Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Blunder. Show all posts
Showing posts with label Blunder. Show all posts

24/08/2011

Jalan Keluar Pantas Khalid Dari Majlis Syura. Jawatankuasa Pendengaran.

Oleh : HHalem.
Majlis Syura ke Hearing Committee – 
Satu Blunder Terbesar Khalid

1- Sekretariat Akhbar Pejabat MB Selangor mengeluarkan kerajaan negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama Majlis Syura bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu.

“Justeru kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui Mais Majlis Agama Islam Selangor ” 
-  Sekretariat

“Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini ” - Sekretariat

2- Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani memaklumkan baginda melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda.

3- Mohamad Munir berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jais awal bulan ini.

“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku”

“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan,  sekarang tuanku murka dan terkejut dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu ” - Munir

4- Apa lagi helah yang akan dimainkan oleh Khalid selepas ini. Dengan penubuhan Hearing Committee, Khalid mengharapkan kesilapan terbesar beliau iaitu beriya-iya benar hendak menunjukan apa yang beliau lakukan dipersetujui dan diakui oleh Baginda Sultan, akan ditutupi dan dilupai oleh rakyat Selangor.

5- Kita tunggu dan lihat, dengan sekelip mata Pas-Pkr akan memainkan isu bahawa pihak Istana telah dipengaruhi oleh Umno dan ini adalah komplot terancang terbesar oleh Umno untuk menjatuhkan Khalid.

6- Pukulan gendang Mat Sabu dan rakan-rakan akan bertalu-talu sehingga ke hari raya bahawa Umno adalah dalang disebalik kemelut Khalid-Istana.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

14/08/2011

PANAS:- Tetuan Lee Hishamuddin, Peguam Yang Mewakili 10 Murtad. Nama Hishamuddin Cukup Menarik.

Oleh : HHalem.

1- Nama Hishamuddin pasti menarik apabila dibaca dimana-mana pun. Kali ini penulis tertarik apabila MB Selangor menyebut nama Tetuan Lee Hishamuddin melalui MInsider seperti berikut:-

“Malah pejabat Menteri Besar juga telah menerima surat daripada firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakili 10 dari 12 orang Islam yang terlibat ”

- MB Khalid, akan menyerahkan perkara itu kepada pakar undang-undang Jais untuk memberikan khidmat nasihat. Minsider>

2- Googling seterusnya diperolehi seperti potongan berikut;

Klink image untuk enlarged.

 3- Pelbagai soalan yang muncul.

Adakah nama Hishamuddin, samaada sebelum ini atau pun sekarang, yang tertera di Tetuan Lee Hishamuddin kepunyaaan nama seorang yang amat kita kenali ?

Comments / Pandangan Melalui Facebook

05/08/2011

DS Hisham Sembunyikan Pesalah. Datin Jariah Pula Lemah Tenaga Batin.

Oleh : HHalem.
Datin Hajjah Jariah Binti Hj Mohd Said,
Jawatan JUSA B (M)
Bertukar ke JPN   pada 22-06-2011
Lahir 2 Mei 1954 di Matang, Perak.
Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya.

Punca segala masalah sekarang ialah cirit birit bekas KP Datuk Alwi Ibrahim yang bertugas sekarang sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) KDN,  dimana Datin Jariah kena bereskan cirit birit Datuk Alwi.
Datuk Alwi Ibrahim
Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) KDN

1- Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said akhirnya bersuara mengenai kes MyPR-MyKad Mismah yang hangat diperkatakan semalam di sini >

2- Ini kata Datin Jariah, yang agak lemah tenaga batin.
Rekod JPN menunjukkan kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

“Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” – Datin Jariah

3- Jariah berkata sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah itu, Menteri Dalam Negeri, DS Hishamuddin Hussein telah meluluskan 29,290 permohonan.

4- Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:
Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
Perkara 16:  Lahir di Malaysia sebelum 31 Ogos 1957.
Perkara 19: Warga Asing yang telah menetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

5- PAS hari ini pula terus mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di lamanweb JPN sebagai penduduk tetap.

6- Datin Jariah tidak menjawap soalan kenapa semenjak 31 January 2011, pengkalan data didalam laman web masih lagi menunjukan Mismah sebagai pendudukan tetap kemudian dengan sekelip mata bertukar menjadi biru kepada warganegara. Itu punca yang menjadi masalah sebenarnya yang memberi peluang kepada pembangkang membesarkan perkara tersebut.

7- Pengkalan Data JPN tidak di update merupakan kelemahan Datin Jariah, mungkin beliau perlu ditukar-ganti kepada yang lebih efisen. Perlu diingat juga bahawa Datuk Alwi lah manusia yang meninggalkan cirit birit didalam JPN dimana pengkalan data tidak di update sehingga timbul isu di atas.

8- Siapakah boss mereka berdua, kalau tak lain dan tak bukan Menteri Amaran yang cukup lemah. Mampu kah beliau menanggong kesalahan JPN? Lihat dimana mereka berada dan DS Hisham sembunyikan mereka di sini >

Comments / Pandangan Melalui Facebook

20/06/2011

KJ Menghentam Ibrahim Ali Sebagai Perkauman, Menghasut dan Berbahaya. Gila Pun Ada.

Oleh : HHalem
KJ Mata Kuyu

1- Amaran yang disuarakan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 mendapat reaksi negatif Khairi Jamaluddin apabila beliau menempelak Ibrahim ‘gila’ , ‘racist’ dan ‘menghasut’. Tambah KJ, Ibrahim patut disiasat di bawah Akta Hasutan 1949.

2- Ini kata Ibrahim Ali mengenai Rusuhan Bersih 2.0;

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah....Apa sahaja boleh berlaku,"  Malaysiakini>

 3- Mendengar ulasan Ibrahim, KJ terus membidas dengan berkata;

"I don't agreed with BERSIH. I don't agreed with Ibrahim Ali also. Saya tengok laporan dia (Ibrahim Ali) kata orang Cina jangan keluar dan sebagainya, this is totally racism. It's crazy." 

"Kita (Pemuda UMNO) buat yang baik. Bukan benda yang menghasut." KL Pos>

4- Memang sifat semulajadi KJ yang suka berlawanan arus dan bertentangan dengan norma-norma semasa orang-orang Melayu yang cuba menunjukan kepada orang-orang China dan India supaya tidak berkurang ajar di bumi Tanah Melayu.

5- Apa yang di ucapkan oleh Ibrahim Ali adalah sepatutnya dan benar kerana tiada sesiapa dari pemimpin Umno yang berani berbuat demikian kerana mereka bimbang akan senasib dengan bekas Senator Ahmad Ismail yang di gantung keahlian Umno di Penang selama tiga tahun.

6- Oleh kerana pemimpin Umno terikat dan mulut di kunci daripada berkata seperti Ibrahim Ali, maka KJ seharusnya tidak bertentangan melawan arus menentang Ibrahim yang membela orang-orang Melayu.

7- Oleh itu KJ patut dilenyapkan dari politik orang-orang Melayu bersama-sama dengan saudara seiras dan saudara se-passport beliau Anwar Ibrahim.

8- KJ betul-betul berusaha keras mencari publisiti berleluasa sebelum PRU 13, dengan harapan beliau mendapat tempat semula dihati Pemuda.  Publisiti negatif  yang beliau lakukan dua tiga hari ini akan sebaliknya membawa padah dan ‘backfire’;  silap haribulan beliau akan digugurkan seperti Mahfuz Samdol dari barisan pimpinan negeri Kedah.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

31/05/2011

Muhyiddin Lembab Macam Pak Lah. Zaman Pak Lah Berulang Lagi

Oleh : HHalem

Tarif Baru Elektrik Bukan Faktor Untuk Kenaikkan Harga Barang

Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik baru akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok.

Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan. Bernama

1- TS Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik baru yang akan berkuatkuasa mulai esok, 1 June 2011.

2- Timbalan Perdana Menteri berkata pengeluar, penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak.

“Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak harus meningkat. Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan, itupun 7 peratus sahaja,”

Katan TPM kepada kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan 10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya..

3- Yang anih nya, jika sektor industri dan perniagaan naik 7%, tidak kah perniagaan sokongan dan hiliran nya akan turut meningkat dan di salurkan terus kepada pengguna?

4- Muhyiddin mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan supaya memantau harga barang keperluan supaya ia tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. Selepas ini Menteri Perdagangan akan di maki hamun oleh rakyat. Teringat di zaman Shahril Samad yang menerima sumpitan rakyat kerana kenaikan harga barang.

5- Cukup menghairankan dimana kaedah dan perkara yang sama diulangi oleh TS Muhyiddin seperti mana zaman Pak Lah. Ia tidak langsung menampakan kecerdikan dan tidak belajar dari kesilapan Pak Lah. Iaitu,

“Tolong Maklum Satu Malaysia Supaya Jangan Naik Harga Barang”

Ini seolah-olah menjemput peniaga supaya,

“Tolong Naikan Harga Barang Sebab Harga Minyak Dah Naik”

Kesesokan hari nya harga naik, mencanak, mengila dan tidak dapat dikawal. Bayangan Pak Lah cukup menghantui kita sehingga hari ini. Yang sedihnya ia dihidupkan oleh TS Muhyiddin. Ia cukup mengerikan.

Nampak gayanya Malaysia akan menghadapi zaman kegelapan sekali lagi selepas DS Najib.


Sumber utama rujukan dari Bernama

Comments / Pandangan Melalui Facebook

24/05/2011

Hayat Wee Ka Siong sebagai Timbalan Menteri Pelajaran Tidak Akan Panjang


Oleh : HHalem

1- Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong mendakwa wujud salah guna kuasa di JPA. Beliau juga sebagai Timbalan Menteri Pelajaran mengetuai protes pada minggu lalu mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A telah gagal memperoleh biasiswa meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang merekodkan 8A dan ke atas akan menerima biasiswa JPA

2- Wee terus mengkritik DS Nazri Aziz dengan pedas terhadap sikap pentadbiran DS Najib yang mengabaikan janji-janji sebelum ini.

3- Nazri sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab didalam Biasiswa JPA  memberi jawapan seperti berikut,

“Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A akan dihantar ke luar negara”

“Biasiswa itu hanya akan dianugerahkan kepada pemohon-pemohon yang berjaya dalam temu bual kendalian JPA. Ini bergantung pada prestasi ketika temuduga..Kemungkinan mereka yang tidak memperolehnya mungkin tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika temuduga.

 “Kami mengambil kira bukan sahaja keputusan mereka tetapi juga aktiviti kokurikulum dan bagaimana mereka berjaya dalam temuduga ”

4- Nazri terus melanyak Wee yang tidak langsung menunjukan sikap sebagai seorang Timbalan Menteri di dalam Komponen Barisan Nasional.

“Tetapi Wee sebagai MP BN dan seorang timbalan menteri pergi kepada media dan menjerit di umum untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpa saya untuk melihat isu yang sebenar ” Malaysian Insider>

5- Wee wajib di gugurkan atau di pecat sebagai Timbalan Menteri kerana sikapnya yang tidak menghormati sikap setiakawan BN dan sikap seorang Menteri kerajaan dengan mengadakan protes di jalanan.

6- Kenapa kah jawatan-jawatan mustahak dan kritikal di Kementerian diberikan kepada orang-orang China yang tidak mengenang jasa.

7- Kita masih ingat bagaimana kebodohan pentadbiran BN pimpinan Umno melantik seorang menteri China, Dr Tan kee Kwong sebagai Timbalan di Ministry of  Land and Cooperative Development, yang melihat kepentingan Felda dan kemudiannya terus membuat huru-hara di Felda dengan rahsia-rahsia yang beliau perolehi>.


“Hendak menunjukan 1Malaysia dan Transparency, lantik lah seorang China di Kementerian yang menguruskan MARA”



Comments / Pandangan Melalui Facebook

02/05/2011

Hishammuddin Telah Terlanjur. Beliau Harus Bertaubat Dan Memohon Maaf Kepada Umat Islam


Oleh : HHalem


1- Berita mengenai kematian Osama bin Laden tidaklah segempar mana jika dibandingkan dengan kenyataan DS Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri. 


2- Hishammuddin berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda dalam satu operasi di Amerika Syarikat di Pakistan akan dapat membawa keamanan dan keharmonian sejagat. 

“Saya harap ia (kematian Osama Laden) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama”. Bernama>

3- Dengan kenyataan di atas menunjukan Hishammuddin meletakan dan beranggapan bahawa keselamatan dan keamanan sejagat selama ini adalah berpunca dari Osama Laden. Osama lah yang menjadi masalah akar umbi penduduk dunia sekarang dengan penganasan. 


4- Nampak jelas propaganda Amerika Syarikat melalui tv, filem dan internet telah berjaya menyesap didalam fikiran Hishammuddin dengan begitu berkesan sekali tanpa memikirkan punca akar umbi masalah adalah dari Amerika Syarikat itu sendiri. 


5- Dengan ketelanjuran Hishammuddin, beliau patut meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia, malah seluruh dunia.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

31/03/2011

Pergaduhan Besar Akan Berlaku:- Arman PERKASA Kasi Amaran Keras Kepada Namawee


Oleh: HHalem
Big Blunder - Kesilapan Besar

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive