1- Khalid Samad telah tidak sabar-sabar lagi
mengumumkan kepada awam bahawa Bersih 2.1 akan diadakan lagi selepas ini di
Stadium Shah Alam.
2- Tujuan nya ialah untuk memperjelaskan
kepada umum oleh tokoh-tokoh agama bahawa rusuhan Sabtu 9 July lalu adalah
halal dan tidak bertentangan dengan agama. Tokoh agama yang akan di uar-uar-kan
ialah Dr Asri yang juga akan berkongsi pentas bersama Marina Mahathir. Kata Khalid;
“Satu program besar macam ini perlu diadakan secepat yang
mungkin, kami
mahu Pakatan Selangor menganjurkannya di Stadium Melawati di Shah Alam”
“Seorang ustaz seharusnya memperjelaskan mengapa
perhimpunan Bersih adalah halal dan mengapa Muslim harus menyokongnya ”
“Untuk menunjukkan sokongan PAS kepada perhimpunan Bersih.
Kempen bagi pilihan raya yang bebas dan
adil tidak berakhir pada 9 Jula, ia
perjuangan berterusan ” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. Minsider>
3- Seperti biasa, apabila Khalid-Kepala-Bersalib mengumumkannya, seorang lagi Khalid-Gagap akan
menyangah segala pengumum tersebut.
4- Program Bersih 2.1, berselindung di atas
nama ‘Selangor
Ku’. Tujuan utama ialah mengabui mata KDN Hishamudin yang masih lagi
berkuatkuasa pengharaman rusuhan Bersih 2.0 dan pemakaian baju kuning bercop
perkataan ‘Bersih’. Selain itu ia bertujuan
menghalalkan matlamat untuk mendapat peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. Mudah
seperti ABC.
Tiada Demo Bersih
Di Shah Alam - MB
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata tiada perhimpunan khusus berkenaan BERSIH 2.0 akan diadakan di Stadium
Malawati, Shah Alam, tetapi hanya majlis pelancaran program dan logo
"Selangor Ku" diadakan di stdaium berkenaan pada 24 Julai ini.
Beliau berkata program itu akan dihadiri oleh pemimpin
dan wakil parti PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), pemimpin masyarakat serta
orang awam. mStar>
5- Gandingan peserta seperti Dr Asri dan
Marina Mahathir cukup mantap. Ia akan lengkap jika dihadiri oleh Khairi
Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin .
6- Himpunan Bersih 2.1 di Stadium Shah Alam adalah sebagai ganti himpunan yang tidak dapat diadakan di Stadium Merdeka tempoh hari.
6- Himpunan Bersih 2.1 di Stadium Shah Alam adalah sebagai ganti himpunan yang tidak dapat diadakan di Stadium Merdeka tempoh hari.
Assalam Bro
ReplyDeleteMereka masih nak berdemo juga ke? Pelik semakin bebal dan kurang ajar mereka ni... Jadi pemerintah tapi perangai masih tahap pembangkang banggang... Rakyat Selangor kena ingat larangan berdemo dari Sultan Selangor masih berkuatkuasa... Ingat nak berdemo di Negeri Selangor tu...
Salam HH,
ReplyDeleteAgak-agak dapat tak kumpul 300,000 orang? Atau mungkin target si Khalid tu lagi tinggi kot, 500,000 orang. Takut yang datang jin aje.
Ajai:-)
ReplyDeleteKalau kita kenal perangai Pkr dan pak turut PAS, mesti ada demo dan pekek lolong di jalan.
Permit Hisham terpaksa kasi sekali ni sbb himpunan atas nama "selangor ku", bukan bersih.
Baju kuning, tetap baju kuning. Ada Logo Haram.
Peduli apa, depa mesti pakai logo bersih. Polis tangkap, polis jahat lagi.
Aku rasa kalau dapat 5000 org dh amat berjaya, jgn nanti 500 org jer yg datang udah lah, then kena impot student UNISEL dgn budak asrama bagi penuh stadium....
ReplyDeleteTuan Tenggara:-)
ReplyDeleteBelum dengaq seru lagi satu Mesia suruh datang, ada lagi 7 hari. Sempat la kot.
Cisss celako betui, mesti kena bawa laptop kehulu kehilir nak dengar berita BERSIH 2.1
50,000 dlm tangan.
Student UniSELANGOR, 10 biji bas.
Student INSANIAH Kedah, 10 biji bas.
Dah berapa?
UiTM dekat situ juga. Dah 5 ribu.
Bangunan sebelahan UniSain & Managemant situ juga.
Politeknik ShahAlam pun sebelah juga.
OutBound School lagi.
Cisss. Student saja dah 10 ribu.
Bersih should do as a monthly event....
ReplyDelete