Video Sumbangan MediaUmno
Pas Buta, Bisu dan Pekak
Video diatas merupakan luahan hati Ahli Parlimen Kulim-bandar baharu, Zulkifli Noordin berhubung cabaran pelbagai pihak supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi merungkai siapa identiti lelaki ‘Y’ yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Mark 06:00 - Penganut Pas Pekak-Buta-Bisu
“Sampai bila.. Apakah mereka menjadi buta, bisu dan pekak sehinggakan sanggup bersekongkol dalam mencari kebenaran demi keadilan semua pihak selain memastikan Pas tidak terus hanyut dan hancur bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim”.
“Tetapi yang lebih penting penyokong pada saya, sahabat saya dalam Pas takkan tidak nampak..nak tunggu apa. Takkan Anwar nak bagi DNA dianggap konspirasi kerajaan. Apa kena mengena dengan kerajaan. DNA itu darah dia. Kalau nak dalam mahkamah doktor cucuk darah itu, ambil dan mahkamah tandatangan itu adalah darah anwar. Kalau takut sangatla…..
“Tetapi kenapa kita menjadi begitu buta sampai kita jadi sedemikian rupa. Kita jadi pekak, kita jadi buta dan jadi bisu. Kerana apa..Ini adalah kesilapan yang dibuat oleh Yahudi dan Nasara dulu apabila datang kebenaran Rasulullah s.a.w, mereka ambil sikap pekak, bisu dan buta.
Mark 06:40 - Pas Mempertuhankan Politik
“Dan akhirnya mereka musnah. Kita tidak mahulah sahabat Pas yang telah berjuang lama kenapa tidak mahu berdepan dengan kebenaran. Yang penting kebenaran. Kenapa letakkan politik sebagai tuhan kita. Jangan sampai mempertuhankan politik,” kata Zul.
"Saya khuatir akan ada tanggapan seolah-olah ada segelintir kepimpinan Pas yang meletakkan politik sebagai keutamaan. Matlamat mendapat Putrajaya sebagai sasaran dan bukan lagi dakwah Islam, bukan lagi menggunakan politik sebagai medium untuk berdakwah. Politik itu sendiri dah jadi matlamat . Ini yang kita khuatir.
"Secara peribadi juga saya cukup bimbang segelintir kepimpinan Pas yang bekiblat kepada Anwar dan dibuai oleh mimpi indah Putrajaya. Yang kita khuatir bukan mereka , mereka nak hancur dengan Anwar biarlah…tetapi kenapa nak hancurkan Pas itu sendiri,” katanya Zul

Disusun atur dari MediaUMNO
apa lah PAS tu pasal DNA Anwar pun takut pulak... yang salah tu anwar bukannya PAS bodoh la puak PAS tu tak guna otak ke...
ReplyDeletemungkin pemimpin pemimpin PAS ni dah banyak sanagt termakan budi kat nuar kot atau pun dah kena mundram kut
ReplyDelete