Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

10/08/2012

PAS Akan Berjuang Mati-matian Untuk “Islamkan” dan “Hududkan” Dulu Buku Jingga.


Oleh: HHalem.
Mampu kah Karpal tersenyum jika Buku Jingga di "islamkan dan dihududkan"
Senyuman terakhir Karpal.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang tidak sudah-sudah masih mahu melaksanakan hudud.

Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.


"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular”


"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia  merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa Al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.

"Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.

SinarHarian.
.........................
HHalem -
Kenyataan-kenyataan Karpal berkait rapat dengan undang-undang dan memang agak merumitkan bagi PAS untuk membolos dan menengahkan idea melaksanakan negara Islam dan hudud secara total dan dengan segera.

Kenapa PAS susah-susah payah merempoh negara, buat ketika ini. Jika PAS betul-betul bijak sudah lama PAS berjuang untuk memasukan agenda mereka kedalam “kitab” Pakatan Rakyat iaitu Buku Jingga.

Sekarang kita akan lihat bagaimana PAS akan berjuang mati-matian memasukan agenda hudud mereka kedalam Buku Jingga.

PAS boleh lah merempoh Karpal Singh dengan mudah kerana ia tidak melibatkan Perlembagaan Negara dan undang-undang.

“Kitab Buku Jingga” sendiri pun belum “diislamkan” dan “dihududkan”, ini kan pula cita-cita yang lebih besar.

Jika ini berjaya dilakukan, kata orang, yang lain-lainnya akan plain sailing. Jika tidak PAS terpaksalah menunggu Karpal Singh padam terlebih dahulu, itu pun cukup rumit untuk melangkah mayat beliau.

Persoalannya mampukah dan beranikah PAS berjuang mati-matian untuk “mengislamkan” dan “menghududkan” terlebih dahulu Buku Jingga.


Update. Ulusan Kembara Politik>   pada 10/08/2012 18:15

Assalamualaikum Tuan HHalem.
(HHalem - Waalaikumussalam Warahmatulallahi Wabarakatuh)

Saya berpendapat apa yang diputus oleh Tun Salleh Abas adalah suatu kesilapan yang sangat besar. Tun Salleh Abas telah salah membuat keputusan penghakiman. Saya merujuk kepada keputusan berikut:

"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular."

Keputusan Tun Salleh ini jelas sekali salah dan memberi ruang yang cukup besar kepada ultra kiasu. Presedent ini jelas merugikan Islam pada hari ini.

Saya lebih bersetuju dengan hujah penghakiman Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Y.A Dato' Mohd Noor Abdullah dalam kes pada tahun 2000. Beliau menerangkan bahawa:

“Islam ialah ugama bagi persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara seperti Kristian, Buddha, Hindu. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain.”

Ini lebih tepat dalam menerangkan kedudukan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Bukannya dengan hujah Salleh Abas yang begitu taksub dengan hukum Hudud (yang mana Pas sendiri mengakui hudud adalah 0.001%) bagi keabsahan status sesebuah negara Islam. (Dan kita tahu kemudiannya Tun Salleh Abas masuk politik dan bertanding atas tiket Pas).

Pada saya, penghakiman Tun Salleh Abas sepanjang beliau berkhidmat menyebabkan skop Artikel 3 (1) menjadi sempit dan sehingga kini precedent beliau menyebabkan kerugian kepada Islam di negara ini.

[Rujuk artikel Azril Mohd Amin di http://azrilmohdamin.com/2009/06/12/moving-forward-to-strengthen-the-position-of-islam-under-the-federal-constitution/ ]

Wallahualam.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

2 comments:

  1. pAS Ibarat seikor ayam jantan saja,harapkan kokok berderai,sedangkan ekor penuh dg tahi.gah dengan buku jingga sedangkan isinya tak ada negara islam,hudut didalamnya.kalau dg melayu UMNO macam2yg tak betul imam muda pun tak betul lagi.dalam pakatan pas angok saja.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan HHalem.

    Saya berpendapat apa yang diputus oleh Tun Salleh Abas adalah suatu kesilapan yang sangat besar. Tun Salleh Abas telah salah membuat keputusan penghakiman. Saya merujuk kepada keputusan berikut:

    "Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular."

    Keputusan Tun Salleh ini jelas sekali salah dan memberi ruang yang cukup besar kepada ultra kiasu. Presedent ini jelas merugikan Islam pada hari ini.

    Saya lebih bersetuju dengan hujah penghakiman Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Y.A Dato' Mohd Noor Abdullah dalam kes pada tahun 2000. Beliau menerangkan bahawa:

    “Islam ialah ugama bagi persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara seperti Kristian, Buddha, Hindu. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain.”

    Ini lebih tepat dalam menerangkan kedudukan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

    Bukannya dengan hujah Salleh Abas yang begitu taksub dengan hukum Hudud (yang mana Pas sendiri mengakui hudud adalah 0.001%) bagi keabsahan status sesebuah negara Islam. (Dan kita tahu kemudiannya Tun Salleh Abas masuk politik dan bertanding atas tiket Pas).

    Pada saya, penghakiman Tun Salleh Abas sepanjang beliau berkhidmat menyebabkan skop Artikel 3 (1) menjadi sempit dan sehingga kini precedent beliau menyebabkan kerugian kepada Islam di negara ini.

    [Rujuk artikel Azril Mohd Amin di http://azrilmohdamin.com/2009/06/12/moving-forward-to-strengthen-the-position-of-islam-under-the-federal-constitution/ ]

    Wallahualam.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive