Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Khairi Jamaludin KJ. Show all posts
Showing posts with label Khairi Jamaludin KJ. Show all posts

20/09/2012

Gabungan Protes Bersama Di Batalkan. Ikuti Penjelasan Khairi. Salah Siapa?.


Oleh: HHalem.

Satu keputusan yang paling bijak oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pemuda Pas Nasrudin Hassan apabila membatalkan rancangan bergabung protes bersama pada hari Jumaat esok, bagi tujuan mengecam filem “Innocence of Muslims”.

Apabila mereka berdua, pada mulanya, setuju untuk bergabung protes bersama, kita berpandangan bahawa ia sudah cukup bagus dan pertanda baik kerana Pemuda Umno dan Pas dilihat bersatu hati untuk mencapai objektif bersama. Ini dilihat sebagai langkah permulaan bersatunya Umno-Pas di bawah satu payung oleh anak-anak muda.

Kemudian mereka berdua bersetuju untuk membatalkan protes bersama di atas sebab-sebab keselamatan.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.”

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," - Khairy.

Pemuda Pas dan NGO Pembangkang dan parti pembangkang akan berprotes di Kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak. Di mana kita tahu bahawa di Kedutaan Amerika lah pusat menimbulkan segala kemarahan. 

Bayangkan huru-hara yang akan berlaku berdasarkan sejarah-sejarah protes pembangkang yang lepas-lepas?

Disebaliknya, Pemuda Umno akan berhimpun protes di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat.

Sebanyak 13 pertubuhan NGO dan parti politik akan turut serta seperti seperti Pemuda dan Puteri Umno, parti MIC dan MCA, Belia 4B, Perkasa, Pekida, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan India Muslim.

Adakah huru-hara, pecah memecah akan berlaku di kawasan Masjid? Pembaca tentu dapat memberi jawapan kerana ia dihadiri juga oleh MCA-MIC.

Wahal, jika protes bersama dilakukan di Kedutaan Amerika dan jika berlaku apa-apa trajedi, maka akan berlakulah tuduh menuduh antara Pembangkang dan Umno-BN. Tuduhan siapa yang membuat provokasi dan huru-hara terlebih dahulu. Ini akan menimbulkan perbalahan yang amat sengit.

Oleh itu, penulis berfahaman bahawa protes bersama dibatalkan hanya kerana Ketua Pemuda dan Pas tidak bersetuju dengan lokasi protes.

Nampak sahaja umat Melayu/Islam bersatu hati, tetapi mereka tidak akan bergabung walaupun agama Islam terancam demi politik

Comments / Pandangan Melalui Facebook

14/09/2012

GAY – Akuan Benar Khairy Jamaluddin. “Saya Juga Pakai Baju Sendat, Kolar-V”


Oleh: HHalem.
KJ juga ada simptom2 Gay, tapi dia "straight-bukan Gay"

Bermacam-macam reaksi apabila garis panduan simptom Gay & Lesbian ditimbulkan dan di sokong oleh Kementerian Pendidikan untuk diedarkan di sekolah-sekolah. Garispanduan boleh dilihat disini>

Comments / Pandangan Melalui Facebook

25/08/2012

Khairi – Nama “Pemuda UMNO Malaysia” Diserah Pada Polis Untuk Siasatan. Siapa Mereka?


Oleh: HHalem.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah mengenal pasti satu hingga dua nama yang disyaki mengendali akaun Facebook bernama "Pemuda UMNO Malaysia" yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Khairy berkata, nama individu yang disyaki memiliki akaun Facebook tersebut akan diserahkan kepada polis untuk memudahkan proses siasatan.

“Ia diperoleh melalui hasil siasatan saya bersama-sama rakan-rakan yang lain dalam Pemuda UMNO. Nama berkenaan akan diserahkan kepada polis”

“Saya ingin menegaskan bahawa laman Facebook yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ini tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Pemuda UMNO. Saya juga belum tahu sama ada mereka itu ahli UMNO atau sebaliknya,''

Kata Khairi ketika menghadiri majlis rumah terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah di Bangunan Puspanitapuri di sini hari ini.

Utusan.

Yang mana satu penipu, yang ini> atau yang ini> ?


Facebook itu dikatakan memaparkan poster berbaru hasutan:

“Jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepada gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat” - AntaraPos


Comments / Pandangan Melalui Facebook

26/04/2012

DEBAT PANAS Khairy Jamaluddin dan Datuk S.Ambiga. (VIDEO PENUH) .


Oleh: HHalem.




Debat penuh antara Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin dan Datuk S. Ambiga.

25 April 2012

The Club, Bukit Utama Golf Course



Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/04/2012

KJ-Hasan-Ahmad Said. Program Membantai Besar-Besaran Parti Ajaran Sesat (PAS).


Oleh: HHalem.

1- Serangan bertubi-tubi oleh Umno-BN terhadap pembangkang Pakatan Rakyat nampaknya di pergiatkan lagi, apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, memulakan program jelajah beliau keseluruh negera, bukan sahaja di Terengganu.

Program “Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)” akan diadakan besar-besaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Sebelum ini, program P:PAS anjuran UMNO Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di Kuala Lumpur yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni,”
– Ahmad Said KLPos>.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/10/2011

PANAS 200K BOOB: TS Muhyiddin Masuk Campur Selamatkan KJ.


Oleh: HHalem.

1- Satu perkembangan menarik telah berlaku hari ini apabila TS Muhyiddin Yassin turut mengeluarkan statement mengenai Lim Guan Eng yang meroyan-royan mengenai  ketidaksalahan anak beliau Marcus Lim yang dibongkarkan mencabul kehormatan pelajar sekolah dan ditutup mulut dengan bayaran RM200K. Sekali lagi Guan Eng mengelupur didalam blog beliau.

Cerita ini pertama kali dikeluarkan oleh Blog MIM yang tidak pun menyebut nama dan siapakah anak VVIP yang terbabit. Malah pendedahan nama mereka yang terlibat dibuat sendiri oleh Malaysiakini yang menemuduga Betty Chew dan Lim Guan Eng. Di ulangi sekali lagi, buat ketika ini, nama Guan Eng bukan didedahkan oleh Blog MIM tapi oleh Malaysiakini. Ulasan ringkas di sini >

2- Ia menjadi hangat apabila Khairy Jamaluddin bertweet dan Guan Eng dengan berangnya membuat Press Statement menghentam KJ kerana mempersendakan anak beliau. PressStatement di sini >

3- Karpal Singh pula mengugut akan membuat laporan polis besok dan terus akan menyaman KJ atas dasar fitnah jenayah (criminal defamation), jika KJ tidak meminta maaf kepada Guan Eng dan anak beliau didalam tempoh 24 jam.

Maaf atau tidak, ia tidak membawa makna dan bukan lah perkara pokok kerana Karpal telah membuat keputusan untuk menjadikan ia sebagai isu PRU13 nanti walau apa pun yang terjadi. Kita tunggu apa respond KJ nanti.   Ancaman Karpal di sini >

4- Menariknya apabila TS Muhyiddin menyedari muslihat kempen Karpal maka beliau terus meminta Lim Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

“Penafian adalah tidak mencukupi.  Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama ” 
– Muhyiddin Yassin dipetik Mkini.

Permintaan Muhyiddin Yassin simple dan cukup berasas. Mudah difahami. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPPP wajib akur kata-kata boss sebagai Menteri dan membantu pihak polis menjalankan tugas. Ia akan lebih berwibawa. 

5-  Apa lagi, apabila mendengar kenyataan Muhyiddin maka menjadi bertambah gila babi lah DAP.

“Kami terkejut dan marah dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras (lebih keras). Penafian sahaja tidak mencukupi’ ” kata Tony Pua.

“I am appalled and disgusted by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s remarks that my mere denial of sexual harassment claims against my 16-year old son was inadequate. Instead, Muhyiddin says that  “if the Penang chief minister thinks it is important to correct the information, then he has to come up with a strong statement.” – Blog Guan Eng

Dengan kenyataan sangat keras ka atau kenyataan lebih keras ka, TS Muhyiddin telah masuk campur untuk turut mem-backing KJ.

Dengan ini secara rasminya dilihat bahawa Muhyiddin telah mem-backing KJ, dan KJ seharusnya backing Muhyiddin untuk melawan musuh Bengali DAP.

6- Berbalik kepada Blog MIM,  sudah tiba masa MIM walk-the-talk, talk-the-walk. Kewibawaan MIM akan melonjak-lonjak mencecah siling Flat Klawei Road,  jika MIM tunaikan janji.

Kepada MIM, Penang adalah hak anda sekarang. Anda akan masuk didalam sejarah Pulau Pinang sebagai ‘the man who pull Guan Eng down with the 200k Boob’.

“Jangan risau! Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM !. Anda sendiri tahu stail MiM memblogging..Mahu tahu siapakah VVIP tersebut?...MiM dan rakan-rakan akan dedahkan satu masa nanti! Lagi pun PRU13 sudah dekat! .. Jika VVIP ini masih langsi, arrogant, tidak minta maaf dan tidak cool off, beliau akan dilondehkan juga! “ 

Comments / Pandangan Melalui Facebook

22/10/2011

PANAS: Karpal Ugut Saman KJ Jika Tak Minta Maaf Kepada Guan Eng.


Oleh: HHalem.

1- Karpal Singh telah memberi kata dua kepada Khairy Jamaluddin (KJ) supaya memohon maaf kepada Lim Guan Eng dalam tempoh 24 jam, jika tidak, laporan polis terhadap KJ akan di buat atas fitnah jenayah (criminal defamation) kerana memalukan Guan Eng keatas twiit beliau yang dianggap menghina.

Selepas itu KJ juga akan turut di saman atas fitnah jenayah.

Di bawah ialah twiit KJ apabila beliau menjawap mssg Papa Gomo tempoh hari mengenai isu 200K Boob.

@Khairykj Khairy Jamaluddin
@PapaGomo “Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada”

http://twitter.com/#!/Khairykj/status/125841671102529536.
Di sini >

Karpal juga menyeru Najib supaya mengarah KJ memohon maaf kepada Guan Eng, keluarga beliau dan anak beliau Marcus Lim. Marcus Lim dikatakan sedang menjalani counselling.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

05/10/2011

Pendedahan Berani Terhadap Khairy, Kalimullah Dan Tun Mahathir oleh Tony Fernandes


Oleh: HHalem.


Jika anda meminati dunia koparat dan ingin melihat hubungkait dengan dunia politik, ini adalah satu pendedahan jujur dan berani oleh Tony Fernandes yang jarang-jarang ditemui dan diceritakan kepada umum. Hayati cerita benar ini sebagai rujukan akademik dan rujukan politik.

Jika anda berkehendakan cerita lanjut, sila ke link yang dibawah sekali.

Summary

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/09/2011

Video: KJ Melatah. Khalid Samad Tolong Mat Sabu Yang Tercekik.


Oleh : HHalem.

1- KJ nak dedahkan apa lagi !! Semuanya telah diterangkan oleh Khalid Samad. Itu lah akibatnya jika mudah melatah-latah apabila dijolok oleh The Malaysian Insider yang suka mencucuk. Malaysian Insider tu kan kah batu api. Itu belum masuk lagi Dr Asri dan Dr Juanda iaitu kegemaran MInsider.

“Saya akan dedah esok Relaks ” – kata KJ.

“Khairy Jamaluddin cuba mengambil kesempatan dalam isu Mat Sabu ini sebenarnya e-mel yang dihantar itu hanya bertanyakan sama ada beliau sanggup atau bersedia berdebat daripada Kelantan dalam e-mel itu juga mengatakan seorang lagi panel berkemungkinan Mat Sabu”- kata Khalid Samad.

2- Kata-kata Khalid Samad cuma berasas satu sahaja iaitu perihal KJ yang mudah melatah apabila dicucuk dan ditalipon oleh media.


3- KJ tidak mahu ketinggalan bas didalam isu-isu hangat lalu beliau menjawap penerimaan berdebat dari kerajaan Kelantan dengan segera. Bagi pengemar-pengemar KJ, ini lah baru dikatakan ada teloq dan tidak mandom/lembab seperti Umno-Umno yang lain. KJ gemar mengumumkan segala buah fikiran dan berita beliau secara spontan melalui twitter dan media informal dan padahnya sentiasa ada.

4- Khalid Samad, secara ingin membantu Mat Sabu yang tercekik, terlupa bahawa tiada perbezaan kaedah KJ dan kaedah Mat Sabu Komunis. Apabila KJ melompat-lompat, Mat Sabu turut menari vel-vel dengan menjawap beliau tidak akan berdebat dengan KJ dan menolak kepada Pemuda Pas  Johor. Terus Mat Sabu mencabar TS Muhyiddin Yassin pulak. Muhyiddin pun lempang Mat Sabu sebiji dengan menolak pelawaan. Adakah Mat Sabu sudah menerima jemputan rasmi dari kerajaan Kelantan? Adakah beliau menolak secara rasmi? Ada kah Mat Sabu menjemput Muhyuddin secara rasmi? Dan Muhyiddin lempang Mat Sabu secara rasmi?

5- Adakah semua itu dilakukan secara rasmi? Kepala surat rasmi dikeluarkan ka? Ini zaman online bukan zaman dulu dimana jawapannya hampir sebulan baru diketahui.

Yang rakyat tahu semua tawaran menerima dan menolak debat, cabar mencabar dikeluarkan melalui kepala surat ‘The Malaysian Insider’ dan ‘Malaysiakini’. Letterhead ‘Facebook’ dan ‘Twitter’. Semua ‘letterhead online’ atau lebih cucuk disebut ‘webhead online’

Khalid Samad dua beradik dengan Mat Sabu Komunis sama-sama Samdol.
Bila lagi Mat Sabu nak tolong bantu dan jawap kes Khalid Samad pula.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/09/2011

KJ Akhirnya Menang Bertarung, Setelah Mat Sabu Komunis Menikus.


Oleh : HHalem.

1- Akhirnya kita mendapat jawapan dari Khairy Jamaluddin (KJ) mengenai penolokan tawaran Mat Sabu untuk berdebat dengan beliau. KJ tetap menanti kemunculan Mohamad Sabu, yang merupakan punca kontroversi semasa, untuk berdebat dengan beliau. Kisah sebelum ini, di sini >

2- Kini KJ mempunyai 3 tawaran debat yang lain. Penganut taksub Pas berlumba-lumba menyelamatkan ketua mereka, Mat Sabu Komunis yang sudah gabra dan mencari jalan melepaskan diri.

“Sekarang tawaran YB Khalid Samad pula. Jadi sekarang Mat Sabu tolak ke kepada Pemuda PAS Johor. Pemuda PAS pusat pun hantar surat debat saya dan YB Khalid Samad ditawarkan. Tiga tawaran ”
 - kata Khairy kepada MInsider.

3- Akhirnya kita lihat ayat kunci pelepas dan penyelamat diri, exit plan, yang digunapakai oleh KJ, seperti Mat Sabu yang mengajak Muhyiddin Yassin berdebat yang kita ketahui tidak mungkin akan berlaku.

“Bukan saya yang nak, tapi saya dijemput asalnya untuk debat Mat Sabu oleh kerajaan Kelantan...Saya anggap tiada debat akan berlaku sebab tawaran asal itu ditarik balik oleh PAS sendiri...Kali ini saya hanya mahu debat dengan Mat Sabu.  Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari kerajaan PAS Kelantan ” kata KJ kepada MInsider.

4- Maka tamat lah kes berdebat kerana bola terakhir terletak dikaki KJ dan tendangan keluar padang telah dibuat oleh beliau.

5- Sepatutnya KJ tidak harus melayan kucing-kucing kurap yang ingin menumpang dan naik dalam hiraki Pas atas dasar popular beliau. Satu tindakan yang paling bijak oleh KJ mengunakan exit plan beliau.

6- Bagi Pas pula, Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini beriya-iya benar, sekarang benar-benar tersepit dan DAP Komunis cukup terharu.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

05/09/2011

Mengapa Mat Sabu Menghalalkan Komunis Malaya?


Oleh : HHalem.
Gaya Provokatif Mat Sabu Memeningkan Pas dan Dap.
Norma Alwi diheret bersama untuk memperbaiki 
image ‘penyakit buahasir’ Mat Sabu.

1- Pergerakan Pemuda Umno melalui Khairy Jamaluddin telah mengumumkan program ‘Pentas Patriot’ jelajah negara untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu. Mat Sabu memutar bahawa Komunis yang menentang British untuk menakluk Malaya secara kekerasaan dan bersenjata adalah pejuang kemerdekaan sebenarnya dan pegawai British seperti Datuk Onn dan Tengku Abdul Rahman yang berjuang secara keamanan adalah pembelot dan pengkhianat negera pada hakikatnya.

2- Ketika itu Mat Sabu tidak dapat membezakan fahaman Komunis dari China yang dibawa oleh Mao Zedong (Tze Tung)> dan fahaman Komunis Rusia oleh Stalin> dan Lenin>.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

21/08/2011

AWAS. Khairi Jamaluddin KJ Di Dapati Menipu.

Oleh : HHalem.

