Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

15/05/2011

Dr Wahbah:- Apakah Anwar Tidak Menunjukan Ciri “Bersih dan Baik” . Hanya “Menyibukkan Diri’ Dalam Politik


Oleh : HHalem


1- Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili mengeluarkan kenyataan yang sungguh bermakna  dan cukup mendalam kepada Anwar, Tok Guru Pok Nick dan pengikut PKR, mengenai isu rakaman video seks yang dihadapi oleh Anwar sekarang. Semua rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari kenyataan Dr Wahbah;



 “Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s w t dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini ”



Kata Dr Wahbah pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)  dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.



2- Jika Anwar menyangka dan yakin diri beliau adalah ‘baik dan bersih’; dan jika Pok Nick dan pengikut-pengikut PKR yakin diri Anwar adalah ‘baik dan bersih’;  maka Anwar “wajar mengadu terus ke hadrat Allah swt.”


3- Dr Wahbah memberi implakasi kepada kita bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan oleh orang-orang yang ‘baik dan bersih’.

4- Tetapi apa yang Anwar lakukan selama ini adalah disebaliknya dimana;

a- Anwar ke hulu ke hilir meminta bantuan pelbagai pertubuhan dunia seperti  Yahudi Amerika,

b- Anwar meminta bantuan DAP, bantuan Pas dan meminta pertolongan rakyat yang fanatik dan taksub dengan beliau.

c- Anwar menabur fitnah supaya pengikut fanatic beliau turut menabur fitnah bahawa segala yang menimpa diri beliau adalah konpirasi dan komplot semata-mata bertujuan menjatuhkan beliau. Tuduhan terhadap Umno-BN, DS Najib-Rosmah dibuat ketahap menfitnah.

5- Terang-terangan tindak tanduk Anwar tidak serupa dan langsung bercangahan seperti yang dimaksudkan oleh Dr Wahbah. Anwar tidak lah baik seperti beliau sangka kan selama ini dengan perlakuan yang tidak sewajarnya sebagai manusia ‘baik dan bersih’

6- Dr Wahbah turut dikecewakan kerana sangkaan beliau yang Anwar ‘baik dan bersih’ turut  “menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini”

Dengan lain perkataan beliau menasihatkan Anwar supaya berhenti dari politik, kerana didalam politik banyak perkara yang remeh seremahnya yang melibatkan bangsa-agama dan penentu nasib dan keselamatan jenerasi dan negara masa hadapan.

7- Dr Wahbah datang ke Malaysia dengan membawa mesej yang jelas dan cukup terang bahawa Anwar tidak menepati ciri-ciri orang yang “baik dan bersih” dan beliau tidak perlu “menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini”. Anwar wajib bersara kerana tidak langsung menunjukan ‘kebaikan dan kebersihan diri’

Fahaman Ahbash ????


...Sumber utama dari Malaysian Insider........


SHAH ALAM 14 Mei – Ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan isu rakaman video seks “sangat wajar mengadu terus ke hadrat Allah s w t ”

 “Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s w t dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini ” kata beliau pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia Angkatan Belia Islam Malaysia dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini

Semalam Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu tidak akan masuk syurga

Dipetik Harakahdaily ucapan Dr Wahbah telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Rakaman video seks yang si pelakunya mirip beliau didedahkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu dan semalam Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata analisis pakar dari Amerika Syarikat mengesahkan ia sebagai tulen Dr Wahbah menambah peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam

Katanya meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi

“Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik munafik dan rendah moral ” tegasnya

Dr Wahbah menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri

Dr Wahbah juga menyatakan al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar

Tegasnya jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu mereka adalah pendusta atau munafik

Beliau juga menyebutkan saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya

 “Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan Islam menolak kesaksiannya ” tegasnya yang merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H

 Menjawab soalan yang berkisar tentang video seks DNA dan Anwar Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tegas

Menurutnya beliau menyebutkan pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat moden

Malah ujarnya Majma’ Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja

Tiada pakar juga menjadi punca penolakan itu kerana asasnya tidak kuat malah mahkamah antarabangsa juga tidak menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya

“Umat Islam hendaklah mengambil syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka ” jelas beliau

Dr Wahbah menggesa umat Islam segera mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah s w t datangkan seperti tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir Beliau dalam lawatan ke negara ini selama empat hari berakhir esok

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam tambah laporan Harakahdaily

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa Majma Fiqh l-Islami mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah

 Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.



Comments / Pandangan Melalui Facebook

6 comments:

  1. bab zina dan rogol sekarang ni, banyak la boleh lepas, saksi banyak yang fasik. sebab dok mengendap dulu orang beromen, baru nak tangkap. bukan tangkap dulu orang sedang NAK beromen.

    hakim kenal tak orang yang fasik ni ? bukan la nak persoal hudud, tapi penerangan orang cerdik pandai bab ni kurang jelas dan menimbulkan banyak persoalan. sebelum bicara, kena la kenal orang fasik dulu, saksi ni betul ke bukannya fasik? dah konpem bukan fasik baru boleh bicara. berat juga tu, nak bicara saksi.

    la ni ada hotel. orang berzina kat hotel. tak nampak la apa yang dibuat. bila buka pintu cuma bertuala, apa tuduhan ? orang berzina masa orang alim pi masjid. orang tak sembahyang dapat lihat adengan tersebut sampai habis. buat report. saksi tu fasik tak ? persoalan ?

    banyak la lagi, tapi bab ni berkaitan dengan sorga yang perlu dibeli dengan memangkah bulan dan menjilat kaki.so kita tanya la....

    ReplyDelete
  2. masalahnya anwar tak mau mengadu terus pada Allah SWT, sebab dalam video tu jelas bukan mirip dia, tapi diri dia yg sebenar2nya.

    ReplyDelete
  3. ANUwar sudah tiada pilhan lain lagi sbb tu dia buat apa saja...all or nothing...

    ReplyDelete
  4. what prof dr wahbah zuhaily said yesterday..u guys..papagomo...dah lari dari apa yg prof dr wahbah zuhaily cakap.saja jer buat kenyataan terpesong..STRAW MAN betul..nilah tandanya kenyataan korang x berilmiah...xleh pakai langsung.sapa yg percaya apa yd ditulis dalam website ni..memang xcerdik dan saja butakan mata...UMNO islam?hahahahhahahahhahah....kelakar betul.sebab tu judi dihalalkan.....haish... apalah nak jadi dgn korang yer....meh sini ak habaq,cuba bagitau pula apa yg tan sri khalid cakap semalam dkt Stadium semalam....cakap kat pembaca sikit kalau anda berani..nak tengok berapa peratus pulak kamu pesongkan kenyataan mb selangor semalam...anda berani,cubalah...

    ReplyDelete
  5. Masa Anwar dalam UMNO tak pernah pulak dia kenal ngan Ulamak ya...Tapi kini dah pandai lak dia berkawan or kudakan Ulamak...

    ReplyDelete
  6. inilah sebabnya mengapa muslim ketinggalan dalam banyak aspek kehidupan.segala aspek kehidupan diserahkan kepada ilmuan islam dan bukannya ilmuan dalam bidang masing2.umpama pesakit yang menderita penyakit jantung berjumpa mekanik untuk dipulihkan kesihatannya.mungkin agak tersasar perumpamaannya tetapi kesannya adalah sama,lebih banyak kemudaratan yang timbul.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive