Oleh: HHalem
1- Dalam ruangan lepas (Selasa 15hb March 2011) bertajuk, “DAP Serbu Kelantan Minta Penjelasan Pok Nicky. ‘Siapa Perkuda dan Bontoti Siapa’ Akan Terurai”, (Di sini>), kita telah melihat bagaimana wakil-wakil DAP Komunis dan Pkr menyerbu Pok Nicky di Kelantan mengenai pengharaman judi yang akan dikuatkuasakan di seluruh Kelantan hasil dedahan Kickdefella.
2- Wakil-wakil tersebut, termasuk Anwar, mempersoalkan tindakan Pok Nicky yang melaksanakan dasar tanpa merujuk kepada majlis tertinggi parti Pakatan Rakyat. Mereka yang bertemu Pok Nicky di Kelantan ialah,
Ketua Pemuda DAP, Anthony Lok Siew Fook;
Anggota Jawatankuasa DAP Pusat, Liew Chin Tong;
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; dan
Ketua Penerangan Parti PKR, Dr Mohd Nor Manuty
3- Kita mengharapkan Pok Nicky akan memperkotakan apa yang telah dijanjikan untuk mengharamkan judi tanpa banyak berdolak-dalih dan memberi pelbagai alasan lagi.
4- Selepas perjumpaan tersebut pada Khamis 17hb March 2011 dan diasak bertubi-tubi, maka Pok Nicky telah bertukar haluan mengenai issue pengharaman loteri tersebut setelah diugut mengenai kemungkinan tindakan undang-undang diambil diatas tindakan Pok Nicky.
5- Ini kata Pok Nicky selepas perjumpaan tersebut,
"Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ”big sweep” yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” kata Pok Nicky dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari kepada pemberita, di Kota Baharu. (Di sini>)
6- Jelaslah kepada kita bahawa Pok Nicky membuat keputusan-keputusan sebelum ini tanpa merujuk kepada penasihat perundangan. Pengajaran kepada penganut Pas bahawa sesuatu tindakan keputusan samada hukum Islam atau tidak, terdapat segi perundangan yang perlu dihalusi tanpa main sebut dan janji sembarangan yang kosong.
7- Tidak cukup dengan amaran dari rombongan tempoh hari, Pok Nicky terus diberi amaran keras pula oleh Pengerusi DAP Komunis, supaya tidak terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan. Pok Nicky di beri amaran oleh Karpal supaya ‘tidak bermain dengan undang-undang’ . Kata Karpal,
“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan pendirian Pas” (Di sini>)
8- Kita lihat apa alasan yang akan Pok Nick beri selepas ini. Tetapi yang jelasnya Pok Nicky di-kaldai-kan dan diperbodohkan oleh Anwar dan Dap Komunis.
9- Selepas ini alasan-alasan standard yang digunakan oleh Pok Nicky untuk memperbodohkan semua Penganut Pas ialah,
“Kerajaan Pusat tidak lulus permohonan untuk haramkan judi”
“Pas ambil kira perasaan semua kaum. Islam adalah adil dan tidak kejam terhadap semua bangsa”
“Judi hanya untuk orang bukan Islam, orang Islam tetap haram”
“Bukan Islam boleh berjudi, orang Islam akan kita pantau”
“Orang Pas semua kena bodoh dengan hambo”
Ayah nicky = Ayah Pin
ReplyDelete