Oleh: HHalem.
TPM, TS Muhyiddin Yassin menyindir pedas terhadap Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, diatas cadangan mereka untuk memberi pendidikan percuma dan menghapuskan segala hutang-hutang pinjaman pelajar dari PTPTN.
Muhyiddin memaklumkan telah terbukti kejayaan satu sejuta lebih pelajar mendapat faedah melanjutkan pelajaran dengan pembelanjaan hampir RM43 bilion pinjaman dari PTPTN. Tiba-tiba datang Anwar hendak memporak peranda sistem pinjaman yang ada hanya dengan angan-angan dan mimpi kosong beliau.
"Anwar Ibrahim kata nak hapuskan (PTPTN). Tuan-tuan nak sokong dia? Dalam erti kata, dia nak bagi percuma”
"43 bilion itu datang dari mana? Orang kata dulu ada tongkat sakti, 'kun faya kun'. Dia ada tongkat sakti ke tuan-tuan? Ada lampu ajaib ke tuan-tuan?”
"Kalau dia kata nak hapuskan (PTPTN), wang itu datang dari sumber mana nak sediakan peluang pelajaran? Datang dari langit?” - Muhyiddin di petik Mkini.
Kenyataan Muhyiddin yang merujuk Anwar sebagai ada “tongkat sakti” dan “lampu ajaib”, memang disokong penuh kerana Pakatan Rakyat Selangor telah gelabah beruk apabila PTPTN berhenti buat seketika kelulusan permohonan pinjaman baru pelajar UniSEL.
Lebih memalukan lagi, Selangor tidak mampu berusaha memberi pelajaran percuma walaupun Anwar adalah penasihat ekonomi Selangor.
Lidah rasmi Anwar, KeadilanDaily turut membuktikan kata-kata TS Muhyiddin Yasin adalah benar apabila berkata, ‘Kerajaan Selangor diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim, akan terus mencari jalan dan kaedah untuk memperjuangkan pendidikan percuma di negeri itu walaupun ia bukan tanggungjawab penuh kerajaan negeri’.
Pakatan Rakyat cakap berdetum-detam memberi pelajaran percuma. Rupa-rupanya mereka lepas cakap apa saja terlebih dahulu dan fikir kemudian akibat dan perancangan nya.
Pakatan Rakyat, ‘baru hendak mencari jalan” dan “baru hendak mencari kaedah”, dan mereka belum ada lagi perancangan penuh dan penyelesaian penuh. Kemudian mereka hendak lepas tangan kerana, ‘ia bukan tanggungjawap penuh kerajaan negeri’.
Itu kenyataan yang datang dari lidah kakitangan/staff KeadilanDaily yang kita ketahui memang minda kurang vitamin.
Lihat pula apakata pemimpin PKR, Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie, merangkap ADUN Sri Muda.
“KEADILAN Selangor yakin, apabila jawapannya ditemui, ketika itulah Umbo akan jatuh mati dengan kaki naik ke atas!” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda itu lagi.
Dari staff rasmi PKR sehingga kepada pemimpin Ketua Penerang PKR, rata-rata mengetahui Pakatan menemui jalan buntu kerana mereka hanya bergantung kepada, “apabila jawapan ditemui” sahaja. Mereka belum ada jawapan kepada segala janji-janji yang di hamburkan sepanjang jalan selama ini.
PKR tabur janji dulu merata-rata jalan, tetapi mereka belum lagi ada jalan, belum ada perancangan, belum ada kaedah dan belum lagi ditemui jawapan penuh.
Habis macam mana nak undi Pakatan pada PRU13 nanti !!
Lebih baik undi Umno yang telah siap penuh dengan segala jawapan dan ada sumber kewangan yang tidak terhad.
Lebih baik undi Umno yang telah siap penuh dengan segala jawapan dan ada sumber kewangan yang tidak terhad.
Sumber Mkini dan KeadilanDaily.
serupa ler ngan 36 kotak ajaibnya yg diwar2kan dan ada dalam simpanannya..kempen masa 1998/1999
ReplyDeletelast sekali keluar macam2 kotak kecik ajaib yg ada rakaman mirip2 pempin2 PKR dan si nalla pula kata ada banyak lagi kotak2 ajaib kecil yg bakal didedahkan.
Tongkat sakti bengkok yang ada pada anuar,boleh dikatakan banyak orang tahu dan lobang2 rasia pun dah banyak dia terokai.
ReplyDeleteSaudara amat dangkal fakta. Tanggungjawap sediakan pendidikan adalah dibawah bidang kuasa persekutuan. Jika kami ada kuasa itu bila sudah pegang kuasa di persekutuan pasti kami sediakan pendidikan secara percuma. Ini baru pegang negeri usahkan nak control pendidikan percuma, nak masuk sekolahpun kami disekat. Jadilah penulis blog yg faham bidang kuasa. Sdr memalukan umno sahaja.... Nak ampupun faham dahulu kuasa negeri dan kuasa persekutuan....
ReplyDelete