1- Berita menarik yang belum tersebar luas sekarang ialah mengenai penipuan Khairi Jamaluddin (KJ) mengenai kedudukan beliau sebagai ahli Parlimen Rembau pada PRU 13 nanti.

2- Hari ini beliau berkata bahawa nasib beliau samada terpilih atau tidak sebagai calon pada PRU 13 di Rembau terletak pada DS Najib. Khairi cukup bijak membuat percaturan seolah-olah pemergian beliau dari bertanding nanti terletak di atas batu jembala Najib. Di mata penyokong tegar KJ nanti akan menampakkan bahawa DS Najib lah ‘culprit’ atau ‘orang jahat’ yang tidak melantik KJ kembali untuk bertanding. KJ memainkan sentiment jahat ini dan sebahagian dari Pemuda Umno akan tidak puas hati dan rasa tertipu dengan keputusan DS Najib, walaupun mereka mengetahui bahawa ia adalah budibicara DS Najib untuk berbuat demikian.

“Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang saya terima keputusan itu ” - KJ

3- Perangai buruk KJ memang terserlah kerana awal-awal lagi beliau telah memberi ‘hint’ dan ‘kononnya amaran’ supaya tidak menentang dan sabotaj DS Najib. Beliau akan kononnya melaporkan kepada pucuk pimpinan jika didapati sesiapa berbuat demikian. Ramai bloggers sejauh Bukit Kayu Hitam telah dapat hidu niat buruk KJ dari Rambau.

“Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan ”- KJ MInsider>

4- Bukan itu sahaja penipuan KJ, malah bukti penipuan besar beliau terserlah lagi apabila anda membaca berita The Star 2/1/2011 yang dimuatkan dan dianalisakan oleh Din Turtle> seperti dibawah.


Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has confirmed speculation on social networking site Twitter that he will not defend his Rembau seat in the next general election.

When asked to verify the speculation that he might not contest in the 13th general election, Khairy replied,

 “yes” via SMS.

“I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late,” tweeted Khairy in response to a follower who asked him what he meant by a “break”.

Asked how long he planned to be away from politics, Khairy replied:

“Indefinite. Not sure what I will be doing. A few things I want to do like go back to school.”

5- KJ dah mengaku siang-siang akan ‘stand down indefinitely’ pada 21 January 2011, apa lagi yang beliau kehendaki sebenarnya.

6- Bangkai memang tidak dapat ditutup dengan daun pisang.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/07/2011

KJ Buat Kacau Lagi Dengan Kejutan Beruk. Ganggu DS Najib & Tugas Polis.

Oleh : HHalem.

1- Sekali lagi Khairi Jamaluddin (KJ) akan menimbulkan kejutan beruk dan masalah kepada pentadbiran DS Najib apabila beliau bercadang berjumpa DS Najib sebaik sahaja tiba dari lawatan ke Vatican City.

2- Kali ini KJ bercadang menjadi pemimpin pertama dari Barisan Nasional (BN) untuk meminta agar enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (OD) supaya dilepaskan. OD digubal pada tahun 1969 sebagai langkah sementara sebagai respon kepada tragedi 13 Mei, yang membernarkan seseorang itu ditahan tanpa bicara.

3- “Personal view” kata beliau dan bukan pandangan Pemuda. Bukan kah beliau sebagai Ketua dan apa yang disuarakan beliau akan ditafsirkan sebagai pendapat Pemuda Umno. Mana rakyat akan tahu itu adalah pandangan peribadi beliau. Malah semua pihak termasuk media akan tafsirkan itu adalah pandangan Pemuda Umno-BN

4- Beliau berpandangan penahanan Jeyakumar adalah salah faham dan polis bertindak atas maklumat yang salah dan menuntut 6 PSM itu dibebaskan dengan segera.

5- Kenapa kah KJ sebagai ahli politik perlu mencampuri urusan pentadbiran Pegawai Kerajaan.? Sikap beliau tunjukan ini jelas memalukan kerana ia menunjukan kepada rakyat dan mengesahkan persepsi rakyat bahawa ahli politik jalanan seperti beliau suka mencampuri urusan tadbir awam. Ia akan menambahkan kepeningan kepala Najib apabila ia menjadi ikutan pemuda parti komponen lain BN.

6- Kenapa kah KJ selalu ingin menjadi juara di tempat-tempat yang salah dan janggal. Kenapa beliau suka membuat kacau bilau dan menyusahkan semua orang?

7- Memang sepadan lah beliau di gelar ‘KJ The Beruk’ yang suka mengganggu urusan dan cuba membuat kacau didalam pentadbiran parti sendiri. Seperti beruk mendapat bunga yang akan menghancurkan satu persatu apa yang disentuh.

Lihat bagaimana ‘Beruk Terkejut'


Comments / Pandangan Melalui Facebook

20/06/2011

KJ Menghentam Ibrahim Ali Sebagai Perkauman, Menghasut dan Berbahaya. Gila Pun Ada.

Oleh : HHalem
KJ Mata Kuyu

1- Amaran yang disuarakan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 mendapat reaksi negatif Khairi Jamaluddin apabila beliau menempelak Ibrahim ‘gila’ , ‘racist’ dan ‘menghasut’. Tambah KJ, Ibrahim patut disiasat di bawah Akta Hasutan 1949.

2- Ini kata Ibrahim Ali mengenai Rusuhan Bersih 2.0;

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah....Apa sahaja boleh berlaku,"  Malaysiakini>

 3- Mendengar ulasan Ibrahim, KJ terus membidas dengan berkata;

"I don't agreed with BERSIH. I don't agreed with Ibrahim Ali also. Saya tengok laporan dia (Ibrahim Ali) kata orang Cina jangan keluar dan sebagainya, this is totally racism. It's crazy." 

"Kita (Pemuda UMNO) buat yang baik. Bukan benda yang menghasut." KL Pos>

4- Memang sifat semulajadi KJ yang suka berlawanan arus dan bertentangan dengan norma-norma semasa orang-orang Melayu yang cuba menunjukan kepada orang-orang China dan India supaya tidak berkurang ajar di bumi Tanah Melayu.

5- Apa yang di ucapkan oleh Ibrahim Ali adalah sepatutnya dan benar kerana tiada sesiapa dari pemimpin Umno yang berani berbuat demikian kerana mereka bimbang akan senasib dengan bekas Senator Ahmad Ismail yang di gantung keahlian Umno di Penang selama tiga tahun.

6- Oleh kerana pemimpin Umno terikat dan mulut di kunci daripada berkata seperti Ibrahim Ali, maka KJ seharusnya tidak bertentangan melawan arus menentang Ibrahim yang membela orang-orang Melayu.

7- Oleh itu KJ patut dilenyapkan dari politik orang-orang Melayu bersama-sama dengan saudara seiras dan saudara se-passport beliau Anwar Ibrahim.

8- KJ betul-betul berusaha keras mencari publisiti berleluasa sebelum PRU 13, dengan harapan beliau mendapat tempat semula dihati Pemuda.  Publisiti negatif  yang beliau lakukan dua tiga hari ini akan sebaliknya membawa padah dan ‘backfire’;  silap haribulan beliau akan digugurkan seperti Mahfuz Samdol dari barisan pimpinan negeri Kedah.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

17/06/2011

Khairi Akan Di Tangkap Dan Di ISA Pada 9 Julai. KJ Menempah Maut.

Oleh : HHalem

1- Perkembangan yang cukup menarik telah berlaku mengenai perhimpunan haram Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan. Setelah berlaku cabar mencabar antara Mat Sabu Pas dan Ibrahim Ali Perkasa, kini muncul pula Ketua Pemuda Umno yang turut mencabar dan tidak mahu ketinggalan didalam perlumbaan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

02/06/2011

KJ Dedahkan Keburukan DS Najib Pada Rakyat. Memalukan. Najib Perlu Jawap Segera

Oleh : HHalem
Lagu Berasal Dari 'Kesilapan-Toilet' Yang DS Najib Suka  
Satu Penghinaan Oleh KJ? 

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sesi borak dalam talian anjuran Yahoo! Malaysia dihujani pelbagai soalan, di antaranya.

Khairi, Apa kelemahan PM kita?

Beliau suka lagu 'Nobody But You' oleh (Wondergirls)?
Ini kelemahan yang buruk.

Khairy, siapa penyanyi kegemaran kamu?

Tentulah bukan Wondergirls. Haha.
Maaf DS Najib.
Saya suka U2, Counting Crows dan Dave Mathews.
Artis tempatan, saya suka Faizal Tahir. Beliau cool.


‘Nobody But You’-Wondergirls



 ‘Nobody But You’ – Siti Norhaliza
 

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive