Oleh : HHalem
1- Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Antarabangsa
Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili mengeluarkan kenyataan yang sungguh bermakna dan cukup mendalam kepada Anwar, Tok Guru Pok
Nick dan pengikut PKR, mengenai isu rakaman video seks yang dihadapi oleh Anwar
sekarang. Semua rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari kenyataan
Dr Wahbah;
“Saya
kenal Anwar Ibrahim begitu lama beliau seorang yang baik dan bersih. Sangat
wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s w t dari menyibukkan diri dengan
isu-isu politik yang remeh-temeh ini ”
Kata Dr Wahbah pada program anjuran bersama Persatuan
Ulama Malaysia Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
2- Jika Anwar menyangka dan yakin diri beliau adalah
‘baik dan bersih’; dan jika Pok Nick dan pengikut-pengikut PKR yakin diri Anwar
adalah ‘baik dan bersih’; maka Anwar “wajar mengadu terus ke hadrat Allah swt.”
3- Dr Wahbah memberi implakasi kepada kita bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan
oleh orang-orang yang ‘baik dan bersih’.
4- Tetapi apa yang Anwar lakukan selama ini adalah disebaliknya
dimana;
a- Anwar ke hulu ke hilir meminta
bantuan pelbagai pertubuhan dunia seperti Yahudi Amerika,
b- Anwar meminta bantuan DAP,
bantuan Pas dan meminta pertolongan rakyat yang fanatik dan taksub dengan
beliau.
c- Anwar menabur fitnah supaya
pengikut fanatic beliau turut menabur fitnah bahawa segala yang menimpa diri
beliau adalah konpirasi dan komplot semata-mata bertujuan menjatuhkan beliau.
Tuduhan terhadap Umno-BN, DS Najib-Rosmah dibuat ketahap menfitnah.
5- Terang-terangan tindak tanduk Anwar tidak serupa dan
langsung bercangahan seperti yang dimaksudkan oleh Dr Wahbah. Anwar tidak lah
baik seperti beliau sangka kan selama ini dengan perlakuan yang tidak
sewajarnya sebagai manusia ‘baik dan bersih’
6- Dr Wahbah turut dikecewakan kerana sangkaan
beliau yang Anwar ‘baik dan bersih’ turut “menyibukkan
diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini”
Dengan lain perkataan beliau menasihatkan Anwar
supaya berhenti dari politik, kerana didalam politik banyak perkara yang remeh
seremahnya yang melibatkan bangsa-agama dan penentu nasib dan keselamatan
jenerasi dan negara masa hadapan.
7- Dr Wahbah datang ke Malaysia dengan membawa mesej
yang jelas dan cukup terang bahawa Anwar tidak menepati ciri-ciri orang yang “baik dan bersih” dan beliau tidak perlu
“menyibukkan diri dengan isu-isu politik
yang remeh-temeh ini”. Anwar wajib bersara kerana tidak langsung menunjukan
‘kebaikan dan kebersihan diri’
Fahaman Ahbash ????
...Sumber utama dari Malaysian
Insider........
SHAH ALAM 14 Mei – Ahli jawatankuasa
Majlis Fatwa Antarabangsa Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili menegaskan Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan isu rakaman video seks “sangat wajar
mengadu terus ke hadrat Allah s w t ”
“Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama beliau
seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah
s w t dari menyibukkan diri dengan isu-isu politik yang remeh-temeh ini ” kata
beliau pada program anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia Angkatan Belia
Islam Malaysia dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini
Semalam Mursyidul Am PAS Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar Ketua Umum Pakatan
Rakyat dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu tidak
akan masuk syurga
Dipetik Harakahdaily ucapan Dr Wahbah
telah diterjemahkan oleh pendakwah tempatan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Rakaman video seks yang si pelakunya
mirip beliau didedahkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu dan semalam Timbalan
Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata analisis pakar dari Amerika
Syarikat mengesahkan ia sebagai tulen Dr Wahbah menambah peralatan moden dengan
teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam
Katanya meskipun peralatan itu
digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun alat-alat itu tetap tidak
boleh menjadi saksi
“Kini alat-alat moden terlalu banyak
seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video Jelas semua itu sengaja
diadakan oleh mereka yang tidak baik munafik dan rendah moral ” tegasnya
Dr Wahbah menegaskan demikian ketika
menyampaikan ceramah mengenai Sumpah dan Qazaf di Masjid Negeri
