Oleh : HHalem
Tarif Baru Elektrik Bukan Faktor Untuk
Kenaikkan Harga Barang
Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik baru akan dinaikkan
sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj
daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok.
Langkah berkenaan tidak akan menjejaskan 75 peratus pengguna yang
menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan. Bernama
1- TS Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga
supaya tidak menaikkan harga barang keperluan berikutan kadar tarif elektrik
baru yang akan berkuatkuasa mulai esok, 1 June 2011.
2- Timbalan Perdana Menteri berkata pengeluar,
penjual dan peniaga tidak seharusnya menggunakan kadar tarif baru itu sebagai
alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan kerana kadar itu masih berpatutan
dan tidak begitu membebankan mana-mana pihak.
“Bagi barang keperluan pengguna, saya fikir ia tidak
harus meningkat. Cuma sektor industri dan pernigaan yang ada peningkatan,
itupun 7 peratus sahaja,”
Katan TPM kepada kepada pemberita selepas
merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan 10 Tahun Penubuhan Suruhanjaya Tenaga
di Putrajaya..
3- Yang anih nya, jika sektor industri dan
perniagaan naik 7%, tidak kah perniagaan sokongan dan hiliran nya akan turut
meningkat dan di salurkan terus kepada pengguna?
4- Muhyiddin mengarahkan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan supaya memantau harga barang
keperluan supaya ia tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. Selepas ini Menteri Perdagangan akan di maki hamun oleh rakyat. Teringat di zaman Shahril Samad yang menerima sumpitan rakyat kerana kenaikan harga barang.
5- Cukup menghairankan dimana kaedah dan perkara yang
sama diulangi oleh TS Muhyiddin seperti mana zaman Pak Lah. Ia tidak langsung menampakan
kecerdikan dan tidak belajar dari kesilapan Pak Lah. Iaitu,
“Tolong
Maklum Satu Malaysia Supaya Jangan Naik Harga Barang”
Ini seolah-olah menjemput peniaga supaya,
“Tolong
Naikan Harga Barang Sebab Harga Minyak Dah Naik”
Kesesokan hari nya harga naik, mencanak, mengila dan tidak
dapat dikawal. Bayangan Pak Lah cukup menghantui kita sehingga hari ini. Yang
sedihnya ia dihidupkan oleh TS Muhyiddin. Ia cukup mengerikan.
Nampak gayanya Malaysia akan menghadapi zaman
kegelapan sekali lagi selepas DS Najib.
Sumber utama rujukan dari Bernama
Nak tanya Muhyiddin sikit...sapa yang berniaga...sapa yang milik kilang...sapa yang milik gudang...
ReplyDeleteMenteri kah.....
Gudang dan kilang tak guna bekalan elektrik ke....
Menteri kena faham...kesan berangkai pasti wujud...budak tadika pun boleh baca sifir ni....tak kan TPM tak boleh baca sifir ni kot.....75% tak terlibat dengan tarif baru...ini fakta penipu....apakah golongan 75% ini bukan manusia...tak perlu makan, minum, pakaian......bil rumah depa mungkin biasa...tapi perbelanjaan harian bagaimana...roti gardeniar dah pun naik 10 sen mula 1/6/2011...ini bukan kesannya....TPM dan PERMANDU kalau di tanya harga sebuku roti gardeniar mungkin tak tahu harganya....10 sen mungkin tidak memberi apa-apa kesan kepad TPM, Koh Tsu Koon dan Idris Jala...tapi bagi rakyat marhein yang tak perlu makan, minum dan pakai bagaimana.......
Sapa kata Gardennir naik 10 sen. Tempat Ana dah naik dua kupang(20sen).
ReplyDeleteGardenir Kismis lagi mahal. Lepas ni kalu lapaq kena baham roti saja nampak gaya nya.
Cicah dengan Teh Kelat Chap Masjid.
Dah kena mula beli roti Bengali yang ada kerak keras cicah dgn kopi O.
entah apa yang ada dalam pemikiran pemimpin kita ni tak tau lerr.. semakin keliru dan menakutkan!!
ReplyDeleteKalau macam ini alamat bungkus PRU 13 nanti.Siapalah penasihat ekonomi pada Dato Najib ini.Ditengah penderitaan rakyat pun kerajaan tergamak naikkan tarif letrik.PM/MB/KM/Menteri/Tim.Menteri tak apalah bil mereka ditanggung oleh gomen.Dahlah gaji besar.Rakyat biasa mampuslah kalau macam ni....
ReplyDeleteSepatutnya kerajaan Malaysia harus berfikir bahawa negara kita bukanlah ramai yang pendapatan bulanannya melebihi lima hingga tujuh angka ...Jika ia mencapai tahap tersebut barulah kita boleh menaikkan kadar tarif kepada yang lebih tinggi berbanding dengan sekarang.....Oleh itu seharusnya kita mengambil inisiatif bagaimana keseluruhan rakyat mendapat hak asasi sebagaimana yang dicanang-canangkan...Bukan itu sahaja malah ia juga turut membebankan peniaga-peniaga serta kilang-kilang kerana ia memerlukan banyak penggunaan elektrik....Jika tidak mahu masalah ini menambahkan perumitan,lebih baik rasanya kerajaan berfikir sebelum bertindak sedemikian...
ReplyDeleteCUBA KAU SURUH DIA PAKAI T-SHIRT NGAN SELIPAR, LEPAS TU SURUH DIA PERGI KAT KEDAI RUNCIT BELAKANG RUMAH MAK DIA BELI BARANG2 DAPUR...! NAK KATA BODOH.., MENTERI.. TPM LAK TU..!
ReplyDeleteBEBUDAK TADIKA BOLEH KENCINGLAH!!!
BILA KOMEN TU.., TAK PAYAHLAH NAK BERALAS2.., @ TUNJUK EDUCATED..! KORANG INGAT DIA ORG NI BODOH KE..? KITA YG NAK DIPERBODOH2KANNYA..! SEBAB MEMANG DIA ORG TAK PERIHATIN... SO BAGI ORG MELAYU, PRU13 NANTI KALAU TAKDA CALON BEBAS MELAYU DILETAKKAN DIKAWASAN ANDA, ADA ELOKNYA TAK PAYAH KELUAR MENGUNDI UTK MEMPERBODOHKAN DIRI... SEBAB KALAU DIA MENANG TIPIS PUN.., DIA ORG AKAN TETAP MEMPERBODOHKAN KITA SEMUA..HA..HA..LOL................
ReplyDelete