Oleh : HHalem.
Sumber Agenda Daily.
Berikut diperturunkan email dari Yayasan
Selangor memberi penjelasan rasional kenapa
Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) ditutup. Alasan-alasan yang diberi lebih kearah permasalahan
pentadbiran. Kesempitan kewangan pentadbiran di Selangor dari segi kos
pengurusan dapat kita baca mulai item 21. Terserlah defisit kewangan Yayasan Selangor
cukup meruncing. Satu negeri yang cukup kaya di masa dahulu, kini kesuntukan
kewangan hasil rompakan Pkr-Dap-Pas
.......eMail.......
Penguruan Yayasan Selangor mempertahankan
keputusan memindahkan para pelajar dari Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur
(AYSKL) ke asrama daerah mulai tahun depan.
Berikut ialah email Yayasan Selangor memberi
rasional langkah itu sebagai menjawab bantahan sebilangan ibubapa dan alumni
terhaap keputusan itu.
1.
Perpindahan pelajar dari AYSKL mulai tahun hadapan tidak dapat dielakkan
lagi kerana beberapa faktor. Antaranya ialah:-
1.1 Kesesakan lalulintas
1.2 Pembangunan setempat
1.3 Keselamatan pelajar
2.
Setiap hari pelajar sesi petang akan pulang lewat kerana bas yang
membawa mereka terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalulintas. Mereka
selalunya tiba di asrama jam 8.00 hingga 8.30 malam, tergesa-gesa untuk bersolat
maghrib hampir setiap hari. Adakalanya mereka terlepas waktu maghrib kerana bas
sampai di asrama melewati jam 8.30. Mereka tergesa-gesa untuk solat, makan
malam, mandi dan menghadiri kelas persediaan yang bermula seawal 8.30 atau 9.00
malam.
3.
Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan dan tekanan kepada pelajar.
Mereka pastinya akan keletihan dan akhirnya tertidur di dalam kelas.
4.
Kesan jangka panjangnya ialah keputusan peperiksaan kebanyakan pelajar
didapati merosot. Seorang dua memang mendapat 9A atau 10A. Beberapa orang
memang boleh mencapai 7A dan 8A, baik PMR mahupun SPM, tetapi majoriti pelajar
hanya mencapai keputusan sederhana di bawah 5A. Bahkan ada setengahnya tidak
mendapat sebarang A pun!
5.
Faktor kedua yang menyebabkan AYSKL tidak lagi sesuai dijadikan
penempatan berpusat pelajar ialah wujudnya pembangunan di kawasan sekeliling
asrama. Kawasan di sekitar Jalan Cochrane, Kg. Pandan kini sedang dibangunkan.
Kuaters perumahan kerajaan di kawasan itu kini sudah diserahkan kepada pemaju
dan tidak lagi dihuni oleh kakitangan kerajaan. Rumah-rumah itu kini kosong dan
dihuni oleh penagih dadah. Semua premis itu akan diruntuhkan pada hujung tahun
2011. Kawasan itu akan dibangunkan secara komersil.
6.
AYSKL akan tersepit di tengah-tengah dentuman bunyi bising dan bingit
kerja-kerja menanam cerucuk oleh syarikat pemaju. Sudah tentulah para pekerja
pembinaan warga asing akan membanjiri kawasan tersebut. Keadaan ini akan
mengancam keselamatan para pelajar. Bukankah kita pernah mendengar pelbagai
cerita anak-anak gadis dilarikan ke Lombok misalnya? Perlukah kita menunggu
sehingga perkara-perkara buruk berlaku, ibarat sudah terhantuk baharu tengadah?
7.
Usaha sedang giat dijalankan untuk menempatkan pelajar2 AYSKL di Asrama2
Daerah/Harian YS di sekitar Selangor/Kuala Lumpur. Mereka tidak perlu lagi di-
angkut dengan bas/van ke sekolah dan hanya 5 minit perjalanan ke kelas.
8.
Mereka tidak perlu lagi menghabiskan masa di jalanan. Sebaliknya boleh
menghabiskan masa berkualiti mentelaah pelajaran di khutub khanah sekolah.
Mereka juga boleh menghadiri aktiviti ko kurikulum sekolah dengan lebih aktif
untuk meningkatkan lagi jati diri dan memupuk sifat kepimpinan.
9.
Pengurusan YS tidak mahu perkara-perkara buruk berlaku ke atas para
pelajar. Ini adalah faktor ketiga yang melibatkan keselamatan pelajar. Tindakan
memindahkan para pelajar AYSKL adalah tindakan pencegahan yang rasional dan
berkesan.
10.
Keluhan ibu bapa dan bekas pelajar yang kurang setuju terhadap
perancangan perpindahan pelajar ini mungkin disebabkan dua perkara. Pertama,
bagi ibu bapa, para pelajar mungkin tidak dapat lagi bersekolah di sekolah
ternama seperti SMK Aminuddin Baki atau Victoria Institution (VI).
11.
Jawapannya mudah. Hampir semua sekolah kini mempunyai sistem, guru
(selaku mentor) dan kemudahan yang “setara” dengan sekolah-sekolah yang
dianggap ternama. Semua guru sekolah menengah kini adalah berkelulusan ijazah
dan diploma pendidikan. Jadi tidak timbul soal sekolah A lebih baik daripada
sekolah B. Keputusan peperiksaan tidak lagi bergantung kepada sekolah, tetapi
lebih kepada usaha pelajar itu sendiri, dengan bantuan galakan daripada ibu
bapa.
12.
Contoh paling ketara ialah pencapaian pelajar di asrama harian seperti
di SMK Jalan Tiga Bangi lebih baik daripada pelajar YS di asrama pusat atau
sekolah ternama. Anak En. Ilham Marzuki (Pengurus Besar) sendiri yang berpindah
dari Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) ke sekolah harian dan mendapat 10A
dalam SPM tahun 2010 adalah bukti nyata terhadap kenyataan ini. Untuk berjaya
dan cemerlang, pokok pangkalnya ialah diri sendiri, bukan lokasi tempat
bersekolah.
13.
Keluhan bekas-bekas pelajar Asrama Dr. Latif, Tun Dr. Ismail dan Toh
Puan Norasyikin sekadar nostalgia kenangan silam yang ditakuti terpadam
daripada ingatan. Kebanyakan mereka masih ingin kembali ke asrama dan sekolah
lama yang menjadi tempat mereka belajar dan membesar bersama. Nostalgia
hanyalah sebuah perasaan “rindu” terhadap kenangan lama yang tidak dapat
dipertahankan. Perasaan ini sepatutnya disalurkan melalui pertemuan tahunan dan
cetakan album bergambar.
14. Hal
ini tidak sepatutnya menafikan fakta yang sedang berlaku hari ini. Sejauh
manakah nostalgia ini perlu dipertahankan? Perlukah nostalgia atau kenangan
bekas pelajar ini dipertahankan sehingga menggadaikan nasib generasi baru yang
memerlukan perubahan dan keputusan baru? Tidakkah ini bermakna mereka lebih
mementingkan diri sendiri? Sejarah pun akhirnya hanya dibukukan dan jika
bernasib baik mungkin dimasukkan ke muzium.
15.
Jika sekadar hendak mempertahankan nostalgia “kenangan mengusik jiwa”,
eloklah persatuan bekas pelajar atau alumni mengadakan galeri khas atau
menerbitkan gambar dan cerita-cerita lama untuk dikongsi bersama.
16.
Untuk tujuan penghargaan dan nostalgia, Yayasan Selangor boleh menamakan
bangunan-bangunannya dengan nama Dr. Latiff, Tun Dr. Ismail, Toh Puan
Norasyikin atau Dato’ Harun Idris (bekas MB Selangor dan pengasas Yayasan
Selangor).
17.
Nama-nama tersebut juga boleh diabadikan menjadi nama dewan atau menara
yang akan dibina di atas tapak asrama Kg. Pandan itu kelak.
18.
Lihatlah contoh Bukit Bintang Girl’s School yang dipindahkan ke Cheras
atas nama baru SMK Seri Bintang Utara. Ia dilakukan disebabkan tapak asal
sekolah tersebut telah dibangunkan untuk tujuan komersil.
19.
Sebagai alternatif, Yayasan Selangor sudah menyediakan pelan
“relocation” bagi menempatkan semua pelajar AYSKL mulai tahun hadapan di asrama
sekolah-sekolah di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan.
20.
Bajet asal untuk asrama itu akan dipindahkan ke asrama di sekolah
baharu. YS juga bercadang menambahkan bantuan kepada sekolah dan PIBG sekolah
terbabit.
21. Bajet keseluruhan bagi membiayai 468 orang pelajar di AYSKL setahun ialah RM3.9 juta. Ini bermakna purata kos seorang pelajar di AYSKL ialah RM8,400.00. Sedangkan kos bagi seorang pelajar di asrama daerah setahun hanyalah RM935.00. Oleh itu, sekiranya pelajar AYSKL ditempatkan semula di asrama harian, kosnya akan kurang dan lebih ramai pelajar akan menerimanya.
(HHalem: Kos berkurangan akan ke PKR, bukan beri kepada pelajar baru. Atau Pkr sudah sapu awal-awal lagi).

22.
Jika bajet AYSKL yang jumlahnya ialah RM3.9 juta itu digunakan untuk
membantu seorang pelajar dengan kos RM935.00 setahun, jumlah pelajar peringkat
rendah dan menengah dapat dibantu ialah sebanyak 4,220 pelajar, berbanding
hanya 468 pelajar sekarang.
(HHalem: Alasan cukup konkrit untuk salor duit ke Pkr. Bila nak bantu 4,220 pelajar ini?. Sebab PRU 13 dah hampir. Pkr akan kalah, maka duit perlu untuk bantu Pkr dalam PRU 13. Kenapa baru nak dibuat sekarang, tidak dahulu).

23.
Adalah menjadi hasrat Yayasan Selangor supaya lebih ramai pelajar
menengah dan rendah akan menerima bantuan dalam bentuk biasiswa dan pembiayaan
khas.
(HHalem: Alasan cukup kukuh, tiada siapa boleh mempertikaikannya lagi, wahal duit telah disapu oleh Pkr. Tiada apa-apa roked persetujuan atau kelulusan untuk menambahkan bantuan kepada lebih ramai pelajar).

24.
Oleh itu, sekiranya tapak asrama Kg. Pandan dimajukan, Yayasan Selangor
akan menjana lebih pendapatan dan pendapatan itu akan disalurkan untuk
kebajikan pelajar di seluruh negeri Selangor.
25.
Mulai 2012, Yayasan Selangor akan memberikan tumpuan memberi biasiswa dan
bantuan pelajaran di peringkat tadika, rendah dan menengah memandangkan lebih
ramai pelajar dan ibu bapa yang memerlukannya. Pemberian bantuan pelajaran di
peringkat ini amat diperlukan kerana didapati lebih ramai golongan miskin luar
bandar (rural poor) dan miskin bandar (urban
poor) yang berada di bawah paras kemiskinan.
(HHalem: Sekarang apabila dah miskin duit di sapu oleh Pkr, baru terfikir untuk kurangkan kos pembelanjaan. Bantuan tadika dan sekolah cuma alasan, yang memang nampak kukuh. Perlaksanaan nya belum tentu. Bantuan tadika dan rendah, tidak seberapa, tetapi kos sekolah asrama penuh menengah cukup tinggi. Tadi iya-iya nak bantu tadika, rendah dan menengah, tetapi lihat item 31, dimana Yayasan nak tolakan kepada Kementerian untuk uruskan. Cukup pandai temberang).

26.
Oleh kerana tiada badan khusus yang memberikan bantuan, Yayasan Selangor
mengambil langkah proaktif untuk membela nasib golongan yang kurang pendapatan,
termasuk anak-anak yatim dan ibu tunggal.
27.
Pembiayaan pendidikan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar IPT akan
dihadkan kepada RM5 juta pada tahun 2012, dan tiada pembiayaan baru akan
diberikan, memandangkan tanggungjawab memberikan pinjaman pelajaran IPT adalah
tanggungjawab Kerajaan Negeri Selangor dan PTPTN.
28.
Baki RM2 juta daripada bajet pembiayaan pendidikan yang berjumlah RM7
juta setahun akan disalurkan kepada bantuan pelajar miskin dan program-program
motivasi kecemerlangan pelajar.
(HHalem: Salor ke PKR).
29. Di samping itu, program-program motivasi kecemerlangan, bengkel menghadapi peperiksaan dan kursus pembinaan sahsiah dapat dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor. Manfaatnya akan dapat dirasai oleh semua golongan.

30.
Melalui fokus kepada pelajar sekolah rendah dan menengah ini, adalah
dijangkakan keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM akan meningkat.
Sasaran Yayasan Selangor ialah untuk membantu Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor supaya pencapaian keseluruhan pelajar Negeri Selangor adalah yang
tertinggi di peringkat kebangsaan.
31.
Sebuah Sekolah Menengah Sains Berasrama Penuh Bantuan Kerajaan (SMS
BPBK) dicadang dibina di Ijok, Kuala Selangor
untuk diserahkan operasinya kepada Kementerian Pelajaran tetapi
malangnya, telah ditolak oleh Kementerian Pelajaran pada bulan Mei 2011 (setahun setelah dipohon pada bulan Mei
2010). Sekolah itu sepatutnya boleh menempatkan 1,500 pelajar.
(HHalem: Di atas tadi iya-iya nak bantu sekolah menengah dengan pengurangan kos yang di jimat, sekarang nak di tolakan kepada Kementerian. Nampak benar temberang. Duit telah di sapu oleh Pkr. Oleh itu segala masalah Yayasan kena selesaikan sendiri atau tolakan kepada Kementerian).

32.
Kesimpulannya, para pelajar, ibu bapa dan bekas pelajar seharusnya
memahami keadaan yang dihadapi oleh Yayasan Selangor kini. Demi masa depan
pelajar dan generasi muda, ibu bapa dan alumni AYSKL sepatutnya memberikan
cadangan dan sumbangan yang bermakna kepada pengurusan Yayasan Selangor,
bukannya memberikan reaksi negatif.
Bukankah inilah masanya bagi bekas pelajar asrama membalas budi dan jasa baik
Yayasan Selangor yang pernah menjadi “bapa” kepada mereka? - 29/7/2011
(HHalem: Jangan risau, ibu bapa cukup faham. Atas nasihat Al-Bontoti, maka wang peruntukan Yayasan telah berkurangan kerana ia perlu disalor kepada bahagian yang lebih memerlukan bantuan seperti unit projek khas kerajaan negeri untuk memerangi BN. Maka segala permasalan yang timbul akibat kekurangan wang, Yayasan hendaklah pro-aktif untuk selesaikannya sendiri. Zaman bermewah-mewahan semasa pemerintahan BN sudah selesai. Yayasan perlu bersabar dan tunggu keputusan PRU 13 nanti, maka akan selesai lah segala permasalahan kewangan Yayasan sekarang. Janji-janji untuk menambah bantuan tadika, sekolah rendah, menengah, anak yatim dan ibu tunggal boleh di review semula kemudian hari, kerana cadangan belum dilulusan. Ibubapa cukup faham masalah Yayasan ini. Dimana-mana negeri yang kesempitan wang kerana tidak mendapat bantuan Pusat mengalami masalah yang sama)

No comments:
Post a Comment