Oleh: HHalem.
RAWANG - Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.
Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut ‘barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat’.
“Terlalu banyak yang terpesong dan menyesatkan dalam amalan Pak Habib. Mereka menganggap Khamis menjadi penghulu bagi segala hari sebab itu pada setiap Khamis malam Jumaat pengikutnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan berhimpun melakukan pemujaan”
“Yang peliknya, pada hari tersebut mereka akan sama-sama bermain muzik yang disifatkan wajib,”
Menurut Zaidi, amalan Pak Habib juga menghalalkan arak kerana bagi mereka minuman itu menyihatkan badan.
“Minum sedikit (arak) jatuh haram, tapi jika minum banyak menyihatkan badan (halal),” katanya.
Zaidi berkata, pengikut ajaran itu juga menolak kandungan al-Quran kerana disifatkan hanya sebuah buku biasa yang mengandungi tulisan jawi serta disalin dan dicetak kemas.
Menurutnya, Ramadan bukanlah satu bulan rahmat bagi mereka kerana bagi pengikut Pak Habib puasa bukan satu kewajipan.
Katanya, kegiatan tersebut bergerak aktif sejak berkurun lama berdasarkan pengikutnya yang lahir daripada generasi awal Pak Habib sehingga ke hari ini.
“Malah, kesemua pengikut ajaran itu mempunyai salah silah atau susur galur keluarga atau bersaudara.”
“Pengikutnya adalah golongan profesional seperti doktor, jurutera, pasukan keselamatan, pensyarah dan sebagainya, termasuk seorang di barisan pimpinan tertinggi sebuah parti politik” katanya.
Katanya, ajaran itu berpusat di BCH di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar, di sebalik kawasan perindustrian dan terletak kira-kira 5 kilometer dari jalan utama.
Jelasnya, pusat tersebut dipercayai pernah dikunjungi pihak berkuasa dan terdapat notis penutupan diletakkan pada pintu utama pusat itu.
Bagaimanapun, setelah lebih dua tahun notis dikeluarkan kegiatan itu masih bergiat aktif.
Justeru, dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.
SinarHarian
..........................................................
Berita Harian:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Suruhanjaya
Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memantau penyebaran ajaran sesat di
internet dikatakan semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata JAKIM turut meminta
kerjasama jabatan agama serta pejabat mufti membuat tindakan sama bagi
memastikan umat Islam tidak mudah dipengaruhi sehingga terpesong akidahnya.
“Kita mengadakan penerangan
melalui ceramah, forum, diskusi dan pengeluaran buku untuk memberi penerangan
kepada orang ramai," katanya selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir
Agama Daerah (PTAD) Peringkat Kebangsaan 2011 di sini, semalam.
Turut hadir Ketua
Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Beliau diminta
mengulas mengenai pihak tertentu menggunakan internet untuk menyebarkan ajaran
sesat dengan berselindung di sebalik laman blog.
Katanya, JAKIM melalui
e-fatwa turut memuatkan senarai ajaran sesat yang diharamkan untuk
dirujuk masyarakat Islam di negara ini.
“Ini tidak
termasuk senarai dikeluarkan Majlis Agama Negeri dan Jabatan Agama yang
menyenaraikan pergerakan ajaran sesat,” katanya.
...............................
Berikut adalah
senarai ajaran yang telah diwartakan sesat diMalaysia oleh Majlis Ugama Islam Malaysia.
1) Nasrul Haq
2) Budi Suci
3) Al Watan
4) Budi Suci Sejati
5) Jawa Faradin
6) Silat Sunda
Pukulan Ghaib
7) Tusuk Hikmat
8) Ilmu Kebatinan
9) Potong Maya
10) Naluri
11) Kaula
12) Haqqullah
Syahadah
13) Rampai
14) Wali Suci
15) Kalimat Sakti
16) Silat Pukulan
jarak Jauh
17) Ilmu Tenaga
Dalam Hikmat
18) Zikir Sha'ban
Islam Haq
19) Asal Wujud
Garis Laksamana
20) Al Ma'zat
21)
"Trancendentel Meditation"- Maharsi Mahish Yugi
22) Abdul Manan bin
Harun - Tolak Hadis Ilmu
23) Mentauhidkan
Allah oleh Nasrun S.T. Qahar
24) Kumpulan Ikhwan
/ Al Mas
25) Kuasa Ghain
(Tahan Diri)
26) Mohd. Nordin
Putih
27) Nasrun S.T.
Qahar
28) Roslan Katimun
- Ajaran Wali Sembilan
29) Tariqat
Naqsyahbandiah Kadirun Yahya
30) Wali Sembilan
31) Khatijah binti
ali @ Puan Tijah
32) Syed Mutalib
Bin Syed Mohd. Nordin
33) Ajaran Mohd.
Seman Al Banjari
34) Al Arqam
35) Golongan Anti
Hadis
36) Ajaran Juruzon bin
Abdul Latif (Hj. Ahmad Al Walidie(Pak Su))
37) Syiah
38) Ajaran
Hj.Ghazali Othman Hulu Kelang
39) Ajaran Hj.
Kahar Ahmad
40) Ajaran Ilmu
Tajali Ahmad Laksamana
41) Ajaran Ilmu
Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
42) Tarikat
Mufaridiah
43) Ajaran Hassan Anak
Rimau
44) Tarikat Aurad
Ismailiah
45) Ajaran Martabat
Tujuh
46) Tarikat
Samaniah Ibrahim Bonjol
47) Ajaran Sulaiman
(Bahtera Nabi Noh)
48) Ajaran Ilmu
Hakikat Hassan bin Jonit
49) Ajaran Ahmadiah
/ Qadiani
50) Ajaran Mohd.
Nor Seman
51) Ajaran Ayah Pin
52) Ajaran Bahai
Ajaran pak habib memang sesat. X payah sembahyang,x puasa. Jakim, ambil tindakan segera. Sebelum ramai umat islam sesat dgn ajaran ni.
ReplyDeletebaru semalam 27/10 /2012 dari jam 6 ptg sampai pukul 3 pagi saya berada d tempai ini ternyata JAKIM maupun JAIS tak buat sebarang tindakan apa apa selain pasang poster ajaran sesat sahaja.
ReplyDelete