Dr Wahbah juga menyatakan al-Quran
menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar
Tegasnya jika penuduh gagal membawa
empat saksi adil itu mereka adalah pendusta atau munafik
Beliau juga menyebutkan saksi adil itu
mesti tidak melakukan dosa besar tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak
melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya
“Orang fasik gugur sifat keadilannya dan
mereka yang tiada padanya keadilan Islam menolak kesaksiannya ” tegasnya yang
merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H
Menjawab soalan yang berkisar tentang video
seks DNA dan Anwar Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan
tegas
Menurutnya beliau menyebutkan pernah
berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan
superimpose bagi menampakkan beliau sedang menari dengan artis menggunakan alat
moden
Malah ujarnya Majma’ Fiqhiah Islami
Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja
Tiada pakar juga menjadi punca
penolakan itu kerana asasnya tidak kuat malah mahkamah antarabangsa juga tidak
menerima sesuatu kes sewenang-wenangnya
“Umat Islam hendaklah mengambil
syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan
letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka ” jelas beliau
Dr Wahbah menggesa umat Islam segera
mengambil iktibar dari semua peristiwa yang Allah s w t datangkan seperti
tsunami dan gempa bumi akibat daripada sikap dan amalan manusia mutakhir Beliau
dalam lawatan ke negara ini selama empat hari berakhir esok
Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan
sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam tambah laporan
Harakahdaily
Beliau yang juga tenaga pakar dalam
Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa Majma Fiqh l-Islami mempunyai kepakaran
yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah
Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di
dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi
Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.
bab zina dan rogol sekarang ni, banyak la boleh lepas, saksi banyak yang fasik. sebab dok mengendap dulu orang beromen, baru nak tangkap. bukan tangkap dulu orang sedang NAK beromen.
ReplyDeletehakim kenal tak orang yang fasik ni ? bukan la nak persoal hudud, tapi penerangan orang cerdik pandai bab ni kurang jelas dan menimbulkan banyak persoalan. sebelum bicara, kena la kenal orang fasik dulu, saksi ni betul ke bukannya fasik? dah konpem bukan fasik baru boleh bicara. berat juga tu, nak bicara saksi.
la ni ada hotel. orang berzina kat hotel. tak nampak la apa yang dibuat. bila buka pintu cuma bertuala, apa tuduhan ? orang berzina masa orang alim pi masjid. orang tak sembahyang dapat lihat adengan tersebut sampai habis. buat report. saksi tu fasik tak ? persoalan ?
banyak la lagi, tapi bab ni berkaitan dengan sorga yang perlu dibeli dengan memangkah bulan dan menjilat kaki.so kita tanya la....
masalahnya anwar tak mau mengadu terus pada Allah SWT, sebab dalam video tu jelas bukan mirip dia, tapi diri dia yg sebenar2nya.
ReplyDeleteANUwar sudah tiada pilhan lain lagi sbb tu dia buat apa saja...all or nothing...
ReplyDeletewhat prof dr wahbah zuhaily said yesterday..u guys..papagomo...dah lari dari apa yg prof dr wahbah zuhaily cakap.saja jer buat kenyataan terpesong..STRAW MAN betul..nilah tandanya kenyataan korang x berilmiah...xleh pakai langsung.sapa yg percaya apa yd ditulis dalam website ni..memang xcerdik dan saja butakan mata...UMNO islam?hahahahhahahahhahah....kelakar betul.sebab tu judi dihalalkan.....haish... apalah nak jadi dgn korang yer....meh sini ak habaq,cuba bagitau pula apa yg tan sri khalid cakap semalam dkt Stadium semalam....cakap kat pembaca sikit kalau anda berani..nak tengok berapa peratus pulak kamu pesongkan kenyataan mb selangor semalam...anda berani,cubalah...
ReplyDeleteMasa Anwar dalam UMNO tak pernah pulak dia kenal ngan Ulamak ya...Tapi kini dah pandai lak dia berkawan or kudakan Ulamak...
ReplyDeleteinilah sebabnya mengapa muslim ketinggalan dalam banyak aspek kehidupan.segala aspek kehidupan diserahkan kepada ilmuan islam dan bukannya ilmuan dalam bidang masing2.umpama pesakit yang menderita penyakit jantung berjumpa mekanik untuk dipulihkan kesihatannya.mungkin agak tersasar perumpamaannya tetapi kesannya adalah sama,lebih banyak kemudaratan yang timbul.
ReplyDelete