Oleh: HHalem.
Iskandar - Exco Rumah.
Nampak benar janji pilihanraya 2008, terpaksa ditunaikan, disebabkan logo "Janji Di Tepati"
Antarapos melaporkan, Kerajaan Selangor mengesahkan akan melaksanakan pengurangan cukai sebanyak 25 peratus untuk pangsapuri kos rendah di negeri itu setelah dikecam pelbagai pihak berikutan gagal menurunkan cukai pintu rumah kediaman seperti yang dijanjikan dalam manifesto empat tahun lalu.
Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad dalam sidang media khasnya di sini hari ini berkata, pengurangan tersebut dapat dinikmati oleh tiga kategori pemilik pangsapuri kos rendah.
"Pertamanya, kelayakan untuk mendapatkan pengurangan 25 peratus ini ialah pangsapuri yang didiami sendiri oleh pemilik, keduanya pangsapuri yang didiami oleh waris pemilik, sama ada pemilik masih hidup atau telah meninggal dunia dan ketiganya pemilik yang tidak mempunyai tunggakan”
"Ia berkuatkuasa serta merta, iaitu untuk tempoh Julai-Disember 2012..untuk separuh masa kedua tahun 2012, penguatkuasaan itu serta merta," katanya.
Banyak manafaat logo Hari Kemerdekaan yang bertajuk “Janji Di Tepati” kerana Pakatan Rakyat sudah terasa cilinya dan berlumba-lumba untuk menunaikan janji pilihanraya yang mereka taburkan 4 tahun yang lalu.
Di saat terakhir sebelum PRU13, Pakatan di Selangor cukup terdesak dan secara rela-paksa mengurangkan 25% cukai pintu bagi pangsapuri kos rendah.
Kenapa pengurangan 25% pada tempoh Julai-Disember 2012 sahaja?
Kenapa tidak back dated sehingga 4 tahun yang lalu?
Ini bermakna pembangkang Pakatan Rakyat cukup confident untuk memerintah Selangor sepenggal lagi. Jika di back dated cukai, hasil pendapatan Kerajaan Selangor akan berkurangan dan ini memang tidak mampu ditanggung oleh pentadbiran pembangkang.
Approach kedua ialah supaya Pakatan tinggalkan masalah cukai pintu kepada kerajaan yang berkemampuan iaitu Umno-BN selepas PRU13 nanti. Itu pun jika pembangkang rasakan mereka akan kalah di Selangor.
Apa pun sekali tindakan yang diambil, ia menampakan taburan janji-janji pembangkang tidak pernah ditepati sehingga lah logo “Janji Di Tepati” memberi tamparan hebat yang memalukan.
Mungkir Janji dosa besar
ReplyDeleteJanji BN semua tertunai ke?
ReplyDeleteBAGI CONTOH JANJI BN TAK TERTUNAI... RASANYA TAK DE.. SEMUA OK JE..
ReplyDelete