Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Melayu Pengkhianat. Show all posts
Showing posts with label Melayu Pengkhianat. Show all posts

14/05/2012

PANAS. Tunku Aziz Keluar DAP Cara Bermaruah. Soalannya, Ada Maruah Ka Tunku.


Oleh: HHalem.

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletakkan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Keputusan perletakan jawatan itu berikutan kritikan beliau terhadap perhimpunan Bersih 3.0 mendapat reaksi negatif daripada para pemimpin DAP.

Sehubungan itu, katanya, tempoh senatornya yang akan tamat pada 31 Mei ini tidak akan diperbaharui.

Dalam temu bual bersama NTV7 pada malam Isnin, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan beliau selepas ini.

"Saya fikir sudah tiba masanya bagi saya untuk melihat secara serius terhadap kedudukan saya sendiri dalam parti”

"Memandangkan terdapat perbezaan yang sangat luas sekarang, yang tidak selari, dan tiada alternatif lain, saya akan keluar dengan cara bermaruah”

"Dengan itu saya akan meletakkan keahlian saya daripada DAP dan akan memaklumkan kepada parti dalam tempoh beberapa minit yang akan datang," katanya semasa temu bual yang berakhir pada pukul 9.30 malam.

Nak ketawa pun ada juga apabila Tunku Aziz berkata, “saya akan keluar dengan cara bermaruah”, wahal pada hakikat nya adakah Tunku mempunyai maruah apabila beliau menyertai DAP, pada mulanya.

Sekali lagi kita menyeru kepada Aspan Alias dan Dato Ariff Sabri aka Sakmongkol AK47, supaya meng-review kembali kedudukan mereka didalam DAP sementara mereka masih lagi mempunyai maruah.

Dunia DAP disebelah sana tidak seindah yang diharap-harapkan.

Berita dipetik dari mStar.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/12/2011

TAHNIAH: Khir Toyo Kena Penjara 1 Tahun.


Oleh: HHalem.


Tahniah kepada bekas MB Penyapu.

Ini adalah doa dan permintaan penduduk-penduduk taman, dimana mereka telah tertipu dengan mainan politik Khir Toyol.

Surat kelulusan membina surau, setelah dilulus, telah ditarik balik di saat-saat pembinaan, semasa zaman pentadbiran beliau.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/11/2011

Musang Berbulu Ayam II: Sejarah Melayu Bakal Berulang


Oleh: HHalem.

Baguslah DAP mahu mengurangkan 1.2 juta kakitangan awam yang rata-rata orang Melayu kepada separuh sahaja.

DAP ialah parti sekongkolan PAS dan PKR. Ramai juga kakitangan awam Melayu yang memuja mereka. Bagi kakitangan awam Melayu itu, perkembangan tersebut bukan sesuatu yang merisaukan.

Sebelum ini saya ada mencuit mengenai kisah “musang berbulu ayam” dalam sektor-sektor strategik kerajaan. Maka itu, tidak hairanlah sekiranya DAP mahu memasukkan bangsa lain pula ke dalam sektor perkhidmatan awam, kerana ia disokong penuh orang musang-musang itu.

Pada pilihan raya umum lalu, saya difahamkan ramai kakitangan awam kerajaan negeri yang kaki lawan kerajaan.

Mereka ini sanggup melawan kerajaan, walaupun kerajaan yang membayar gaji, elaun, bonus dan pelbagai imbuhan kepada mereka. Jika hati sudah benci, maka apa pun boleh jadi, termasuk memakan tangan tuan sendiri.

Ada yang memberitahu saya, pada ketika itu (PRU-12) rata-rata kakitangan kerajaan di bangunan SUK Selangor contohnya, yang menyokong dan menjadi pembangkang.

Sekarang saya tidak tahulah sama ada masih ramai yang menyokong DAP yang memimpin negeri itu?

Ketika mendengar cerita itu saya bertanya kepada diri sendiri, mengapa tindakan tidak diambil walaupun ada antara ketua-ketuanya mengetahui anak-anak buah mereka itu membawa bendera bulan, biji mata Anwar dan roket?

Namun, itulah perkhidmatan awam Malaysia. Mereka tidak peduli dengan anutan politik kakitangannya. Mereka take for granted bahawa semua kakitangan adalah pendokong setia kerajaan semasa.

Itulah satu baiknya kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka menganggap semua kakitangannya adalah penyokong mereka. Namun mereka silap. Ada juga kakitangan tingginya di peringkat atasan yang membawa bendera selain daripada dacing.

Banyak juga dosen-dosen (pensyarah) di institusi pengajian tinggi awam yang secara terang-terangan menyokong pembangkang. Sama ada mereka ini taksub habis kepada Anwar Ibrahim atau pun Nik Aziz. Ada juga yang taksub kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Semasa zaman Tun Mahathir dulu, pensyarah-pensyarah ini yang dikatakan golongan intelektual di menara gading rata-ratanya menentang kerajaan. Mahathir dituduh mereka sebagai MahaFiraun.

Namun, mereka ini terus naik pangkat menjadi profesor madya dan profesor penuh, ketua-ketua jawatan dan fakulti. (Perlu diingat gaji seorang profesor penuh, campur elaun di tangga gaji JUSA C yang terendah ialah sekitar RM15,000).

Itu pun kerajaan semasa tidak peduli. Kerajaan BN memang baik. Orang boleh menikam mereka sedikit demi sedikit, tapi tiada tindakan diambil. Sehinggalah kemuncaknya apabila kelakuan Profesor Dr Aziz Bari terserlah, dan tikaman itu sudah mulai terasa parah sedikit (dan dibesar-besarkan pula oleh media) barulah semua orang mula kecoh. Sedangkan semua tahu siapa itu Aziz Bari selama bertahun-tahun?

Kerajaan semasa BN ini memang baik. Mereka tidak memilih bulu. Malah gaji kepada kakitangan perkhidmatan awam Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Adakah kerana kerajaan sudah terlalu selesa atau yakin?

Berbalik kepada kerajaan negeri pembangkang sekarang, mana-mana penjawat awam yang menyokong BN di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor kini terpaksa menikus. Kerana jika diketahui mereka ini menyokong atau secara terbuka memuji dacing, maka siaplah sama ada akan “dipetisejukkan” atau ditukar jauh-jauh atau tidak diberi apa-apa kerja.

Jadi setiap hari datang kerja macam orang bodoh, kerana tiada kerja yang boleh dibuat, atau tiada mesyuarat yang boleh dihadiri. Akhir sekali mereka ini akan bersara awal, atau cabut lari.

Sebaliknya, semasa negeri-negeri itu di bawah BN dulu, musang-musang itu bermaharajalela tanpa sebarang sekatan, kerana bukan menjadi polisi perkhidmatan awam untuk menghukum kakitangannya yang memegang bendera bulan mahupun biji mata Anwar, dan roket.

Maka itu, janganlah kita semua meloncat apabila Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua berani mengeluarkan kenyataan mengenai hasrat DAP mahu mengurangkan sejumlah penjawat awam sekiranya menang pilihan raya ke-13 kelak. Perlu disebut pada masa ini 90 peratus penjawat awam adalah orang Melayu.

Difahamkan di Pulau Pinang, sebuah lagi negeri naungan DAP selain Selangor, usaha mengecilkan kakitangan Melayu sudah mula dilakukan.

Pekerja Melayu tidak dibuang, tapi mana-mana yang bersara, pengambilan baru akan membabitkan bukan Melayu. PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang) kini difahamkan, pun sudah melakukan eksesais pengambilan bukan Melayu, menggantikan kakitangan Melayu yang sudah bersara.

Timbalan Ketua Menteri Guan Eng, P. Ramasamy pernah berkata enam, tujuh bulan dulu bahawa Barisan telah meletakkan terlalu ramai penjawat awam Melayu dan sudah tiba masanya keadaan itu diperbetulkan.

Polisi kerajaan DAP Pulau Pinang adalah jelas. Sehinggakan bahasa Melayu yang didewa-dewa oleh orang Melayu pun sudah ditambah dengan tiga bahasa lain di papan-papan tanda dan nama-nama jalan, inikan pula kakitangan awam.

Bahasa Melayu bukan lagi bahasa mutlak, ia dicairkan dengan tulisan Cina, Tamil dan Inggeris. Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Guan Eng, Mansur Osman dengan bangga berdiri di bawah papan tanda baru itu semasa merasmikannya.

Oleh itu, jika DAP berjaya ke Putrajaya kelak, tidak salah sekiranya mereka mahu menukar itu dan ini. Ini adalah kerana orang Melayu sendiri telah memberi kebenaran kepada DAP untuk memerintah.

Bagi saya, saya tidak salahkan DAP. DAP adalah parti politik yang bijak. Menggunakan orang Melayu — PAS, PKR dan lain-lain Melayu — untuk kepentingan mereka adalah bijak.

Nampaknya, sejarah kejatuhan Melayu bakal berulang. Tapi sebagai orang Melayu yang menghuni lebih 60 peratus negara ini, saya tidak salahkan orang lain. 

...Zaini Hassan Utusan Malaysia....

Comments / Pandangan Melalui Facebook

22/10/2011

Mkini Membuktikan Saifuddin Melanggar Bidang Kuasa.


Oleh: HHalem.



1- Hari ini dilaporkan tentang hipokrit seorang pemimpin Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, yang rata-rata gemar berkomunikasi dengan portal Malaysiakini dan Malaysian Insider untuk menyampaikan mesej-mesej mereka ke kekalayak ramai dengan segera.

Hari ini Mkini dengan terang-terang memperincikan hipokrit Saifuddin apabila mendedahkan bagaimana beliau campurtangan didalam hal ehwal isu Aziz Bari yang digantung tugas bersyarah dari UIAM akibat menghina Baginda Sultan Selangor.

Cukup anih kali ini apabila Mkini menyatakan mereka, “ternampak mesej teks sms Saifuddin kepada Datuk Zaleha Rektor UIA supaya menarik balik penggantungan Aziz Bari dari bertugas”

Comments / Pandangan Melalui Facebook

16/10/2011

Tun Mahathir: “Aziz Bari Memang Kurang Ajar”. Aziz Dah Gelabah.


Oleh: HHalem.

1- Prof Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini mengeluarkan kata-kata hina terhadap Baginda Sultan Selangor, setelah Baginda membaca keputusan kes isu murtad 12 orang Islam di Gereja DUMC.
Teks ucapan Baginda di sini. >

2- Keesokannya Aziz Bari membidas Baginda dengan kata-kata biadap.

“Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu”

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya”

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan”
-      Aziz Bari >

3- Susulan dari itu, laporan polis telah dibuat terhadap beliau, 
lihat video di sini >

4- Hari ini kita lihat Tun Mahathir telah mencela Aziz Bari “sebagai berkurang ajar terhadap Baginda Sultan”

Tun berkata ia bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

“Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” – Bernama.
  
5- Samaada ada kebenaran atau tidak terhadap kata-kata Aziz Bari dari segi undang-undang, beliau sebagai ahli akademik dan mengaku diri sebagai pakar Perlembagaan, harus lah tertib;

a- Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan komen seperti seorang ahli politik dan dipentas politik pembangkang.

b- Fakta-fakta beliau perlulah diperbandingkan dengan kajian dan pandangan pihak lain untuk diimbangkan didalam bentuk ilmiah.

c- Etika bertutur dan penulisan beliau haruslah dijaga selaras sebagai orang yang berlimu dan bukannya seperti blogger sampah jalanan.

d- Pandangan beliau tidak harus senada dengan ahli politik PAS-PKR-DAP yang berbau sentimen politik memberontak.

e- Setiap kenyataan balas beliau bersifat EGOISTIK dan tidak langsung melambangkan seorang ahli akademik dan ia lebih bercorak kepada mental ahli politik PAS-PKR.

Menyebut beliau sebagai 'pembayar cukai' dan berhak mengkritik baginda Sultan menunjukan Aziz Bari seperti samseng jalanan.

Oleh itu Aziz Bari harus pulang kepangkal jalan dan bertutur dan menulis seperti ahli akademik yang terhormat dan bukan seperti ahli politik.

Akhir sekali memang layak Aziz Bari dipanggil “kurang ajar” oleh Tun kerana sebelum ini pun Aziz Bari pernah mengelar Tun sebagai buta perlembagaan didalam isu peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (China/India).

Comments / Pandangan Melalui Facebook

15/10/2011

Video: Laporan Polis Terhadap Aziz Bari Kerana Menghina Sultan.


Oleh: HHalem.


Umno Selangor


Laporan Polis Terhadap Prof Aziz Bari


Ikuti kata-kata kurang sopan Aziz Bari terhadap Baginda Sultan Selangor di sini >


Comments / Pandangan Melalui Facebook

12/10/2011

Aziz Bari Sekali Lagi Berkurang Ajar. Beliau Berhak Di Hukum Sula Dan Di Pancung.


Oleh: HHalem.

1- Sekali lagi Aziz Bari menderhaka kepada Baginda Sultan dengan terus menghasut dan mempertikaikan keputusan Baginda Sultan.

Malah beliau mempertahankan diri beliau kerana memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

Kata Prof Dr Abdul Aziz Bari.

“Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu”

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya”

“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,”

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan”

“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,”

“Pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik”

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,”

“Seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa”

2- Kata-kata pedas di atas oleh Aziz Bari kepada Baginda Sultan secara tidak langsung, dipetik oleh Mkini, memang ayat penghinaan yang amat sangat.

Itu lah akibat asalnya kebodohan dan kelemahan Khalid Ibrahim memerintah Selangor yang berlarutan kepada isu-isu lain yang bersangkutan. Ucapan Baginda Sultan pula dipertikaikan.

Dengan menggunakan hak beliau sebagai pembayar cukai maka Aziz Bari merasakan beliau mempunyai hak untuk menilai prestasi Baginda Sultan.

Cukup kurang asam dan sebagai pembayar cukai beliau layak dihukum sula atau pun dipancung terus. Berapa sen kah duit cukai beliau, tidak cukup pun untuk membayar duit tandas istana.

Menuduh, “bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan” amat serious dan beliau perlu disiasat keatas kebiadapan beliau.

Sekarang penulis cukup faham kenapa pada zaman dulu-dulu orang kurang asam seperti Aziz Bari terus dihukum pancung tanpa banyak cakap.

Kemudian Aziz Bari bercakap pasal Khalifah Umar al-Khattab. Beliau bernasib baik jika dapat hidup sesaat pada zaman itu dengan sikap kurang ajar beliau.

3- Rumpun bangsa China/India sedang memerhati tindakan dan balasan setimpal yang akan diterima oleh Aziz Bari. Jika terlepas maka mereka juga akan bertindak dan bercakap kurang sopan seperti Aziz Bari.

Prof ini lupa bahawa Tanah Melayu terdapat Rumpun China dan Rumpun India dan bukan kesemuanya Rumpun Melayu sahaja.
Di Timur Tengah rumpun Arab merangkumi majoriti penduduk.
Di Eropah dan Amerika,  rakyatnya dari satu Rumpun Eropah.

Di Malaysia jika rakyat semuanya seRumpun Melayu sahaja seperti Indonesia, maka kita hari ini amat mudah.

Prof Aziz Bari tidak faham yang ini.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

12/09/2011

Khalid Samad Bakal Di Buang Dari Selangor.


Oleh: HHalem.

1- Agendadaily melalui sumber A1 mereka melapurkan Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam Khalid Samad dikatakan tidak akan dijemput menghadiri acara rasmi sempena lawatan Yang Di Pertuan Agong  Tunku Mizan Zainal Abidin ke Selangor pada 21 hingga 23 September.

2- Jika benar bermakna Sultan Selangor mungkin sudah murka dengan tindak tanduk Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang begitu kritikal terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Menyerang JAIS dan MAIS sama juga menyerang Baginda Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri.

3- Khalid telah didakwa JAIS kerana memberi takzirah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang pada 16 Ogos di mana beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada bulan 24 November ini.

4- Maka secara ringkasnya Khalid Samad bukan sahaja tidak dikehendaki di Shah Alam, malah diseluruh Selangor. Beliau perlu memikir negeri-negeri yang membolehkan beliau lari dan bertanding pada PRU 13 nanti.

5- PAS telah menanggung biawak hidup akibat keceluparan Khalid Samad dan juga Mat Sabu Komunis yang kini bergelut dengan ‘komunis’ dan ‘telefon sex’ buatan beliau sendiri.

Sumber utama Agendadaily >
Comments / Pandangan Melalui Facebook

11/09/2011

Komplot Sulit Ambiga: Anwar Liabiliti, Tak Layak Jadi PM.


Oleh : HHalem.
Do you trust those two jokers?
"Let us pretend to like each other 
'cause Mr Jinggo is taking a shoot at both of use'

1- Dilaporkan bahawa Datuk Ambiga Sreenivasan percaya dan bersetuju bahawa Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang adalah satu liabiliti kepada pakatan pembangkang dan calon yang tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

2- Ambiga yang merupakan Pengerusi BERSIH 2.0 dilaporkan berkata begitu dalam satu majlis tertutup di London baru-baru ini.

“Dalam satu majlis persendirian di London baru-baru ini, (yang dihadiri) sekumpulan pemimpin berpotensi terpilih untuk pembangkang memimpin kerajaan (tidak termasuk Hindraf), Datuk Ambiga Sreenivasan dan lain-lain yang hadir telah memutuskan tanpa ragu-ragu bahawa Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada perjuangan gabungan (pembangkang) dan dengan itu secara mutlak (mereka memutuskan Anwar) tidak sesuai untuk jawatan PM (jika sekiranya) pembangkang memimpin kerajaan”
"Now, you please bend down as if you are going for my dick"

3- Perkara di atas ditulis oleh Gopal Raj Kumar dan dipetik oleh Aidc.
Mungkin seorang yang boleh dipercayai untuk Aidc begitu yakin untuk memetik cerita dari blog beliau.

Update:
Please don't miss the well written piece by ARK2 below in the comment section. Piece of his mind.  

Comments / Pandangan Melalui Facebook

08/09/2011

TS Muhyiddin Menepis & Lempang Mat Sabu Komunis. Cukup Klasik.


Oleh : HHalem.
Lempang Sejibik Kanggg - Mampus Kooo !!


1- Apabila ditanya oleh AgendaDaily mengenai kehendak Mat Sabu Komunis untuk berdebat dengan beliau, TS Muhyiddin Yassin menjawap ringkas;

“ tak payah ajak saya debat”. – Agendadaily >

2- Muhyiddin meminta Mat Sabu Komunis jawab terlebih dahulu pelbagai persoalan mengenai isu berkenaan yang dibangkitkan oleh media sejak cetus kemarahan ramai pihak dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

3- Pandai juga Muhyiddin suruh Mat Sabu Komunis 'jawap terlebih dahulu'

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Akhirnya Lapuran Polis Siap, Tapi Jangan Harap Mat Sabu Komunis Akan Di Dakwa.


Oleh : HHalem.

1- Di seluruh negara, 266 laporan polis telah dibuat terhadap Mat Sabu Komunis.

2- Pihak polis Pulau Pinang telah selesai membuat lapuran dan ia telah dihantar ke Bukit Aman untuk dipanjangkan kepada Pejabat Pendakwa Raya. Maka akan bermula lah satu lagi episod dimana Pendakwa raya akan menghantar pulang kembali lapuran ke Bukit Aman untuk dilengkapkan semula kerana tidak kemas dan tidak cukup fakta. Ia akan berulang alik ke hulu ke hilir seperti biasa, seperti kes video seks Anwar Ibrahim, seolah-olah pihak polis tidak cekap membuat lapuran mengikut kehendak Pendakwa Raya.

3- Kita berharap Pendakwa Raya mempunyai kes untuk membawa Mat Sabu Komunis kemuka pengadilan dan dihukum kerana mengemparkan masyarakat. Ini kerana Kerajaan Johor telah membuat kata putus bahawa Mat Indera adalah pengkhianat negara dan membantu komunis sebagai rujukan rasmi.>

4- Tetapi pada kebiasaannya, seperti yang lepas-lepas, ia tidak akan diambil apa-apa tindakan langsung. Diam begitu sahaja.

5- Ini merupakan satu kecelakan yang amat besar kerana pihak Pendakwaraya hanya berfungsi sebagai mengabui mata hati rakyat yang menanti. Mat Sabu akan terlepas begitu sahaja dan lapuran dibuat seolah-olah hanya untuk meredakan suasana marah rakyat dan mempermainkan sentiment. Cukup celaka sekali.

....Ikuti lapuran Bernama dibawah....

GEORGE TOWN: Polis menyiapkan kertas siasatan terhadap Mohamad Sabu berhubung kenyataannya mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata kertas siasatan itu dihantar ke Bukit Aman hari ini untuk diteliti dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.

Katanya, polis mengambil keterangan daripada Timbalan Presiden PAS, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, itu pada Ahad lalu.

"Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan dan sama ada beliau akan didakwa atau tidak, ia bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Mohamad Sabu turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.

Sehingga semalam, sebanyak 266 laporan polis terhadap Mat Sabu diterima di seluruh negara, kata Ayub.

Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dipetik sebagai berkata, pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Beliau enggan menarik balik kenyataannya dalam ceramah itu walaupun diminta berbuat demikian oleh pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh.

- Bernama
Comments / Pandangan Melalui Facebook

Ghani Othman: Kerajaan Johor Putuskan Mat Indera Sebagai Penganas.


Oleh : HHalem.

Baharom Shah bin Indera Membela Abang Beliau Muhammad bin Indera Bukan Sebagai Komunis.

1- Baharom Shah bin Indera 65, menegaskan bahawa adik beliau Muhammad Indera (Mat Indera) tidak pernah berfahaman komunis dan tidak pernah menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai oleh Chin Peng.

“Beliau (Mat Indera) selalu menafikan bahawa beliau seorang yang berfahaman komunis, beliau sebenarnya berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan British”
-         kata Baharom di Ibu Pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut. Video di bawah sekali.


2- Abangnya yang dihukum gantung sampai mati oleh British pada usia 33 tahun pada tahun 1952, dilabelkan sebagai sebahagian dari pengganas Komunis apabila bersekongkol dengan pasukan gerila yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada tahun Feb 23, 1950. Baharom dan Mat Sabu berkata Mat Indera adalah hero dan bukannya 17 anggota polis yang terkorban.

3- Mat Indera berlatar belakangkan pendidikan sekolah agama dan merupakan salah seorang anak murid Cikgu Mat Yassin, bapa kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dihadapan rumah mereka.

4- Adakah dengan tidak pernah menganggotai Parti Komunis Malaya dan seorang pendidikan agama dan menentang British sudah melayakan Mat Indera dianggap penjuang kemerdekaan.

5- Jikalau Mat Indera diberi penghormatan, maka semua komunis di Bukit Kepong ketika itu juga perlu diberi penghormatan kerana menentang British. Melawan British untuk menakluki Malaya, bukannya untuk meminta merdeka. Maka seluruh ahli Parti Komunis Malaya yang diharamkan patut diberi penghormatan juga. Maka Chin Peng juga layak diberi gelaran hero. Mana ada lojik hukum akalnya disini.

Ikuti apa kata Kerajaan Negeri Johor secara rasmi dibawah.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman

6- Ghani Othman berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

“Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan

“Oleh itu ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri,  melarikan diri ke Singapura,  bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu(Umno)”

 “Bagaimanapun Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British ” - kata Ghani kepada Bernama Online>.

7- Jika Mat Indera ahli aktif PKMM dan API yang telah diharamkan oleh pemerintah waktu itu, maka jelaslah Mat Indera dipihak pemberontak. Seperti juga Parti Pas-Pkr-Dap dianggap penentang dan memberontak ketika ini. Bezanya disini Baharom katakan Mat Indera bukan ahli PKM, tetapi Ghani Othman pula menyatakan Mat Indera Ketua Regimen ke-10 PKM. Apa pun kesemua parti-parti tersebut telah diharamkan oleh kerajaan terkini waktu itu yang didokong oleh Sultan-Sultan Melayu.

8- Yang jelasnya Mat Indera adalah dianggap penganas diwaktu dan ketika ini. Hanya masa yang akan menentukan sebaliknya. Seperti mana kita sebelum ini menggangap Union of Soviet Socialist Republics (USSR) sebagai negara ganas dan kejam. Maka kita memohon supaya USSR dihancurkan oleh Amerika USA. Kita memihak kepada Amerika.

Setelah USSR hancur maka Amerika menjadi polis dunia, pembuli dunia nombor satu. Menyerang, menakluki dan memporak perandakan negera-negara Islam, maka kita terus menepuk dahi tanda menyesal. Sekali lagi kita berdoa pagi petang siang malam supaya Amerika dihancurkan oleh kuasa dunia lain yang akan muncul. Itu lah maksud masa dan sejarah akan menentukan segalanya. 

9- Oleh itu didalam kes ahli-ahli PKM sebagai hero mengangkat senjata menentang British, hanya masa dan sejarah akan menentukan segala-galanya.

Bila kah masa dan waktu itu akan tiba? Mudah jawapan nya.

Waktunya akan tiba apabila PAS Komunis dan DAP Komunis memerintah dan menjadi kerajaan terkini di Republik Rakyat Malaysia.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

05/09/2011

Mengapa Mat Sabu Menghalalkan Komunis Malaya?


Oleh : HHalem.
Gaya Provokatif Mat Sabu Memeningkan Pas dan Dap.
Norma Alwi diheret bersama untuk memperbaiki 
image ‘penyakit buahasir’ Mat Sabu.

1- Pergerakan Pemuda Umno melalui Khairy Jamaluddin telah mengumumkan program ‘Pentas Patriot’ jelajah negara untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu. Mat Sabu memutar bahawa Komunis yang menentang British untuk menakluk Malaya secara kekerasaan dan bersenjata adalah pejuang kemerdekaan sebenarnya dan pegawai British seperti Datuk Onn dan Tengku Abdul Rahman yang berjuang secara keamanan adalah pembelot dan pengkhianat negera pada hakikatnya.

2- Ketika itu Mat Sabu tidak dapat membezakan fahaman Komunis dari China yang dibawa oleh Mao Zedong (Tze Tung)> dan fahaman Komunis Rusia oleh Stalin> dan Lenin>.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

24/08/2011

Khir Toyo ‘Penyapu’ Beri Amaran Keras Kepada Menteri. Siapa kah Menteri itu?

Oleh : HHalem.

1- Khir Toyo sedang didalam perbicaraan untuk membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

2- Kini Khir naik berang apabila terdapat 3 sahabat beliau bertaraf Menteri Kabinet mengadu domba bahawa untuk BN akan mampu menawan kembali Selangor dari Pakatan ialah dengan menyumbat Khir Toyo kedalam penjara. Siapa kah 3 individu yang beliau iktirafkan sebagai ‘sahabat’ itu?

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,”

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan” – Khir Toyol >

3- Bekas MB Selangor ini, nama manja atau timangan beliau ialah Khir Penyapu, seolah-olah lupa apa yang beliau telah lakukan dan ia menjadi salah satu punca utama rakyat Selangor membenci beliau dan turut membenci Umno ialah kerana sikap beliau yang tidak tahu adat dan menyerah penyapu kepada salah seorang pegawai beliau supaya ‘shake up or ship out’

4- Bahana dan badi dari isu Khir Penyapu itu telah berlarutan sehingga ke PRU 12, dan Umno menerima padahnya dengan tewas di Selangor.

5- Khir tidak sedar bahawa bukan setakat 3 orang Menteri sahaja menyeru beliau dipenjarakan, malah seluruh rakyat Malaysia bersetuju bahawa Khir Penyapu membawa aura dan gelombang negatif kepada nama Umno di Selangor. Beliau adalah kudis yang mesti dihapuskan sama sekali.

6- Jika kemenangan perbicaraan Khir Penyapu nanti, hanya diatas sebab teknikal, ia tidak akan membalut luka hati rakyat Selangor yang telah diguris Khir. Seperti kes rasuah Datuk Kuris Semenyih> dimana beliau terang-terang menerima rasuah tetapi dibebaskan dan didapati tidak bersalah hanya kerana kesilapan teknikal. Ia memberi gambaran cukup buruk terhadap kerajaan BN dan sistem kehakiman.

7- Jika kes Khir Penyapu berulang seperti kes Datuk Kuris, bermakna kemungkinan besar Pakatan akan tetap memerintah Selangor kerana aura Khir Penyapu lebih kuat terpahat dihati rakyat dari aura Khalid Majlis Syura.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/08/2011

JAIS-Gereja. Edmund Bon Mengakui 12 Melayu Murtad Dan Ada Hak. Bukti Kukuh Khalid Merancang Menyelamatkan Gereja.

Oleh : HHalem.

1- Kes Jais-Gereja hangat diperkatakan semenjak seminggu lepas dimana pihak Pas tidak tentu haruan kedudukan mereka pada peringkat awalnya disebabkan Pas mengimbangi kedudukan politik mereka.

2- Malah kedudukan 12 individu Melayu yang terlibat sehingga kini masih menjadi tandatanya dan dirasakan ia akan berlalu begitu sahaja dengan pihak Gereja terlepas dari segala kesalahan dimana Hak Asasi dan Kebebasan ciptaan manusia mengatasi dan mengalahkan undang-undang Islam.

3- Dengan kehendak dan arahan Baginda Sultan Selangor, seperti yang dijaja oleh MB Khalid, maka di tubuhkan Majlis Syura  — yang dianggotai MB Khalid Ibrahim sendiri, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar, untuk menyelesaikan kes kemelut Jais-Gereja.

4- Perkembangan menarik disini ialah Peguam Hak Asasi, Edmund Bon Tai Soon pada 4 Ogos 2011, yang mewakili 10 daripada 12 individu Melayu terbabit, telah membuat pengakuan yang amat jelas iaitu Melayu tadi mempunyai hak dan kebebasan memeluk kepercayaan Kristian. Lihat dengan jelas tweet beliau. Terdapat 3 isu/tajuk utama disitu.

5- Malah pengakuan Edmund Bon menjadi lebih kukuh apabila beliau cuba berunding dengan kerajaan Selangor supaya tidak menghalang hak untuk meninggalkan agama Islam. Memang kerajaan Selangor (siapa?) mengetahui bahawa 12 Melayu terbabit telah murtad hasil maklumat dan perbincangan dengan Edmund Bon. Siapa kah wakil kerajaan Selangor tersebut yang berbincang dengan Edmund?

6- Dengan pengakuan peguam yang mewakili mereka, jelas 12 Melayu tadi memang berhasrat atau telah pun meninggalkan Islam. Samada Jais/Mais dibawah State Exco atau tidak, ia adalah tajuk berasingan yang cukup menarik dibincang.

7- Majlis Syura yang amat kontrovesi ketika ini, jika berhasil dilaksanakan, perlu lah mengambil kira pengakuan Edmund Bon kepada kerajaan Selangor didalam siasatan mereka. Majlis Syura perlu membuat keputusan bukan sahaja kepada 12 Melayu terbabit, malah kedudukan Geraja juga kerana kita tidak mahu Gereja terlepas begitu sahaja dari sebarang kesalahan.

8- Jika Khalid Gagap waras beliau tidak akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik semata-mata kerana keputusan kes ini akan menjadi batu pengukur kepada kes-kes akan datang dan supaya ia dijadikan penghindar kepada Gereja yang cuba memesong aqidah anak-anak Melayu disebalik bantuan kemanusian yang mereka berikan.
Sumber charta dan tweet di perolehi dari The Unspinners>

Edmund Bon Tai Soon
Chairperson, Human Rights Committee,Bar Council
........................................

9- Siapa kah diantara Exco Selangor yang pernah berunding dan tawaran dibuat oleh Edmund Bon dan mereka mengetahui Melayu terbabit telah murtad seperti yang dimaklumkan oleh Edmund didalam tweet beliau?

10- Di sini nampak dengan jelas Khalid membuat satu perancangan teliti supaya setiap keputusan pertelingkahan diantara Jais-Gereja akan diletakkan dibahu Majlis Syura. Dan Majlis Syura telah dihebohkan oleh Khalid diiktiraf oleh Baginda Sultan. Siapakah yang akan mempertikaikan keputusan Baginda Sultan sebagai ketua agama negeri?

11- Permainan taktik kotor Khalid ini membuat kita merumuskan bahawa Khalid akan membuat keputusan politik yang akan memihak kepada Gereja Methodist dan dilepaskan begitu sahaja tanpa salah. Kesalahan akan diletakkan dibahu 12 Melayu tadi yang dikatakan murtad. Khalid memang merancang untuk menyelamatkan pihak Gereja atas desakan Dap dan manusia-manusia seperti Edmund Bon dan Khalid Samad Gereja.

12- Dengan kekecohan Majlis Syura hari ini, dimana dikatakan MB Khalid berjaya membuat Baginda Sultan murka, kedudukan Khalid amat terancam. Beliau amat terdesak dan tersepit sekarang sehingga berani menjual nama Baginda Sultan di sini>. Khalid perlu memberi penjelasan segera besuk kerana ia akan menjadi perbualan pada cuti Hari Raya nanti jika beliau gagal berbuat demikian.

13 – Kes ini sahaja akan boleh meruntuhkan kerajaan Pakatan di Selangor seperti mana keruntuhan kerajaan BN dibawah kes penyapu Khir Toyo.

14- Kepada penganut-penganut Pas dan pentaksub Pkr, adakah ini yang anda mahu dan sesuai dengan jiwa dan naluri anda? Ini kah keputusan yang anda mahu mereka lakukan, kerana apa yang wakil anda lakukan melambangkan jiwa naluri anda? Kerana mereka adalah wakil anda.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive