Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

31/01/2011

Penipuan Teragung - Bukti Kukuh Kuan Yew Menindas Islam dan Melayu


Mahukah kita diperintah oleh Komunis DAP 
(adik Komunis PAP)

Fengshui is Utterly Rubbish
 
LEE Kuan Yew menarik sokongan orang Melayu dengan memakai songkok ketika bertemu penduduk Melayu di Kampung Tani, Singapura pada 1965.

Melayu bangga Kuan Yew berjaya dimelayukan. Seperti Nik Ajis bangga Komunis DAP berjaya memahami Islam apabila Komunis membaca sepotong ayat Al-Quran.


Dengan mengeluar kenyataan meminta umat Islam supaya umat Islam di Singapura melonggarkan pegangan terhadap agama Islam> telah membuktikan bahawa itu lah dasar dan pemikiran Kuan Yew terhadap Melayu dan Islam di negara itu. Apa yang diluahkan oleh Kuan Yew merupakan pendirian dasar kerajaan Singa Pura yang telah dilaksanakan selama ini. Inilah bukti jelas menunjukan bahawa Islam yang didokong kebanyakan Melayu dipandang hina oleh Kuan Yew. 

Begitu juga apabila Kuan Yew menyatakan mereka gagal mengintegrasikan orang-orang Islam bermakna beliau adalah seorang yang telah gagal dan bukan pemimpin yang patut di agungkan.  Ini akuan dari mulut beliau sendiri, bukan direka-reka. 

"I would say today, we can integrate all religions and races except Islam,">> 

Sudah tentu pemimpin Singa Pura sekarang cukup bengang dengan kebanyakan ungkapan beliau yang memporak perandakan keharmonian kaum tetapi tidak berani berbuat apa-apa kerana kekebalan beliau. 

Begitu juga seperti akuan beliau sendiri yang beliau amat takut dengan Tun Dr Mahathir! 

Beliau sekali lagi menimbulkan kemarahan rakyat Singa Pura apabila beliau menyebut, “does who believes I does in Fengshui is utter rubbish” . Sekali lagi beliau tersangat amat kebal di Singa Pura untuk dikritik.

Apabila Parti Komunis DAP (Karpal-Kitsiang - Teresa Kok - Ely Wong) bersuara sumbang di Malaysia ia merupakan luahan dasar dan pegangan parti itu terhadap Bangsa Melayu dan Islam di Malaysia. Apa yang dicakap dan tindakan merupakan dasar parti kerana mereka adalah pemimpin dan mewakili parti. Seperti issue arak dan issue masjid. Bukannya ‘pandangan peribadi’ seperti yang Nik Aziz selalu sebutkan apabila pemimpin mereka bercakap menyetujui tindakan kerajaan.

Kedua-dua Parti Komunis PAP Singapura dan Parti Komunis DAP Malaysia yang bersaudara dan Asal-Pendatang mempunyai persamaan bukan sahaja keturunan bahkan mereka amat benci terhadap orang Melayu dan Islam di negeri masing-masing.

Bezanya, di Malaysia Parti Komunis DAP mendapat tentangan hebat dari orang-orang Melayu, kecuali PAS dan PKR yang simpati terhadap perjuangan komunis.

Di Singa Pura pula pemikiran orang-orang Melayu telah berjaya di-doktorin-kan oleh Kuan Yew, sehingga terpengaruh dengan dakyah bagaimana Melayu harus berfikiran mengenai agama sendiri. Komunis Kafir mengajar kita bagaimana kita harus berfikir mengenai Islam! Jika orang Melayu Malaysia yang tinggi ilmu keagamaan boleh terpengaruh, apatah lagi rakyat biasa di Singa Pura.

Berikut ialah pandangan Ayahanda Tun terhadap pemikiran Kuan Yew yang jelas membenci Islam.


.......Petikan Utusan.com.my......

‘Kuan Yew ketepikan agama"
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hairan dengan kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew meminta umat Islam negara itu longgarkan pegangan agama kerana beliau memang langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.

  •  Dr. Mahathir juga melihat orang Melayu Singapura ketakutan dan sentiasa berjaga-jaga jika mahu bersuara sebab bimbang menjadi mangsa.

JADUAL TUN DR. Mahathir Mohamad Jumaat lalu memang padat. Sebelum sesi wawancara bersama Mingguan Malaysia berlangsung, beliau menerima kunjungan tetamu dari luar negara. Selesai bercakap dengan NORAINI ABD. RAZAK, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan NORLAILE OSMAN, ada lagi kumpulan yang sedang menunggu.

‘‘Saya memang sibuk, tengok (sambil menunjuk nota-nota di atas mejanya) semua ini yang saya buat. Selepas ini ada dua pertemuan lagi,’’ katanya sebaik ditanya mengenai tugasannya pada hari berkenaan. Kelihatan bertenaga tetapi tetap bersahaja, bekas Perdana Menteri itu seperti biasa tenang melontarkan jawapan pada setiap soalan berhubung kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew baru-baru ini.

Berpengalaman luas dalam berhadapan dengan kerenah hubungan dua hala Malaysia-Singapura, Dr. Mahathir menyifatkan kenyataan Kuan Yew supaya umat Islam di negara itu melonggarkan pegangan agama yang didakwa beliau menghalang integrasi kaum sebagai:

‘‘Jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu. Itulah sikap Kuan Yew. Beliau langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.’’

Mengenai orang Melayu Singapura yang mendabik dada menyanggah kenyataan Dr. Mahathir bahawa mereka terpinggir sebaliknya mendakwa nasib mereka jauh lebih baik di sana sehingga tidak perlu bergantung kepada bantuan dan subsidi daripada kerajaan seperti orang Melayu di Malaysia, bekas Perdana Menteri itu menjawab ringkas: ‘‘Tidak juga, sebab peluang yang sewajarnya untuk mereka (orang Melayu Singapura) tidak ada di sana.”

Dalam pertemuan kira-kira setengah jam di pejabat Perdana Global Peace Organisation (PGPO) itu Dr. Mahathir turut ditanya mengenai kenaikan harga barangan keperluan, kos hidup yang semakin tinggi serta kadar upahan pekerja yang dilihat tidak setara.

Mingguan: Bagaimana Tun melihat kenyataan Lee Kuan Yew supaya umat Islam di Singapura melonggarkan pegangan terhadap agama Islam?

Dr. Mahathir Mohamad: Saya tidak hairan dengan kenyataan itu sebab bagi beliau agama tidak penting. Lebih-lebih lagi agama Islam. Bagi dia seperti kata mat salleh the end justify the means, jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu. Itulah sikap Kuan Yew. Beliau langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.

Mingguan: Tapi ada yang berkata kita terlalu memandang sempit pemikiran Kuan Yew itu yang kononnya mahu orang Islam di Singapura progresif?

Dr. Mahathir Mohamad: Pada saya kita terlalu terbawa-bawa dengan ajaran imam-imam tertentu sehingga kita berpecah-belah. Islam itu sendiri sudah cukup progresif. Yang menjadi masalah ialah tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh manusia biasa walaupun mereka terdiri daripada ulama yang cukup mendalam pengetahuan mengenai Islam. Dalam Islam disebutkan tidak boleh berbunuh sesama Islam, tetapi ketika ini pun terdapat orang Islam yang membunuh orang Islam lain. Banyak tafsiran yang kita terima juga bercanggah antara satu sama lain. Bercanggah sehinggakan orang Islam itu bermusuh dengan orang Islam sendiri. Sebenarnya itu bukan datang daripada ajaran Islam. Sekiranya kita merujuk kepada ajaran Islam dan hadis-hadis sahih, tidak ada fahaman sunni, syiah atau wahabi. Ini adalah hasil daripada tafsiran manusia yang bukannya Nabi. Mereka adalah orang biasa walaupun mungkin mempunyai latarbelakang dan pendidikan yang baik. Sebab itu tafsiran mereka telah memecah-belahkan umat Islam. Kerana itu kita harus tentukan supaya kita kembali kepada ajaran Islam yang asal, benar dan berasaskan kepada apa yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Tapi itu bukan bermakna kita melonggarkan Islam. Sebenarnya agama Islam itu sempurna untuk mana-mana zaman sekali pun. Apabila orang Islam itu dilihat lemah dan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang dipersoalkan, itu bukan kerana agama Islam. Tetapi kerana pendapat sesetengah orang yang ada kepentingan. Umpamanya dengan menjadi pengebom berani mati dan membunuh orang lain yang tidak berdosa. Itu tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam tidak pernah membenarkan kita meletupkan diri dalam keadaan-keadaan tertentu. Tidak ada dalam al-Quran perkara seperti itu. Kita kena jelas dengan perkara-perkara seperti ini. Tapi jangan dalam soal halal dan haram juga patut kita longgarkan. Misalnya tidak mengapa kalau mabuk sedikit atau makan makanan haram sedikit.

Dulu beliau (Kuan Yew) marah apabila Osman Wok duduk semeja dengan dia tetapi diberi makanan halal. Dia tanya mengapa Osman Wok tidak boleh makan makanan yang dia makan sebab makanan itu tidak ada babi. Betul tidak ada babi, tapi kita tidak tahu macam mana dia masak dan jika ada daging di dalamnya sama ada disembelih atau tidak. Sebab itu Osman Wok pilih makanan halal sebab dalam Islam tidak boleh kata tak apalah sikit-sikit. Dalam Islam tidak boleh begitu. Memang kalau dalam keadaan terdesak itu dibenarkan tapi kita bukan berada dalam keadaan terdesak. Makan malam bukan terdesak.

Mingguan: Islam itu sendiri agama yang progresif?

Dr. Mahathir Mohamad: Islam sudah cukup progresif. Apabila ada pertentangan pendapat kita berbalik kepada ajaran Islam sebenar. Di dalam al-Quran disebut Islam mesti bersaudara, adakah dengan masuk PAP kita tidak boleh bersaudara. (HHalem- masuk PAP?)
Comments / Pandangan Melalui Facebook

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive