Oleh: HHalem.
Mampu kah Karpal tersenyum jika Buku Jingga di "islamkan dan dihududkan"
Senyuman terakhir Karpal.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang tidak sudah-sudah masih mahu melaksanakan hudud.
Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.
"Hudud hanya boleh diguna
pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti
Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang
sekular”
"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa Al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.
"Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.
SinarHarian.
.........................
HHalem -
HHalem -
Kenyataan-kenyataan Karpal berkait rapat dengan undang-undang dan memang agak merumitkan bagi PAS untuk membolos dan menengahkan idea melaksanakan negara Islam dan hudud secara total dan dengan segera.
Kenapa PAS susah-susah payah merempoh negara, buat ketika ini. Jika PAS betul-betul bijak sudah lama PAS berjuang untuk memasukan agenda mereka kedalam “kitab” Pakatan Rakyat iaitu Buku Jingga.
Sekarang kita akan lihat bagaimana PAS akan berjuang mati-matian memasukan agenda hudud mereka kedalam Buku Jingga.
PAS boleh lah merempoh Karpal Singh dengan mudah kerana ia tidak melibatkan Perlembagaan Negara dan undang-undang.
“Kitab Buku Jingga” sendiri pun belum “diislamkan” dan “dihududkan”, ini kan pula cita-cita yang lebih besar.
Jika ini berjaya dilakukan, kata orang, yang lain-lainnya akan plain sailing. Jika tidak PAS terpaksalah menunggu Karpal Singh padam terlebih dahulu, itu pun cukup rumit untuk melangkah mayat beliau.
Persoalannya mampukah dan beranikah PAS berjuang mati-matian untuk “mengislamkan” dan “menghududkan” terlebih dahulu Buku Jingga.
Persoalannya mampukah dan beranikah PAS berjuang mati-matian untuk “mengislamkan” dan “menghududkan” terlebih dahulu Buku Jingga.
Update. Ulusan
Kembara Politik> pada 10/08/2012
18:15
Assalamualaikum
Tuan HHalem.
(HHalem - Waalaikumussalam Warahmatulallahi Wabarakatuh)
Saya berpendapat
apa yang diputus oleh Tun Salleh Abas adalah suatu kesilapan yang sangat besar.
Tun Salleh Abas telah salah membuat keputusan penghakiman. Saya merujuk kepada
keputusan berikut:
"Ini diputuskan pada 1988
apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun
Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular
yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular."
Keputusan Tun
Salleh ini jelas sekali salah dan memberi ruang yang cukup besar kepada ultra
kiasu. Presedent ini jelas merugikan Islam pada hari ini.
Saya lebih
bersetuju dengan hujah penghakiman Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Y.A Dato'
Mohd Noor Abdullah dalam kes pada tahun 2000. Beliau menerangkan bahawa:
“Islam ialah ugama bagi
persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam
adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara seperti
Kristian, Buddha, Hindu. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk
berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama sama tegak. Ia duduk di
atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang
kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan
sedemikian, Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan, tetapi adalah salah satu di
antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama
bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama
lain.”
Ini lebih tepat
dalam menerangkan kedudukan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Bukannya dengan
hujah Salleh Abas yang begitu taksub dengan hukum Hudud (yang mana Pas sendiri
mengakui hudud adalah 0.001%) bagi keabsahan status sesebuah negara Islam. (Dan
kita tahu kemudiannya Tun Salleh Abas masuk politik dan bertanding atas tiket
Pas).
Pada saya,
penghakiman Tun Salleh Abas sepanjang beliau berkhidmat menyebabkan skop
Artikel 3 (1) menjadi sempit dan sehingga kini precedent beliau menyebabkan
kerugian kepada Islam di negara ini.
[Rujuk artikel Azril Mohd Amin di
http://azrilmohdamin.com/2009/06/12/moving-forward-to-strengthen-the-position-of-islam-under-the-federal-constitution/
]
Wallahualam.
pAS Ibarat seikor ayam jantan saja,harapkan kokok berderai,sedangkan ekor penuh dg tahi.gah dengan buku jingga sedangkan isinya tak ada negara islam,hudut didalamnya.kalau dg melayu UMNO macam2yg tak betul imam muda pun tak betul lagi.dalam pakatan pas angok saja.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan HHalem.
ReplyDeleteSaya berpendapat apa yang diputus oleh Tun Salleh Abas adalah suatu kesilapan yang sangat besar. Tun Salleh Abas telah salah membuat keputusan penghakiman. Saya merujuk kepada keputusan berikut:
"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular."
Keputusan Tun Salleh ini jelas sekali salah dan memberi ruang yang cukup besar kepada ultra kiasu. Presedent ini jelas merugikan Islam pada hari ini.
Saya lebih bersetuju dengan hujah penghakiman Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Y.A Dato' Mohd Noor Abdullah dalam kes pada tahun 2000. Beliau menerangkan bahawa:
“Islam ialah ugama bagi persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara seperti Kristian, Buddha, Hindu. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain.”
Ini lebih tepat dalam menerangkan kedudukan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Bukannya dengan hujah Salleh Abas yang begitu taksub dengan hukum Hudud (yang mana Pas sendiri mengakui hudud adalah 0.001%) bagi keabsahan status sesebuah negara Islam. (Dan kita tahu kemudiannya Tun Salleh Abas masuk politik dan bertanding atas tiket Pas).
Pada saya, penghakiman Tun Salleh Abas sepanjang beliau berkhidmat menyebabkan skop Artikel 3 (1) menjadi sempit dan sehingga kini precedent beliau menyebabkan kerugian kepada Islam di negara ini.
[Rujuk artikel Azril Mohd Amin di http://azrilmohdamin.com/2009/06/12/moving-forward-to-strengthen-the-position-of-islam-under-the-federal-constitution/ ]
Wallahualam.