Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

02/02/2011

Tun Mula Menyerang. Jika berterusan Nik Ajis akan Jatuh.


SERANGAN TUN AKAN BERTERUSAN SEHINGGA PILIHAN RAYA 
Bermula dari entry weblog Tun> dan temubual oleh akhbar (dibawah), telah dilihat paten menyerang telah dibuat oleh Tun. Jika serangan berterusan berkemungkinan besar Nicky Ajis akan jatuh terus atau PAS akan kalah teruk di PR 13 nanti. Maka penyatuan orang-orang Melayu akan berhasil.


1 - Istilah ‘ketuk kepala’ (orang Kedah kata ‘sekeh pala’), membawa maksud yang sangat tajam, iaitu orang tua Nicky Ajis patut diberi kesedaran tentang penyatuan orang Melayu walaupun dengan kaedah kasar sekali pun. Memegang kepala sangatlah dipantang oleh adat Melayu, lebih-lebih nak di ketuk (sekeh pala) kepala. Walaupun ketahap kurang ajar, Nicky Ajis patut diberi kesedaran.

2 - Dengan Anwar, bukan lagi ketahap perlunya berkurang ajar, malah beliau jika di negeri yang tidak bertemadun seperti Amerika telah lama menjadi mangsa sharp shooter seperti President John F Kennedy.

3 – Mengenai Malay Dilemma 2 ni memang telah lama dirasai. Tun memang sangat bijak dan dapat merasai sentimen orang-orang Melayu.

4 - Contohnya hendak menyebut yang kita menyokong UMNO terang-terangan tersangat takut, malu pun ada, risau pun ada. Takut nanti dikutuk oleh kawan-kawan kerana UMNO ni ‘tahi haprak’.
UMNO ni sombong, bongkak. Masuk kampung dengan 4-wheel-drive, bertali leher, ada yang berjeket. Itu image orang kampung terhadap UMNO. Jadi nak berbangga dan menyebut terang-terangan yang kita ahli UMNO dengan kawan-kawan pun risau jugak.
Itu salah satu dilemma nya bab UMNO ni.

5 – Contoh kedua ialah jika UMNO berkubur, mana parti kita akan masuki. Dahulunya terang-terangan kita kata kan PAS sebab ia parti Islam. Nak sebut ini pun dilemma juga. Sekarang PAS telah berjaya di syaitankan oleh Komunis DAP, maka kita tidak ada pilihan lain. Ini yang dilemma nya.

6 – Di sebabkan dilemma ini lah timbulnya suara-suara supaya PERKASA berdaftar sebagai parti politik alternatif jika UMNO berkubur.

Itu belum masuk bab dilemma hendak menyebut perkataan hak-hak Melayu, keturunan Melayu dan Raja Melayu, takut nanti dipanggil dan dichop racist di tanah air sendiri oleh Bangsa Asal Pendatang.


....................Petikan dari Malaysian Insider.............
February 01, 2011

Mahathir: Melayu boleh disatu jika ‘ketuk kepala’ Nik Aziz, Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan masalah itu berpunca daripada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.

“Cara mudah, ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka,” kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.

Dalam kebanyakan ucapannya sejak Mac 2008, Dr Mahathir mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga dan kuasa politik semakin mengecil dan tidak menolak kemungkinan akan menjadi macam orang Melayu Singapura.

Beliau juga menyifatkan usaha menyatupadukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan, Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum Pakatan Rakyat untuk ke arah itu.

“Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. Anwar dengan dasarnya untuk sampai ke Putrajaya dan Nik Aziz adalah seorang ‘opportunist’. Tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka,” katanya dipetik Bernama.

Dr Mahathir berkata dalam keadaan kepercayaan kepada Umno juga goyah, orang Melayu kini diletakkan dalam keadaan serba-salah untuk memilih parti yang boleh dipercayai, justeru menyifatkan kaum Melayu kini dalam “Malay Dilemma 2”.

Beliau berkata demikian pada wacana “Kaum Melayu dan Masa Depan” anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru, kata bekas perdana menteri, Nik Aziz rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.


“Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. 

“Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.

Menyentuh mengenai isu ketuanan Melayu, Dr Mahathir secara sinis berkata orang Melayu tidak perlu untuk terus mendakwa diri mereka sebagai “Tuan” jika mereka sebenarnya hanya merupakan “kuli” kepada orang lain.

Menurutnya kata-kata “Takkan Melayu Hilang Di Dunia” perlu dinilai semula agar dapat ditentukan apakah generasi Melayu yang sebenarnya yang mahu dikekalkan. 

“Kita harus tanya Melayu bagaimana yang kita tidak mahu hilang dari dunia ini . . . yang kita mahu ialah Melayu yang tidak hilang ialah Melayu yang gagah, kaya, ada ilmu, cekap dalam perniagaan, pengurusan dan sebagainya,” katanya.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

3 comments:

  1. Utk menyingkirkan Nik Aziz ni senang saja. Cepatkan tindakan mahkamah thdp Anwar dan sumbatkan dia ke dlm Sg Buloh. Tanpa Anwar PKR akan hancur/. Tanpa Anwar, Nik Aziz dgn kumpulan Erdogannya akan berkubur. Kumpulan Ulamak dlm PAS akan berkuasa. Bolehlah PAS membentuk Kerajaan Perpaduan dgn UMNO utk menguatkan orang Melayu dlm persada politik tanah air sendiri,
    Kenapa Kerajaan BN melengah2kan proses mahkamah Anwar?

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak cepatkan tindakan mahkamah terhadap Anwar, selagi Bengali tu ada.

    Bermakna disini, Bengali tu lah punca segala masalah.

    Jadi mcm mana nak selesaikan kes Bengali ni.
    Nak tunggu dia padam, liat nyawa dia.
    Soo jadi, apa nak buat?

    ReplyDelete
  3. Mat (Mohd), Tuan ada Blog ka? Habaq mai, boleh tengok2.

    Aaa , satu lagi. Tuan tanya,

    "Kenapa Kerajaan BN melengah2kan proses mahkamah Anwar?"

    Bukan BN lengah2 kan.
    Parti BN uruskan Kerajaan.

    Kuasa Executive tidak boleh (kekadang2 kala tu boleh pengaruhi juga, mcm Pak Lah pengaruhi lepaskan Anwar) campur urusan Perundangan.

    TQ Tuan kerana sudi bertandang.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive