berhutang jangan mohon PTPTN biaya sendiri macam hang beli rumah kalau tak nak pinjam bank bayar cash..

    ReplyDelete
  6. Allo macai AnonymousApr 17, 2012 02:08 AM,

    Soal pokok sekarang bukan soal hutang PTPTN tak bayar atau tidak. Orang pertikaikan PTPTN sebab terlalu mencekik pelajar. Abis jer belajar 6 bulan..samada dapat kerja atau tidak, hutang terpaksa dibayar dan interest terus jalan. Wahai macai yang pandai...duit khazanah negara yang hilang RM28 billion setahun bawah pemerintahan UMNO BN seperti dilapor Audit Negara...mana pergi duit tu ?. Kenapa duit sebanyak tu boleh bocor dan lesap macam tu saje. Kalau RM 2 billion ni diurus dengan baik dan jujur tanpa unsur rasuah...PTPTN tu tak perlu pun malah biasiswa boleh diteruskan macam dulu.

    Macai ni nampak sangat megah dengan PTPTN dseolah2 PTPTN ni adalah segala2nya tapi sanggup pula mengabaikan hal2 penyelewengan yang berlambak oleh regim UMNO BN. Tak pernah ke macai ni tanya dan tengok sendiri macam mana gaya belanja keluarga PM dan keluarga anak2 menteri UMNO BN, siap dengan helicofter, berg bernilai jutaan ringgit, kecik2 dah pakai porsche..tu tak kira subsidi kat Shahrizat, Tajuddin dan ramai lagi. Kalau duit berbillion boleh habiskan kat sekerat puak tertentu jer..kenapa berat sangat nak bantu pluhan ribu pelajar yang nak cari ilmu, bukan nak buat untung macam puak2 kroni tu.

    Jangan jadi bengao la nak samakan hutang bank. Pandailah sikit bezakan antara peranan swasta dan tangggungjawab sosial kerajaan. Kalau kerjaan sendiri dah berorientasikan profit dan nak biarkan kuasa pasaran menentukan segala2nya..baik kerajaan UMNO BN ni jadi along jer dan persetankan dengan tanggungjawab sosial. Memang taraf otak bengap la ko ni...buta2 sama kan peranan kerajaan dengan pihak swasta. Ko mengaji mana ni dey sampai perkara macam ni ko tak boleh bezakan. pandai la tu yer ???

    ReplyDelete
  7. Anon 10:29 & 10:37, kalau ikutkan semua orang mahu benda percuma, termasuk mas kahwin, sebab itulah Islam telah menetapkan mas kahwin, wajib dibayar, jika tidak mas kahwinpun, mereka buat lupa sahaja kerana hantaran telah diberi, era sebelum Tun Mahathir, tidak ramai yang menjejak kaki kemenara gading sebab itulah biasiswa diberikan, sekarang bolih dikatakan setiap keluarga mempunyai lebih dari satu anak berada diIPTA/IPTS, kerajaan membuka peluang seluasnya kpd rakyat, untuk mencari ilmu bagi memajukan diri, olih kerana hendak beri peluang kepada semuanya lah PTPTN diperkenalkan, Negara tidak tertanggung jika semua diberikan Biasiswa kerana terlalu ramai & dihadkan kepada mahasiswa cemerlang sahaja (CGPA 3.5) itupun x ramai kaum Bumiputra Melayu merebut peluang ini, kpd Anon2 tersebut, x semestinya apabila kita digelar mahasiswa, kita bolih berbicara sewenang2nya lebih2 lagi apabila menjadi pengikut2 PR, cuba mendewa-dewakan Anuar Ibrahim dengan menuduh dipihak Umno/Bn x baik, pd hal Anon2 tersebut sendiri baharu setahun jagung mengenal dunia ini, itu pun kerana pinjaman PTPTN hasil usaha kerajaan umno/Bn juga, untuk pengetahuan hampa, anak2 oii, Anuar Ibrahimlah petualang Negara, Bangsa & agama beliaulah pembaham Wang Negara yang terbesar sekali semasa beliau menjadi TPM dahulu & apakah jasanya kepada bangsa Melayu, jawabnya elek, cuma dia & keluarganya sahaja, dia cuba membangkit Isu PTPTN, hanya untuk menarik sokongan golongan muda bagi memenangi PRU13 untuk memenuhi impianya kePutrajaya sahaja, apa kah kamu mmpercayai janji2 manis, sang penipu yang gila sex depan & belakang ini, serta menghalalkan cara, semasa Anuar TPM & Menteri Keawangan dahulu, semasa Ekonomi Dunia merosot, 1997, beliau mengesyorkan Malaysia menerima pinjaman Bank dunia (IMF) tetapi diatas kebijaksanaan Tun Mahathir menolak saranan Anuar itu & mengikat Ringgit, telah menyelamatkan Malaysia dari kemerosotan Ekonomi yang semakin parah, sekiranya menerima pinjaman Bank Dunia diatas saranan seorang Menteri Keawangan yang buta Ekonomi & perniagaan, jadi kita jangan silap sekali lagi mempercayai & menyokong saranan sibahlol gila sex ini yang tidak tahu apa2 mengenai ekonomi, nak mansuh pinjaman PTPTN tanpa mengkaji sedalam-dalamnya apakah Ekonomi Malaysia mampu melaksanakanya, semata-mata untuk mengejar impian diri menjadi Perdana Menteri, fikir2kan lah wahai Mahasiswa Melayu ku.

    ReplyDelete
  8. Tak ada orang paksa ko berutang kan? Dah utang bayar je lah. Boleh je tak masuk U kalau tak der duit kan. Kerja dulu, ada rezeki sambung. Takder rezeki belajar cara alternatif. Baca riwayat pengasas Honda. Ramai jer yang tak sekolah tinggi tapi mencapai kejayaan yang jauh lebih baik. Bertanggungjawab pada diri untuk survival. Kenali bakat dan hala tuju diri. Selain kos profesional, berapa ramai yang sebenarnya masuk IPT yang dah nampak apa prospek dan hala tuju hidupnya? Buat la kajian ada sampai 10%?

    Isu pendidikan percuma kepada rakyat dah lama. Ianya nampak menarik tapi percayalah takkan berlaku khususnya peringkat pengajian tinggi. Tak kira siapapun yang memerintah, itulah indikasi iklim industri pendidikan. Rata-rata terutama benua Eropah, Asia, Amerika tak sudah dengan pelajar merusuh dengan kenaikan yuran dan pemansuhan setiap yang free.

    Kerajaan kalau nak dapatkan kepercayaan rakyat ubahlah keBEBALAN yang diwarisi sekian lama. Jaga tutur kata. Jaga tutur kata. Jagalah budi dan bahasa. Dan buktikan diri itu amanah. Jangan rasa diri diatas sedangkan kalian diberi penghormatan dan gelaran kerana sanggup mencacaikan diri bagi maslahah umum. Jadi untuk Khaled, komen anda adalah BEBAL.

    Fikirlah sejak bila pula seseorang berhutang dan berharap ianya menjadi pemberian. Bukankah dalam berugama setiap yang inginb berhutang harus mendahulukan memikir jalan untuk melunaskan. OK..katalah keadaan tidak menyebelahi. Exercise hak sebagai asnaf. Mintak zakat selesaikan. Kalau Pusat Zakat enggan....ambo mintak perang!

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive