Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

27/04/2011

“Haram Baca Utusan” - Paktua Baru Datuk Haron Din


Oleh : HHalem
 “Dajjal Mata Satu - One Eyed Newborn”

1- Datuk Haron Din berkata,

“mana media (dan manusia) yang menghalalkan amalan fitnah,
cubaan mengaibkan orang lain,
menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram..”

2- Apa yang Datuk Haron sebutkan memang terdapat pada sifat-sifat orang Pas dan pemimpin PKR terutamanya Anwar.


a- Pkr dan Pas menghalalkan amalan fitnah dimana pelbagai lontaran fitnah telah dibuat terhadap DS Najib dan Rosmah.

b- Pelbagai aib telah dilakukan untuk menjatuhkan DS Najib.

c- Di sebabkan Anwar dan Pok Nick lah, maka berpecah umat Islam dan Melayu berlaku sekarang

3- Pelbagai fitnah dibuat oleh Pas dan Pkr terhadap Umno dan pemimpin BN, tetapi apabila perkara pelacuran terkena batang hidung mereka sendiri, maka Pas-Pkr akan membuat pusingan U-turn dan terus bertukar mode menjadi ‘tunjuk-baik-dan-alim’ kononnya. Maka ayat-ayat Al-Quran dan Hadith akan dikeluarkan untuk sesuaikan dengan diri sendiri yang telah tiba-tiba bertukar menjadi baik.

4- Jika ada apa-apa isu baru timbul, Pas-Pkr tidak akan teragak-agak menfitnah Umno BN dan terus akan melupakan ayat-ayat tadi.

“Tingkah Laku Pemimpin Pas-Pkr Macam Dajjal Mata Satu”



...Petikan KeadilanDaily..

Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din

Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

7 comments:

  1. bagaimana pula suara keadilan dan harakah? bersih sangat ke?

    ReplyDelete
  2. Utusan je ke yg cam tu.......yg PAS,PKR dan DAP punya media tu tak haram ke?
    Budaya media begini dimulakan PAS dan DAP.....tapi kebelakangan ini kredibiliti media pembangkang dah hancus.....
    Mereka sebenarnya terperangkap dgn mainan mereka sendiri.
    Kalau tak menipu bukan PAS.....bukan Nuar Berahim.........bukan LKS dan LGE.

    ReplyDelete
  3. bukan ke pok nik kata boleh mengumpat pemimpin? ni fatwa nak selamatkan pelanggan pelacur paling popular la ni..

    ReplyDelete
  4. Aku takut suara keadilan ni saja gunakan nama dr harun din.Biasalah aljuburi pun biasa guna nama sheikh yusof qardhawi.Mungkin harun din menjawab berdasarkan soalan wartawan.Contohnya,'apa hukum media yg suka menabur fitnah dan mengaibkan orang?'.Jadi dah tentu dia jawab haram.Lepas tu suara keadilan kaitkanlah dengan utusan secara tak langsung.

    ReplyDelete
  5. Di akhir zaman umat ku umat ku!!!!!!mungkin ramai telah menjadi ulardalam semak.

    ReplyDelete
  6. Kenapa dengki sangat dengan Utusan..akhbar lain pun sama juga malah penuh dengan caci maki, fitnah ..Utusan cuma menyampaikan berita.. kita yang ada akal ambil yang baik jadi teladan buruk jadikan sempadan..saya baca akhbar cina boleh dapat strok dengan cerita cerita rasis mereka..hentam UMNO/Melayu kaw kaw tulah padahnya kalau tak nak belajar bahasa lain dari Bahasa Malaysia yang tak dipandang oleh bangsa imigran...nasiblah..

    ReplyDelete
  7. Kan aku dah cakap(aku anon 10:16),cuba korang baca blog anak seberang;haron din nafikan dia cakap baca utusan haram.Dia cakap dia sendiri baca utusan,takkan haram pulak.

    Jangan mudah2 kita nak percaya berita yg dilaporkan suara keldaian ni kan.Diorang sanggup peralatkan nama ulama2 yg baik macam ustaz harun din ni untuk tuan mereka anuwar omega.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive