Oleh: HHalem
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata,
“PAS menentang sekeras-kerasnya cadangan campur tangan asing dalam bentuk ketenteraan, terutamanya di atas nama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan masalah di Libya”
1 – Kita lihat betapa kebodohan penganut-penganut Pas sehingga kepada pemimpin tertinggi mereka. Kebodohan dari mentadbir anak-anak syarikat State Own, ke mentadbir negeri sehingga ke issue-issue luar negara.
2 – Betapa tidak bodohnya. Setelah menadah tangan memohon doa dan menghasut rakyat supaya menjatuhkan pemimpin yang mereka benci dan anggap zalim, akhirnya menggelabah apabila Amerika berura-ura hendak menyerang Libya atas nama PBB. Ini bukan kah Samdol> namanya. Setelah penat berdoa supaya Gaddafi di jatuhkan, datang pula Amerika.
3 - Jelaslah sesuatu kejadian buruk itu adalah buatan, permintaan dan datang dari manusia itu sendiri. Didalam kes ini ia adalah jelas hasil buruk, buatan dan permintaan Penganut Pas sendiri.
4 – Penganut-penganut Pas hendaklah menetapkan fikiran, apakah mereka mahu didalam perjuangan hidup mereka. Berhati-hatilah semasa berdoa. Ramai orang akan terbunuh atas doa anda.
5 – Pas patut mengambil pengajaran dari Libya bahawa tercetusnya huru hara di sesebuah negara itu akan membuka peluang seluas luasnya kepada anasir-anasir asing yang telah sekian lama menunggu-nunggu untuk bertindak. Tidak tahukah Pas bahawa Muammar Gaddafi> sangat-sangat dipuji oleh rakyatnya sendiri ketika zaman awal pemerintahannya. Malah beliau disanjung oleh orang-orang Pas sendiri kerana berani menentang Yahudi dan Amerika. Sekarang apa dah terjadi dengan pujian melangit tersebut. Tetapkan fikiran anda!
6 - Setelah dihasut dan termakan propaganda CIA, Mossad, Israel dan Hollywood, bersertakan dengan kesan-kesan buruk ekonomi yang asalnya datang dari Amerika juga, maka beramai-ramailah penganut Pas membenci Gaddafi. Dalam tidak di sedari, maka penganut Pas telah termakan hasutan dan propaganda oleh Yahudi.
7 – Masih ingatkah saudara-saudara dan penganut Pas yang telah termakan dek propanganda Hollywood supaya kita turut membenci Soviet Union? Kita pun turut berdoa agar USSR akan hancur. Betul bukan? Sekarang mungkin anda telah sedar dan turut menyesal kerana telah terlibat sama berdoa ketika itu. Anda adalah sebahagian dari mereka yang terlibat menjatuhkan Russia.
8 – Kesannya ialah dengan terjatuhnya Russia maka Amerika bertambah angkuh kerana tiada ‘balance of power’ dan kurang lah konflik diantara mereka. Maka Amerika terus bermaharaja lela dan menjadi Polis Dunia.
9 – Amerika menjadi maju dan kaya raya disebabkan mereka memerlukan konflik untuk terus hidup, maka hala tuju seterusnya ialah menghancurkan negara-negara Islam satu persatu, bermula dengan Afghanistan. Anda sesal bukan? Tepuk dahi tanya otak.
10 – Berbalik kepada Hadi Awang tadi, tidak terfikirkah penganut-penganut Pas, apa yang telah terjadi keatas Soviet Union, Afghanistan, Mesir dan sekarang Libya; maka ia akan terjadi kepada kita di Malaysia didalam skala yang lebih kecil.
11 – Tidak terfikirkah kita bahawa dengan pergaduhan sesama Melayu Islam diantara Pas-Pkr-Umno dan percetuskan huru hara oleh Pas, maka kita akan rugi dan menyesal kemudian. Komunis DAP, Hindraf dan Yahudi melalui Singapura telah sekian lama menunggu, mengintai dan akan menakluk negara dalam pelbagai bentuk dan cara sekali pun; baik melalui gabungan dengan Pas-Pkr atau meresap melalui budaya atau meresap melalui taklukan ekonomi. Contoh mudahnya ialah Penang dan Singapura. Bandingkan bagaimana Singapura diambil alih dan Penang ditakluki. Pelbagai bentuk dan cara bukan? Dan kita masih lagi bersedap-sedapan.
12 – Tidak terfikirkah kita bahawa semangat “Kedaulatan Rakyat” dan “Malaysian Malaysia>” yang ditiupkan oleh Komunis DAP dan didokong oleh Penganut Pas bertujuan dan bermotif menghapuskan Articles 153 of the Constitution of Malaysia?
PAS CUBA ANDA “TEPUK DAHI DAN TANYA OTAK”
.............Petikan..............
PAS tentang campur tangan tentera PBB di Libya
HarakahDaily 2 Mac>: PAS menentang sekeras-kerasnya cadangan campur tangan asing dalam bentuk ketenteraan, terutamanya di atas nama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan masalah di Libya.
Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan campur tangan pihak ketenteraan di atas nama Majlis Keselamatan itu sekalipun akan hanya membuka episod krisis perang yang tidak akan berkesudahan dan semakin menekan rakyat Libya.
Ini, katanya seperti mana campur tangan ketenteraan di Afghanistan dan Iraq yang belum menampakkan penyelesaiannya hingga kini, malah akan mewujudkan ketidakstabilan baru di negara Utara Afrika itu.
“Penyelesaian krisis di Libya boleh dirungkaikan dengan komitmen berterusan rakyat Libya untuk melakukan suatu perubahan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga ahli Parlimen Marang menambah, dalam masa yang sama Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab juga mestilah menunjukkan kewibawaan mereka dengan memainkan peranan sebagai perunding dalam isu tersebut untuk mengenakan tekanan terhadap Muammar Ghadafi supaya berundur.
SALAM HHALEM,
ReplyDeleteMANTAP ARTIKEL ...
KUPASAN ISU TERBAIK ...
BOLEH BIKIN JUAK JUAK PAS BERPUSING PUSING ... MACAM GASING!
:-)
ReplyDeleteWaalaikum salam Tuan Gelombang,
Saya sungguh berbesar hati kerana orang terkenal dan berpengaruh seperti Tuan melawati blog saya yang hina dana ini.
Selamat berjuang Tuan.
Aminnn
baguih...aku sokong artikel ini. cuma puak2 pas ni jenis dungu dan baghal sbb depa akan anggap apa saja dari pemimpin depa satu kata-kata emas yg wajib dituruti dan diikuti...depa panggil taklid. Nak harapkan depa pakai otak? malang skit la, sbb puak darah hijau pekat ini bukan jenis boleh terima pandangan org lain terutamanya bab agama, sebab selama ini depa saja lah yg dasyat dan terror bab agama. Apa2pun aku puji artikel ini..bernas..
ReplyDeletepuak2 penganut agama pas tak kan sedar...
ReplyDeletemereka bukan ada akal untuk memikir benda2 macm tu...
kalau sesama islam mereka sanggup berdoa minta kemusnahan...opsss....silap.....penganut pas bukan islam...mereka isle...
penganut ugama pas musuh aku dunia akhirat...
siam islam
mereka ini mencari ilmu pengetahuan dengan nafsu bukan dengan akal,sebab itu bermati-mati berkerat rotan dan berpatah arang dengan keturunan sendiri asal nafsu tercapai.inilah yang terlalu bebal sangat kerana hati diselaputi oleh kendengkian yang teramat tebal.macam iblis menafikan perintah Allah supaya tunduk kapada adam.
ReplyDelete