Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

09/03/2011

Pertengkaran Hebat Tun Faisal dan FlyingKick :- Tun Patut Berundur Dari UMB Kerana Gagal.

Oleh : HHalem

Tun Faisal and Flying Kick On The Bud
1 – Mula-mulanya apabila pertama kali dibaca UMB ni disangkakan United Malayan Banking, tetapi ia adalah unit Cyber Trooper yang dipimpin oleh Exco Pemuda, Tun Faisal Ismail Aziz.
Cerita gagal, kecewa dan salahlaku UMB terpampang di Unspinner, Kedah Times, sunggutan membina Flying Kick>, jawapan Tun Faisal>,

2 - Kesemua cerita dan tuduhan menjurus kepada kegagalan Tun Faisal didalam mentadbir UMB. Tun Faisal memberi alasannya yang tersendiri yang saya kira dengan penjelasan beliau itu memang terdapat bukti-bukti kukuh yang beliau telah gagal menjalankan tugas yang dipertanggungjawapkan. Beliau harus belajar dari peristiwa ini jika beliau tidak ingin kecundang di tangan bloggers.

4 – Pada saya dari sudut pandangan yang berlainan, Tun Faizal gagal kerana beliau tidak menghayati dan memahami bloggers-bloggers ini. Mereka adalah manusia yang istimewa dan unik.
a- Mereka tidak bertuan.
b- Mereka tidak ada ‘pay-master’ dan ‘a master of none’.
c- Mereka tidak ada jadual tetap. Kerja sampai empat pagi.
d- Mereka bekerja tidak mempunyai garis panduan.
e- Mereka bekerja tidak perlu latihan dan dilatih.
f- Mereka menghentam sesiapa sahaja dengan tidak bersyarat dan tidak berlapik. Sesiapa sahaja yang dirasai menugak arus aliran norma-norma masyarakat terkini akan menerima padahnya.

5 – Mereka hari ini menyokong kerajaan terkini, menyokong UMNO BN dan menghentam Pas-Pkr-Dap. Besok bagun pagi-pagi, belum lagi gosok gigi, tiba-tiba menghentam si Rosmah dan si Khiari perosak UMNO. Jadi Bloggers adalah orang yang unik di Tanah Melayu ini. Malah ada sesetengahnya yang begitu berani sehingga jika diletakan buaya tembaga dihadapan mereka sekali pun, maka buaya itu akan luyai hancur dipijak oleh blogger kamikaze ini. Mereka mempunyai pengikut tersendiri dan amat berpengaruh. Jangan padang rendah didalam hal ini. Tun Faisal harus belajar.

6 – Maka disebabkan keunikan bloggers-bloggers ini, amatlah susah bagi sesiapapun untuk mengawal dan mengurus kumpulan istimewa ini. Tiada Rules of Attic sebagai panduan. Jika Tun Faisal memandang serong dan menghina bloggers, maka padahlah akibatnya. Contoh yang nyata ialah apabila Kickdefella mendedahkan perihal pelacuran, perjudian dan arak di Kota Baharu, maka bergegar seluruh Kelantan. Gelabah Pok Nicky sehingga kesannya akan membawa perpecahan pada Pakatan Rakyat.

7 – OK. Sekali lagi soalan kenapa Tun Faisal gagal? Beliau sendiri menceritakannya.

8 - Tun Faisal sendiri yang menimbulkan kecurigaan terhadap umum yang menjurus kepada fitnah dan syak wasangka. Ini adalah kelemahan dan buatan Tun Faisal sendiri.

Berbekalkan sedikit wang simpanan dan bantuan daripada Ketua Menteri Melaka”

Sedikit wang? Apa maksudnya? RM10,000 adakah sedikit? Saya jangkakan sedikit bagi Tun adalah RM1 juta. Nampak atau tidak fitnah yang akan muncul atas sebab kelemahan Tun Faisal. Ia juga terus menimbulkan fitnah bahawa Ketua Menteri Melaka dan UMNO membela sesetengah bloggers upahan.

9 – Tun Faisal terus menghina blogger yang tidak mahu dilatih. Tun gagal memahami sifat dan membezakan diantara blogger missionary, blogger makan gaji dan blogger sukarela. Alasan Tun diatas sebab memanggil bloggers berkursus yang dikira kurang tepat apabila Tun menyatakan, ‘kerana media baru dan media sosial tidak dapat memberi kesan secara tiba-tiba, melainkan selepas melalui suatu proses’. Tahukah Tun bahawa satelah membaca tulisan FlyingKick dan tulisan Tun, saya boleh membuat penilian samada mengundi Tun atau mengundi FlyingKick. Samada mengundi UMNO atau PAS. Didalam 5 minit saya telah boleh membuat pemilihan tanpa melalui proses-proses yang lama. Disini Tun sekali lagi gagal didalam pemahamannya dan harus memperbaiki Missi dan Visi beliau.

10 – Tun meng-impose budaya, “kita menghormati heirarki dalam UMNO’ terhadap bloggers dan berkehendakan ia diikuti oleh penjuang-penjuang yang bukan pun ahli UMNO. Jika ini pun Tun tidak tahu membezakannya, bermakna Tun telah gagal dan tidak layak mengepalai bloggers.

11 – Tun dengan angkuhnya bertanyakan FlyingKick,

“Faham dan tahukah flyingkick apakah struktur operasi UMB di Kerdau? Tahukah flyingkick struktur operasi UMB (yang kemudiannya didakwa menjadi PMM) di Merlimau? Jika tidak faham, eloklah bertanya dulu sebelum memfitnah”

Jika baru sekarang Tun bertanyakan soalan sedemikian dan bukannya semasa sessi penerangan awal, bermakna Tun telah awal-awal lagi telah gagal menyampaikan message sebenar kepada bloggers. Entah berapa ramai lagi yang tidak mengetahuinya kerana kelemahan UMB.

13 – Jika ada blogger yang menuduh Tun asyik bermesyuarat sahaja, maka Tun harus fahamlah bahawa Tun tidak kelihatan batang hidung sama-sama berjuang dengan mereka di medan dan semasa sokongan diperlukan. Ini pun masih tidak difahami?

“Tun Faisal belajarlah sebelum anda di ajar”
“Tun Faisal tidak layak menerajui UMB”

“Unit Media Kedah Macam Mana?”


Comments / Pandangan Melalui Facebook

15 comments:

  1. Salam hhalem,

    Unit media kedah macam mana ? Lesu ! longlai dan menunggu untuk dikapan,lepas itu masuk keliang lahad.FULLSTOP.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan, artikel yang sangat menarik, mohon izin untuk diwar-warkan ke dalam blog saya

    ReplyDelete
  3. Mualaikum salam Tuan Parpu Kari,

    Saya berbesar hati Tuan yg ternama menziarahi weblog saya.

    Silakan Tuan.

    ReplyDelete
  4. sy pengikut n pmbaca setia Tuan Parpukari.
    mantap bercili!!!

    ...joyjoyah

    ReplyDelete
  5. Tqs Joy Joyah,

    esok cek mai lagi noo.:-)

    ReplyDelete
  6. bagi aku, flying kick lebih berdaya maju berbanding blog umb.aku bukan blogger, cuma aku non partisan yg meminati pendedahan blogger.

    ReplyDelete
  7. HHalem,

    apa yg mereka tiada? rules of attic? attic tu apa ya?

    point saya mudah:

    1. flyingkick menipu dah memfitnah; jika sdr suka memfitnah oklah, teruskanlah tugas sdr tu, insyaallah kita jumpa di pdg mahsyar nanti utk setelkan masalah kita :)

    2. kenapa flyingkick tak tau byk perkara? sbb dia bukan ada kat sana dan bukan duduk betul2 di kerdau dan merlimau pun, termasuk la dalam mesyuarat penyelarasan :). bila x tahu, jgn la menulis mcm tahu dan akhirnya tulisan tu menjadi fitnah; mcm tulisan di blog sdr juga la.

    3. baca pelan2 dan 2-3 x tulisan saya tu sebelum menulis blog sdr tu - yg dilatih tu siapa ya? blogger ke pejuang siber? yg dah pandai ke yang baru mula? apa level latihannya? klu x faham jgn buat andaian dan tuduh mcm2. siapa kata blogger tak perlu dilatih? klu ada peluang meningkatkan ilmu, berlatihlah - sbb tu saya sebutkan kpd parpukari; jgn lupa, waktu dia baru nak blajar twitter dulu, dia belajar dgn saya. apa lagi ilmu yang nak dilatih? byk, melainkan blogger tu x mau dilatih.

    4. di PRK bukan 1 tugas saja yang ada - mcm2 tugas, sbb apa UMB dilihat berperanan oleh pihak2 tertentu sbb UMB mengisi peranan2 g lain ni. x payahla saya cerita apa peranannya. bukan semua perkara kita boleh cerita :) klu saya x de dlm mesy dgn blogger tak bermaksud saya tak berkomunikasi dgn assignment manager yg saya lantik.

    jadi klu x brapa tahu, mungkin elok ikut nasihat Rasulullah saw, lebih baik diam dari byk berkata2 membanyakkan dosa :)

    ReplyDelete
  8. Salam Semua,

    Siapa Tun?, Tun Mahathir ker? Tun Abdullah ker? Tun yang ini lebih bengap lagi sombong, tidak layak menerajui blogger.

    ReplyDelete
  9. Tun Faisal,

    Ribuan Terima Kasih kepada Tun yg sudi mengunjungi weblog saya yg hina dana ini:-)

    Jumpa di Padang Mashyar! Hmmmm menarik sekali.
    Saya pernah menulis seperti berikut dlm log saya. http://hhalem.blogspot.com/2011/03/menteri-sumpah-tulang-besi-seorang.html
    .................
    7 – Rata-ratanya bagi Penganut-penganut Pas, apabila telah ‘mati akal’ atau apabila hujah mereka dipatahkan, maka ayat penutup dan terakhir biasa dikeluarkan ialah ayat ‘tunjuk-baik’ seperti,

    a- ‘tak baik kita kata mengata, upat mengupat’
    b- ‘kenapa kita bergaduh sesama Melayu Islam’
    c- ‘hambo tak maaf mu dunia akhirat’
    d- ‘bukan salah hambo dilahirkan Melayu’
    e- ‘celako-celako-celako’
    f- ‘doa kecelakaan’- terkini

    8 - Semua ayat-ayat diatas adalah ayat ‘tunjuk-baik-diri-sendiri’. Yang manakah pilihan anda apabila hujah-hujah anda dipatahkan oleh lawan? Jika belum ada, pilihlah salah satu ayat yang paling sesuai untuk di aplikasikan.
    ………………………
    Di sini saya ingin menambah perkara (7g) khas untuk Tuan,

    g- ‘Jumpa Di Padang Mashyar’

    Sekali lagi Terima kasih kerana Tun sudi bertandang:-)

    ReplyDelete
  10. Tun owh..Tun, Apa yang sedang terjadi??

    ReplyDelete
  11. Salam,

    tulisan yang kritis. mohon link dari tuan ke http://gerakantimur.blogspot.com

    GT akan linkkan blog tuan juga..

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  12. Betul tu HH.. Tun F guna duit sendiri untuk bantu Bloger. Tun memang banyak duit per! I penah dengar citer dua tiga tahun lepas masa Tun jadi pegawai khas menteri bagi projek IT di kementerian pendidikan, Tun beli jam kat KLCC RM Puluhan Riban cash jer... WOW!!! Mesti banyak lagi ada balen tu.... Apa nak kisah takat seratus dua nak bantu blogger kan! kan! kan!

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Saya ingin menyatakan disini bahawa sepanjang PRK Kerdau saya sentiasa ada disana, dan saya boleh pastikan bahawa blogger flyingkick ada bersama saya untuk berberapa waktu yang panjang.

    ReplyDelete
  14. attic? kalau tak silap aku la, makruh melakukan hubungan suami-isteri kat atas attic.....muahahaha....!!!

    "rules of attic".... rules are preset conditions that you do not breach in order to maintain etiquettes, eh...eh...attic... tak penah la pula dengar "rules of attic/etiquettes"

    "mualaikumsalam"? bahasa cybertrooper kah itu? muahahahaha.....!!!!!

    "hina dana"? amboi dalam beremosi/berdebat pun dok ingat dana lagi.....hadap sungguh kat duit noh???

    benda-benda simple gini la yang Tun suruh hangpa attend training tu. Isi dah ada, points dah cukup, tetapi etika menulis perlu diperhalusi. Facts rather than fictions, not emotional, kalau nak quote bahasa-bahasa yang sedikit bombastic, study la sikit penggunaan. Konon nak gempaq, tapi bunyi lawak. jangan terlalu teruja mendapat pujian teman-teman seangkatan, strive to get recognitions from outside the box, kalau tidak masih di takuk syok sendiri.... macam aku ni.

    ReplyDelete
  15. well done... saya akan sentiasa menyokong anda.. dah lama saya cuma jadi pembaca ( tak kira bn ke pr ), walaupun kami cuma pembaca, kami suka berfikir dan menilai.. pilihan yang kami ada cuma pada BN ( yang terbaik buat masa sekarang )

    Tuan, teruskan usaha untuk dedah kan kebenaran. "tun" tu cuma satu dari habuk yang selalu wujud dalam proses kita mencari kebenaran.

    Mendengar nama " tun " yang tu pun saya geli, jangan kerana anda ada jawatan dan "sijil" anda lebih baik dari orang lain, hormat beb, respek beb, sekarang hang kat atas, besuk tak siapa tau...

    Teruskan usaha, tegak kan kebenaran.. UMB..rasa cam tak pernah lak dengar sebelum nih, kecoh lepas prk je.. kalau tak, tak pernah rasa nak amik tau pun, tak popular pun depa nih.. bio kan je yop..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive