Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

01/09/2012

Bas Anwar Di Pecah Cermin Dan Di Simbah Cat Di Kota Bharu.


Oleh: HHalem.
Bas besar agam dan pelik, memang terbuka luas untuk pencuri atau vandalism.
Kota Bharu bawah Pok Nick bukannya bebas jenayah pun seperti yang Pas sangkakan.
.................
Bas yang dilancarkan oleh PKR semalam sebagai kenderaan untuk bergerak serata Malaysia atas program “Jelajah Merdeka Rakyat” telah diserang hendap di Kota Bharu, Kelantan pada pukul 4.20 pagi tadi.

Semalam Anwar dan Pok Nick telah menaiki bas tersebut berceramah di Tanah Merah dan setelah tiba di destinasi Kota Bharu dan di parking di hadapan Pasar Siti Khadijah, cermin bas dipecahkan dan disimbah dengan cat merah.

Twitter Anwar berbunyi;
"Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB (Kota Bharu) jam 5 pagi - cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat laporan,"

Comments / Pandangan Melalui Facebook

04/08/2012

“Janji Di Tepati” Memberi Tamparan Hebat Sehingga Pakatan Terpaksa Turunkan Cukai Pintu. Memalukan.


Oleh: HHalem.
Iskandar - Exco Rumah.
Nampak benar janji pilihanraya 2008, terpaksa ditunaikan, disebabkan logo "Janji Di Tepati"

Antarapos melaporkan, Kerajaan Selangor mengesahkan akan melaksanakan pengurangan cukai sebanyak 25 peratus untuk pangsapuri kos rendah di negeri itu setelah dikecam pelbagai pihak berikutan gagal menurunkan cukai pintu rumah kediaman seperti yang dijanjikan dalam manifesto empat tahun lalu.

Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad dalam sidang media khasnya di sini hari ini berkata, pengurangan tersebut dapat dinikmati oleh tiga kategori pemilik pangsapuri kos rendah.

"Pertamanya, kelayakan untuk mendapatkan pengurangan 25 peratus ini ialah pangsapuri yang didiami sendiri oleh pemilik, keduanya pangsapuri yang didiami oleh waris pemilik, sama ada pemilik masih hidup atau telah meninggal dunia dan ketiganya pemilik yang tidak mempunyai tunggakan”

"Ia berkuatkuasa serta merta, iaitu untuk tempoh Julai-Disember 2012..untuk separuh masa kedua tahun 2012, penguatkuasaan itu serta merta," katanya.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

27/07/2012

Mat Sabu Cuba Di Pancung Di Pendang Kedah.


Oleh: HHalem.
Cubaan Memancung Gagal. Mat Sabu tersenyum lebar.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan Pendang telah memutuskan dan menawarkan Kerusi Parlimen Pendang kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk ditandingi sebagai calon.

Walaubagaimana pun, ia mendapat tentang hebat dan sengit oleh sebahagian Ahli Jawatankuasa melalui satu surat yang diberi kerana mereka tidak mahu Mat Sabu bertanding di Parlimen Pendang. Mereka mahu mengekalkan Dr Hayati Othman bertanding di Parlimen Pendang dan Mohamad Taulan Rasul bertanding di Dun Tokai seperti sekarang untuk pertimbangan Pusat.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/07/2012

Anwar Membiarkan DAP-PAP Menguasai Malaysia. Bukti & Data Terkini.


Oleh: HHalem.

Anwar Ibrahim berura-ura akan berundur (di sini>) dan Wan Azizah pula berura-ura akan memainkan peranan yang lebih kecil didalam politik PKR (di sini>), silap-silap haribulan Wan Azizah akan letak jawatan sebagai Presiden PKR selepas PRU13 nanti.

Nak tahu sebahagian dari sebabnya dan kenapa Anwar dan Wan Azizah akan bertindak demikian, baca article yang dirumuskan dibawah. Bunga-bunganya memang telah jelas.

Anwar betul-betul memusnahkan orang Melayu dan membiarkan penganut-penganut PKR terkontang kanting dan berada didalam dilema. Anwar meningalkan orang-orang Melayu didalam keadaan huru-hara. Bunga-bunga nya cukup jelas, bahawa Anwar membiarkan DAP-PAP menguasai Malaysia.
Antara pemimpin PAS yang gelojoh.
Haji Hadi pula, sebagai kepala orang Melayu masih sedap menghirup kuah nasi dan tidak sedarkan diri.
Kursi Parlimen - PAS (66)  - DAP (90) – PKR (66)

....start article Utusan...

Comments / Pandangan Melalui Facebook

08/05/2012

PANAS. Anwar Mendapat Bantuan Penuh PRU13 Dari Turkey.


Oleh: HHalem.

Anwar Akan Adopt GERAKAN PILIHANRAYA 
AK Party (Turkey)

Kita ucap tahniah kepada pimpinan PKR, yang katanya sudahpun ‘secure’ funding yang mantap daripada Turki dalam berdepan dengan pilihanraya yang akan datang. Setakat yang dimaklumkan kawan-kawan, kebanyakan banner, poster, kaedah rally, bas dan kenderaan kempen juga akan menggunakan dana yang ‘unlimited’ daripada Turki. Nampaknya, Erdogan telah membuktikan janji bahawa dia akan membantu Anwar/PKR untuk memenangi pilihanraya yang akan datang.

Lawatan Saifuddin dan beberapa MP PKR ke Turki sudahpun menggariskan kaedah-kaedah yang boleh digunapakai bagi mendatangkan kesan maksima dalam pilihanraya. Saiz poster, banner, billboard juga akan menggunakan kaedah AK Party.

Apa kaedah AK Party?

Comments / Pandangan Melalui Facebook

24/04/2012

Zaid Ibrahim Bergelut Dengan PAS Di Kota Baru. Zaid Kecewa Lagi.


Oleh: HHalem.

Apa yang Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim lakukan setakat ini, semuanya menjadi caca marba. Kali ini berlaku lagi apabila PAS Kota Baru enggan memberikan ruang dan tidak akan memberi sokongan kepada beliau jika Zaid bertanding di kerusi Parlimen Kota Baru pada PRU13 nanti atas tiket KITA.

Timbalan PAS Kota Baru, Datuk Takiyuddin Hassan telah mencapai konsensus peringkat negeri bahawa kawasan Parlimen dan tiga kerusi DUN di Kelantan adalah hak kepunyaan ahli PAS untuk ditandingi dan mereka tidak akan menyokong Zaid yang bertanding di bawah KITA.

“Kami tidak akan menyerahkan sebarang kerusi kepada sesiapa pun termasuk parti dalam Pakatan Rakyat. Semua kawasan di sini kepunyaan PAS,”

“Saya ingin tegaskan di sini, Zaid tidak akan tersenarai dalam kempen pilihan raya kita, Beliau ada partinya sendiri,” – Takiyuddin kepada mStar.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

04/02/2012

Husam Musa – “Parlimen Akan Di Bubarkan Minggu Depan”


Oleh: HHalem.



“Maklumat terkini yang diterima, Parlimen akan dibubarkan minggu depan, tidak pasti tarikhnya bila Facebook HusamMusa >



Comments / Pandangan Melalui Facebook

29/12/2011

Video: Manisfesto Pakatan Hanya Bohong.


Oleh: HHalem.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

27/12/2011

Aziz Bari Bertanding Di Parlimen Sabak Bernam.


Oleh: HHalem.

1- Tidak ada mungkin dan tidak ada jikalau, Aziz Bari tetap akan bertanding pada PRU13 nanti diatas tiket PKR. Persoalannya di kawasan mana sahaja?

Angin ribut kencang bertiup kuat menyatakan Aziz Bari akan bertanding di kawasan kampong beliau iaitu di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, sekiranya terdapat permintaan dan sokongan disitu.

Spekulasi ini berdasarkan laporan dari MerdekaReview bahawa pertanda utama beliau akan bertanding ialah Aziz Bari kerap berulang alik ke kampung beliau berbanding masa dahulu. Besar kemungkinan ulang alik tersebut sebagai menziarahi kedua-dua ibubapa beliau yang beliau tidak sempat berbuat demikian sebelum ini kerana kesuntukan masa.

Pengesahan kedua ialah apabila Aziz Bari tidak mahu berkata ‘ya’ atau ‘tidak’, apabila diminta mengesahkan samada beliau akan bertanding bertanding di Parlimen Sabak Bernam. Beliau tidak pula mengatakan yang beliau tidak berminat langsung dengan dunia politik.

Jikalau beliau berkata, ‘tidak’;  takut nanti beliau akan dicalunkan bertanding di Sabak Bernam atau dimana-mana sahaja. Bermakna langkah dan ayat pertama Aziz Bari didalam dunia politik ialah berbohong.

Jikalau berkata, ‘ya’, bermakna beliau mengumumkan secara pre-mature seperti apa yang berlaku kepada Saari Sungib dan Hassan Ali yang banyak menimbulkan banyak kontravasi.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/12/2011

UMMI MEMANG PANAS: Ummi Sanggup Bertanding PRU13. Calon Permatang Pauh?


Oleh: HHalem.

1- Berita menarik hari ini apabila Ummi Hafilda Ali berkata beliau sudi bertanding pada PRU13 nanti jika dicalonkan.

Bagaimanapun menurut Ummi, keputusan sama ada bertanding atau tidak terletak pada DS Najib untuk menentukan nya.

“Kalau pucuk kepimpinan merasakan saya layak, layaklah. Kalau pucuk kepimpinan kata saya tak layak pun tidak mengapa”

“Bagi saya, apa yang lebih penting ialah untuk membantu kerajaan mendedahkan pekung pembangkang dan siapakah mereka ini. Saya akan terus menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah bagi tujuan itu,”

 - Ummi di petik dari Sinar Harian semasa ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24, semalam.

Dalam pada itu, Ummi menegaskan, usaha untuk membongkar hipokrasi pembangkang akan diteruskan selagi pimpinan utama dalam pakatan itu tidak sedar akan kesalahan mereka.

Usaha tersebut, ujarnya, hanya akan dihentikan selepas mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

2- Kita sokong 200% Ummi bertanding.

Tok Najib mesti dengar request Ummi kerana beliau sudah declare sanggup bertanding. Pening juga Najib, jika permintaan Ummi diambilkira, kerana Ummi akan dianggap calun 'payung terjun'.

Walaubagaimanapun Ummi adalah lebih dari ‘calon boleh menang’ jika diikutkan populariti beliau. Apalagi kriteria yang perlu ada sebagai calon selain calon popular?

Layak atau tidak, Ummi sebagai pemimpin, itu tidak mustahak dan bukan persoalan. Kita pandang dari segi ‘asalkan Anwar jahanam masuk lubang cacing’ untuk menyelamatkan negara.

Kawasan mana? Mesti la kawasan Anwar Al-Bontoti !!

Comments / Pandangan Melalui Facebook

01/12/2011

PANAS: Bekas MB Terengganu Menarik Diri Dari Bertanding PRU13.


Oleh: HHalem.
“bersedia untuk tidak menawarkan diri”

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh telah menyatakan kesanggupannya untuk mengundur diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 akan datang.

Katanya, beliau telah dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Idris mengatakan bersedia untuk tidak menawarkan diri pada pilihan raya akan datang.

 “Tindakan beliau sebagai suatu contoh yang baik kepada ahli-ahli Umno selain dapat memudahkan kerja Presiden dan mengelakkan berlaku insiden “retak hati”.

 "Lebih ramai lagi yang harus bersifat demikian dan harus munasabah diri untuk melihat jika kita bukan calon yang boleh beri kemenangan,"

katanya pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak disini semalam.

Berita Sinar Harian.
 ..........
HHalem:
Orang yang pertama. Baru ‘bersedia untuk tidak menawarkan diri bertanding’.
Belum dilantik lagi untuk bertanding. Itu pun jika Najib lantik beliau untuk bertanding.

Bertempiaran lah penyokong-penyokong Idris mencari host-host baru untuk dihinggapi.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/11/2011

Pok Nick Risau Iblis Syaitan Umno Datang Kelantan Masa PRU13.


Oleh: HHalem.

Sekali Lagi Pok Nick Mengelar Umno-BN Sebagai Iblis Syaitan.


1- Sebelum ini di tulis bahawa, "siapa yang untung dan siapa yang rugi" didalam hal mengadakan pilihanraya berasingan oleh Selangor dan Pulau Pinang di sini >

“Pengundi yang bekerja, belajar atau tinggal di luar negeri atau negara, akan terpaksa pulang dua kali untuk mengundi di kawasan pilihan raya mereka. Ini cukup-cukup merugikan Negeri kerana ia memaksa pengundi pulang sekali sahaja kekampong sama ada mengundi DUN atau Parlimen sahaja. Terutamanya di negeri Kelantan. Untung besar bagi BN”

2- Panik dengan tindakan bercelaru komponen Pakatan Rakyat dan ia akan lebih merugikan Kelantan dari membawa faedah, Pok Nick dengan lantas memberi jawapan kepada kemelut tersebut.

Celah-celah itu Pok Nick sempat mengelar parti lawan PAS sebagai ‘iblis syaitan’ yang akan datang ke Kelantan dan tidak dapat di kawal.

Seperti yang dijangkakan Pok Nick, malah pendirian penganut PAS Kelantan, sangat-sangat tidak mengalu-alukan sesiapa dari luar untuk datang ke Kelantan.

........Petikan Harakah.....

KOTA BHARU, 23 Nov: Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan Dun.

“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan”

“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya.

Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan Dun diadakan sekali.

Tuan Guru berkata demikian sewaktu diminta mengulas oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak akan membubarkan Dun Selangor sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

18/11/2011

Rahsia Besar: Papa Gomo Bongkar Muslihat. Pakatan Mula Gelabah Beruk.


Oleh: HHalem.
Mysore Paints & Varnish Ltd, India.

1- Muslihat Pakatan yang melaung-laung dengan tuntutan Bersih 2.0 mereka dengan penggunaan “Dakwat Kononnya Kekal”,  akhirnya terkantoi apabila didedahkan oleh Papa Gomo disaat-saat akhir sebelum pengumuman PRU 13. Kita lihat kerajaan melalui SPR hampir-hampir tunduk dan tertipu dengan desakan melampau Pakatan.

Apa yang dilakukan Papa Gomo ialah berjaya membukti bahawa dengan penggunaan “Dakwat Kononnya Kekal”,  ia merupakan muslihat jahat Pkr-Pas-Dap untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui manipulasi penggunaan dakwat tersebut.

Maka dengan pembuktian tersebut, Pkr-Pas-Dap amat tercabar kewibawaan mereka dan perlulah mereka bertindak balas dengan bukti-bukti kukuh bahawa mereka adalah benar mengenai penggunaan dakwat yang kononnya ‘kekal’.

Minggu ini akan kita lihat orang-orang Pkr-Pas kehulu kehilir mengusung botol-botol dakwat cap ayam sebagai bukti untuk menyangkal dan menyerang Papa Gomo.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive