Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

25/07/2011

PERGADUHAN BESAR. Tun Faisal Aziz Menghina Dan Mengaibkan Papa Gomo.

Oleh : HHalem.
Yang Berbahagia Tun Faisal Ismail bin Aziz

Berikut diperturunkan article penghinaan oleh Tun Faisal terhadap bekas sahabat beliau Papa Gomo yang sama-sama berjuang menentang pembangkang tetapi dengan pendekatan yang berlainan. Matlamat adalah sama tetapi cara nya berlainan.

1- Papagomo yang lupa daratan. Papa Gomo Penipu Dan Bongkak

Kata Tun Faisal Ismail bin Aziz di dalam blog beliau:-

“Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.”

“Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan”

“Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti atau tidak, dia gagal menjawab YA atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.”

Pembukaan mukadimah oleh seorang yang dikatakan terhormat seperti Tun Faisal cukup jelas mempamirkan sifat beliau yang cukup rendah martabat apabila beliau menuduh Papa Gomo sebagai seorang yang berego, bongkak dan penipu dengan bukti-bukti yang tidak kukuh dan samar-samar.

Seterusnya Tun Faisal membawa diri beliau serendah-rendah martabat ke tahap longkang jalanan apabila beliau terus memandang hina terhadap Papa Gomo dan cuba memaklumkan kepada dunia dan menimbulkan persepsi bahawa Papa Gomo adalah seorang bekas anggota polis yang pernah menghadapi tindakan displin. Betul atau tidak ia cukup mengaibkan seseorang. Tun Faisal cuba mengheret kredebiliti anggota polis di dalam pertelagahan beliau dengan Papa Gomo di mana Tun Faisal tahu ia tidak harus dilakukan sama sekali.

Tun Faisal jelas memandang rendah kepada orang yang berpendidikan rendah dan di waktu yang sama Tun Faisal membuat penghinaan kepada orang yang berniaga menyara hidup di pasar malam dengan mencari rezeki halal.

Sedarkah Tun Faisal bahawa ramai pemuda-pemuda Umno yang menyokong beliau ketika ini diseluruh Malaysia adalah dari golongan yang tidak jauh pelajaran akademik mereka. Mereka akan cukup rasa terhina jika ini adalah pegangan falsafah seorang yang dipandang tinggi oleh anak-anak muda. Wahal mereka ini penuh dengan pelajaran dan pengalaman liku-liku hidup dan tahu memilih siapakah pemimpin mereka untuk masa hadapan.

Amat lah jelas sokongan pemuda seperti mereka terhadap Tun Faisal adalah meleset dan salah. Mereka rasa kecewa dengan mentaliti bakal pemimpin yang akan turut mencorakan penghidupan bangsa Melayu nanti.

Dengan mentaliti dan mindset Tun Faisal yang ada sekarang, beliau tidak akan dapat mencorakkan masa hadapan Malaysia dengan jelas. Oleh itu beliau perlu ditumbangkan dengan seberapa segera supaya tidak membawa padah yang lebih buruk.  Adalah satu kesilapan besar kepada sesiapa yang memilih Tun Faisal sebagai pemimpin mereka.

Isu kandongan  sms apa-apa sekali pun tidak dapat membuktikan niat atau tujuan sebenar seseorang itu. Pernah kah Tun Faisal mendengar ungkapan bahawa sms tidak bermata, berhati dan berjiwa. Mungkin kandongan sms yang dihantar oleh Tun Faisal tidak menteterakan bahawa Papa Gomo hendak dibawa ke Lembaga Displin Umno, tetapi tingkah laku dan perbualan Tun Faisal selepas itu mungkin menjurus kearah itu. Mingkin penasihat sekeliling Tun Faisal membuat nasihat sedemikian. Papa Gomo mempunyai ramai kenalan di dalam Umno, maka apa yang sedang berlaku dibelakang terhadap segala perbuatan Tun Faisal diketahui beliau.

Diingatkan Tun Faisal semula apabila boss beliau KJ menyatakan bahawa beliau lihat Jeyakumar (Parti Sosialis Malaysia PSM) cukup lemah lembut dan tidak langsung menampakan  sesorang yang boleh membawa kepada keganasan seperti yang di uarkan pihak polis. Berdasarkan itu KJ membuat rumusan bahawa penangkapan Jeyakumar adalah salah faham dan beliau ingin bertemu DS Najib. Lihat betapa deceptive nya sesuatu itu. Di belakang balik tabir,  apa pengikut agresif  PSM lakukan dan rancang, ramai yang tidak tahu.

Kita bawa Tun Faisal jauh kebelakang sedikit. Ingatkah lagi Tun Faisal bagaimana lemah lembutnya Chin Peng (PKM) dengan berbaju lengan panjang dan kekadang memakai topi koboi. Chin Peng cukup lemah lembut dan seumpama pijak semut pun tidak mati. Di belakang beliau, apa pengikut beliau lakukan semua orang tahu.

Begitu juga Tun Faisal, cukup lemah lembut, manis dan segala ungkapan Twiiter Tun Faisal cukup enak. Mungkin sms Tun Faisal kepada Papa Gomo cukup enak seperti gula. Tetapi di belakangnya, pengikut-pengikut dan pengampu Tun Faisal lakukan sebaliknya terhadap Papa Gomo, siapa yang tahu.  

Tun Faisal tersilap percaturan didalam isu sms ini. Oleh itu Tun Faisal harus sedar bahawa beliau masih lagi jauh perjalanan didalam hiraki Umno dan pemimpin negara. Image Tun Faisal diperhatikan dan diberi merit oleh anak-anak muda. Jika beliau celupar, maka celupar lah pengikut beliau. Mungkin ada yang akan berundur terus dari beliau.

2 – Papa Gomo Tidak Beretika

“Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.”

“Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.”

“Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.”

“Soalan saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.”

Didalam hal ini, Tun Faisal dipandang sebagai orang yang lebih tidak beretika dari Papa Gomo disebabkan awal-awal lagi beliau telah meletakkan dan memandang Papa Gomo serendah-rendah martabat dengan menghina beliau sebagai orang yang berpendidikan menengah dan menyara hidup di uptown dengan menjual barangan tiruan. Sekarang Tun Faisal mempersoalkan, ‘Papa Gomo ini tidak memahami kaedah parti’.

Papa Gomo memberi tegoran terhadap Pak Menteri kita yang dikatakan lembab. Saya sependapat dengan Papa Gomo bahawa Pak Menteri kita memang dengan ‘amaran’ nya yang tidak sudah-sudah. Adakah itu salah? Kenapa Papa Gomo harus diberi tegoran oleh Umno? Kenapa tidak Pak Menteri diberi nasihat oleh Tun Faisal? Memang benarlah kata-kata orang yang cintakan Umno, bahawa Pak Menteri dikelilingi oleh orang yang ‘yes-man’ sahaja. Tun Faisal adalah salah seorang daripada ‘yes-man’ tersebut.

3- Papa Gomo seorang Penakut, Bacul dan Berlagak Pondan.

“Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.”

“Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.”

“Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.”

“Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?”

Jika Tun Faisal menyatakan Papa Gomo seorang yang penakut, bacul dan berlagak pondan, saya pula katakan bahawa Tun Faisal lah paling tidak panjang akal. Tahukah Tun Faisal bahawa Tun Faisal adalah ‘public figure’ dan dengan sendirinya menjadi hak kepunyaan rakyat, paling tidak pun menjadi hak kepada pengemar-pengemar Tun Faisal.

Begitu juga Papa Gomo, beliau seiring dan sejalan dengan bloggers secara tidak bertulis dan kepunyaan kumpulan tertentu. Apa beliau lakukan mesti tidak lari dengan norma-norma kehendak segelintir bloggers yang sealiran dengan beliau. Selagi beliau tidak melakukan jenayah undang-undang dan dibuktikan bersalah, saya adalah seorang pengemar agrasif beliau sehingga kini. Mungkin besok atau lusa akan berubah. Kesalahan segi moral pula adalah lebih kepada subjektif perbandingan dengan norma-norma masyarakat dan hukum hakam.

Di antara Papa Gomo dan Tun Faisal, mana adanya istilah, “It's between you and me”. Sesungguhnya Tun tidak panjang akal.

4- Papa Gomo Menerima Bayaran.

“Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.”

“Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.”

“Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan dan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik berbanding Papagomo.”

“Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)”

“Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.”

“Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghakupayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding rakan-rakan tertentu di dalam UMB.”

“Nasihat saya,  jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.”

“Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.”

“Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....”

Di bahagian ini Tun Faisal menyentoh perihal Papa Gomo menerima bayaran. Kenyataan berbunyi, “Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.” Ia cukup bercanggahan dengan apa yang selalu di uar-uarkan oleh Papa Gomo bahawa beliau adalah ‘blogger jalanan dan tidak bertuan’ dan ia juga memberi persepsi bahawa beliau tidak menerima apa-apa bayaran dari sesiapa pun.

Kenyataan Tun Faisal tidak lagi berbunyi andaian bahawa Papa Gomo menerima bayaran, malah terang-terangan menuduh Papa Gomo menerima bayaran.

Perkara ini biarkan Papa Gomo menerangkan dengan sendiri dan membuat pengakuan atau menafikan nya. Adakah menerima bayaran bermaksud setakat teh tarik dan roti canai selepas berkerja atau adakah Papa Gomo menerima dengan jumlah bayaran yang lumayan.

Pihak Tun Faisal harus bersedia dan tidak ragu-ragu mempamirkan segala bentuk resit bayaran atau dokumen bayaran kepada Papa Gomo supaya perkara ini ditutup ‘once and for all’. Ingat diantara Tun Faisal dan Papa Gomo tiada istilah, “It's between you and me”, lebih-lebih lagi Tun Faisal kerana Tun Faisal satu hari nanti akan menjadi pemimpin lapisan muda yang akan menerajui negara. Itu pun jika Tun Faisal tidak berterusan memandang rendah terhadap orang yang berakademik tidak seberapa dan mencari makan di pasar malam uptown ( bab barangan tiruan is another story).

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.

Tun Faisal Ismail bin Aziz

Kenapa di akhir bicara Tun Faisal harus mengugut demikian rupa. Dengan itu saya cukup yakin bahawa Tun Faisal semanis bahasa dan bicara, tetapi kuncu-kuncu beliau dibelakang membuat onak dan duri dan menghasut segala-galanya, termasuk hasutan supaya Papa Gomo diambil tindakan oleh Umno Bahagian.
Jika Pak Menteri mempunyai penasihat yang salah seperti Tun Faisal, maka Tun Faisal pun mempunyai penasihat yang dengki khianat disekeliling beliau.



Comments / Pandangan Melalui Facebook

25 comments:

  1. HH,
    Tun Faisal bukan Yang Berbahagia. Tun tu adalah nama yang bapak dia kasi, bukan anugerah YDP Agong. Jadi dia cuma En Tun Faisal!!!

    ReplyDelete
  2. Kah kah.... Berapa Parpukari bayar untuk entry ni??

    ReplyDelete
  3. memalukan kaum ajalah diorang ni. dalam masa kita kena close ranks melawan 'musuh' yang sama, dok bertelingkah pulak. public spat pulak tu. what an embarrassment.

    ReplyDelete
  4. INI GAME PLAN PARPUKARI BODOH TU...... COZ DIA TERLALU BODOH UNTUK DIBANDINGKAN DGAN EVEN BUDAK TADIKA...... SO DIA SURUH MACAI-MACAI UPAHAN DIA TERUS LAGA-LAGAKAN PAPAGOMO DGAN TUN FAIZAL..... KALAU JUMPA DENGAN PARPUKARI NI AKU BUNUH CAMPAK MASUK LONGKANG JE..... MENJAHANAMKAN UMNO, MENJAHANAMKAN MALAYSIA.....

    ReplyDelete
  5. sebagai orang yang tak pernah turun pilihanraya kecil, jangan pandai-pandai nak tuduh orang. TF lebih kenal papagomo dari anda. sebahagian besar masalah dalam dunia blogger disebabkan hasutan papagomo. masalah papagomo dengan rocky bru, big dog, unspinners, pisau, novandri, double y, rio, eizwan, husin lempoyang dan ramai lagi blogger menunjukkan papagomo tukang buat kacau. bila papagomo tersepit semua rahsia rakan-rakan akan terdedah menyebabkan semua mereka ini marah kepada papagomo. jaga-jaga dengan bekas polis trafik ini.

    ReplyDelete
  6. woiii... apehal nama gua keluar sekali??? bangang la sape yg komen atas ni! masalah TF dgan PG biar diorg je la settle down... lu yg komen kat atas tak payah nak sebut nama org lain, lu kenal sgat ke dgan org2 yg lu sebut tu??? yg komen kat atas ni pun lu dah berapa kali turun prk??? lu bangang sama dengan blogger2 yg bangang nak menyibuk hal org lain...!!

    serius yg komen kat atas ni antara yg paling BANGANG!!

    ReplyDelete
  7. salam, mantap artikle ini. macam gua cakap...Tun Fuckzal bertindak Persis PONDA.

    kalau dia anak jantanh dah tentu dia pegang pada perjanjian damai yang disaksikan Dato razali Ibrahim dihadapan rkaan blogger yang lain.

    Tapi oleh kerana dia POndan maka apa pun tak dihiraukkan nya.

    AKu sokong cadangan Blogg Hhalem, jika benar aku dapat bayaran itu ini sila keluarkan dan dedahkan agar tidak ada rahsian diantara Blogger lain.

    sebab selama aku berblogg ni majority blogger yang kenal aku dan selalu dengan aku tahu Who Is Papa Gomo.

    pendek cerita punca ni semua akibat CEMBURU dan DENDAM kerana apa yang aku dan beberapa rakan blogger lain lakukan.

    buat Tun Fuckzal usahlah mengharap anda dipuja sebagai seorang pemimpin kerana pada kami anda hanyalah seorang Exco Pemuda yang tidak pandai menjaga pasukan.

    Gua CABAR tun FUCKZAL dedahkan Berapa Gua dibayar dan Gua dapat Bayaran dari siapa.!!!

    ReplyDelete
  8. leman...jangan marah apa dia cakap tu ada betulnya juga kan?

    apa pun REFORMASIN member gua coz dibuat kerja dan bukan ULAR SAWA .

    Kat Galas leman dengan gua dan DET banyak sembang kan? Kesian kan masa tu....he he he takpa bro...teruskan perjuangan.

    masaalah aku dengan si FUCKzal bukan dengan yang lain.

    ReplyDelete
  9. aku sokong papa....hentam pondan tuuu.....demi amno tercintaaa

    ReplyDelete
  10. gua xnak campur publicly (online) probs lu & tf dude...

    tapi esok (kalo sempat) gua akan masukkan entry pasal UMB... ade some 'kerahsiaan' yg terpaksa gua dedahkan just to tell the truth kepada yg tak pernah kenal & tak pernah terlibat dgan UMB, tapi sebok nak kondem pasal pasal peranan pihak lain, bukan nak saling respek & bekerjasama 'serang' PR & aljubs. each group ade kekuatan & pendekatan masing2... bayangkan how strong we are kalo dpt bersatu menjelang PRU13.

    just nak BANGANGkan juga blogger2 yg tak pernah pun atau cuma sekali-dua turun battleground (PRK) tapi sibuk nak take part keruhkan keadaan. isu aljubs & PR tak abis2 lg bleh main... tak payah la nak cari hits dgan entry2 menghentam sesama sendiri! enuff is enuff, just shut the fak up... =) <--- smiley unt tunjukkan gua cool & still under control, hehe!

    ReplyDelete
  11. lu memang pondan gomo. betullah lu bacul sebab guna blogger anjing murahan yang lu bayar untuk lawan orang lain. lu lawan sama dia sudahlah. apa hal mau libatkan orang lain.

    ReplyDelete
  12. bagus leman, kau cakap Tun Fuckzal tu...suruh dia dedahkan payment payment yang aku dikatakan dapat dan kat sarawak aku dapat peruntukkan..he he he ramai nak tahu beb.

    jangan kita rasa bila kita ni exco kita hebat dan kita boleh HINA blogger jalanan....kita blogger NYAMUK je leman..lu yang buat Logo lu tahu....

    teruskan perjuangan leman....leman...aku pelik pasal apa kau pakai nama leman..he he he

    ReplyDelete
  13. Bagi banyak-banyak lagi tak cukup untuk tembak das pada Tun pukizal tu...tak pernah nak sedar yang dia sendiri pun macam sial biol

    ReplyDelete
  14. Ada bahagian berikutnya tak?

    Congratulations UMNO Fella's...!!!

    Sama-sama terjun dalam lubang taik semua lepas ni. Anyway apa hutang TF dgn ko HHalem?

    Kalau dgn TF dgn Gomo dok bertaki gua tak heran mereka mmg ada isu. So kami malas nak campur hal mereka berdua. Yang lu ni ikut campur kenapa?

    Kalau boleh jgn brhenti beb, sambung part 4,5,6,7,8,9 dan 10...


    Puak demo memang biso... :)

    ReplyDelete
  15. Salam Tuan ...

    You have now made your blog as a battle ground for civil war.

    I too "did" have some problems with Gomo ... he was furious when I accused him being connected to Khairy.

    However ... my stand on this ... Tun Faisal as de facto leader (as claimed by himself) in BN cyber war machinery should not have reacted evasively. TF should have taken the criticism constructively.

    I do admire Gomo's aggressiveness and bravery in exposing PAKATAN's deception and hypocrisy, something that TF and his UMB incompetent army like Eizwan and Razman Hakimi are not capable of doing.

    TF has to know ... calling a war with Gomo does mean creating hostility with Gomo's alliance like House PK, Cucu Tok Wan, Pak Din Hulu Selangor etc ... and myself ... if I have to say further. And should this conflict be advanced to full scale war ... TF will definitely have the disadvantage.

    In conclusion ... BN had better rely on independent bloggers rather than pathetic UMB who can hardly move without lucrative money.

    ReplyDelete
  16. APA DAH JADI NI . SAMA SENDIRI PUN MAHU HANTAMKAH. BELUM LAGI JADI YB. TUN SUDAH MULAI MABUK KALU DAH JADI YB ENTAH LAH.BLOGERS PEMBANGKANG DAH KETAWA SAKIT PERUT PERUT TAU

    ReplyDelete
  17. Singh Is Kinng, bloggers like you and parpu has been paid awesome amount of money to do the cyberwar for BN. how come its not effective? what are you people doing? PM's ofis gave you money but you eople didnt do your job well. Asyik jilat bontot Parpukari. Is this how Parpukari paid bloggers do their job?

    ReplyDelete
  18. Gomo lu tak layak gelar diri lu blogger nyamuk. Berapa banyak duit kau angkat beli KLPos? blogger yang kau bayar berapa ramai? 6 orang? Siapa bayar semua ni? Ce citer sikit

    ReplyDelete
  19. Tuan Singh:-)

    In conclusion to what you have just said, it is true since day one, that when you work with Umno, you work only for the money. No money no talk. No money no walk. Hence the halt of their whatever operations.

    I do hope that this whole issue would settle down before the next day light if our good friend TF could produce substantial evident to support his claimed. All evident should be published without further a due.

    Battle ground say you.:-)

    I am merely giving my opinion & review and a bias one too, should I say

    Gomo could shout on top of his voice until he drop dead, if he wanted to, but on the other hand TF could not because he is a public figure, an a prominent one I would say.

    That is the whole different between the two of them.

    And as for us, life would continue as usual.

    Thanks again Bro:-)

    ReplyDelete
  20. bagus... bagus... gasak lagi blogger Pro BN nie... biar kita menang jadi abu kalah jadi arang... kita link cerita dalam kain ita ni kat blog Pro pembangkang... mesti dia orang bersorak sakan... apa la bodo nya blogger Pro BN nie... patutnya kita bermatian hentam pembangkang... nie tak... buatkerja bodo lagi bangang nie...

    khas buat HHalem,
    ko nie aper cer... bila orang hentam TF ko suker... bila orang hentam gomol ko plak lebih sudu dari kuah... nampak sangat ko nie dah digula-gulakan... bangang tak tentu pasal tak tau hujung pangkal cerita...

    ReplyDelete
  21. duduk... duduk...
    mari duduk...

    kalo dia tak datang kita gagal!!!
    kalo dia tak datang kita gagal!!!
    kalo dia tak datang kita gagal!!!

    (korang nie spesis Suhardi Mohd Isa la...)

    jadilah seperti "Pakcik Tanpa Nama..."

    Engkau tak sedar… tanya diri kau…
    “Apa bakti kau pada negara jangan tanya apa negara berbakti pada diri engkau…”

    Aku duduk di mana pun… TV3 Bersamamu nak bagi 20 ribu pun aku tak pandang la…
    “Aku tak boleh nampak kiblat Allah tu dengan DUIT”
    Biar aku miskin tapi aku ilmu kaya… biar aku dihina tapi aku martabat aku mulia… tu aje..

    ReplyDelete
  22. July 24, 2011 12:00 PM
    sedutan dari http://mediawangsamaju.blogspot.com/
    drsbos said...
    Pemerhatian saya: Terdapat perbezaan yang nyata(sigificant) antara blogger PRO BN dengan blog BN (papagomo vs tunfaisal). Ketidaksebuluan terlalu menonjol atas dasar kepentingan peribadi sehigga menyerlahkan lagi kelemahan dalaman BN. Kelemahan inilah yang memudahkan pihak pembangkang menombak BN. Blogger pro BN lebih matang,kreatif dan proaktif dalam tugasnya untuk menentang pembangkang.Selagi unsur kepentingan diri berada dalam BN maka susah untuk maju menawan hati masyarakat umum. Blog BN masih lagi dalam suasana keselesaan sehingga menjadi penghalang untuk ke depan.

    Teguran yang jujur mesti diterima untuk memperbaiki keadaan dan harus menerimanya dalam bentuk bahasa blogger yang bersifat pragmatik dan provokatif dan berbentuk "reverse psychology". Perbezaan pendapat harus diterima secara nyata dan bukan untuk didedahkan dalam alam maya demi memajukan BN. Kejayaan tidak bergantung kepada sekeping kertas bernama Ijazah sahaja tapi mampu mengaplikasi penggunaan otak kiri dan kanan. Pemahaman pula harus bermula dari qalbu.....bukan kalbu!!!!!!

    Kepada papagomo....teruskan kerja anda dan kadang pendekatan provokatif diperlukan dalam BN dengan niat memperbaiki keadaan. Kepada tunfaisal teruskan kerja anda dan kurangkan pendekatan "feudal" yang tidak menguntungkan BN khususnya Melayu Islam dalam UMNO.Semua "ranjau dalaman dan luaran" dalam UMNO perlu dibuang. Ranjau dalaman perlukan pembaharuan dan ranjau luaran perlukan tindakbalas kreatif dan provokatif.

    Selamat bersatu padu Melayu Islam dan terus menangkis golongan ULTRA KIASU dan munafikin.

    Sila baca/beriqrak penulisan berikut untuk memajukan Melayu islam dalam UMNO.

    1. TDM...A Doctor in the house. chapter 31 dan 53.
    2. Chandra M. http://www.anwaraidc.com/?p=14206
    3. RT. http://suara1umno.blogspot.com/2011/07/mesti-baca-hasil-tulisan-dr-mohd.html?showComment=1311413035391#c5443331282210159074
    4.Ezam.. http://mindaaidc.wordpress.com/2010/04/05/apa-yang-wan-azizah-beritahu-ezam/
    5. Banyak lagi....

    July 24, 2011 12:20 PM

    ReplyDelete
  23. Ulasan panjang lebar oleh HHalim tentang papagomo vs tunfaisal amat bagus dan mudah2an membuat kita berfikir masalah utama perpaduan Melayu Islam. Masalah dalaman di kalangan Melayu Islam khususnya UMNO merupakan titik lemah yang digunakan oleh pihak pembangkang yang diistilahkan oleh DR.RT sebagi ultra kiasu sehingga dia kena tempias sifat tidak baik Melayu Islam.

    Semoga saling muhasabah diri demi perpaduan Melayu Islam.

    ReplyDelete
  24. Salam untuk semua.

    Gua nak minta ckt pertolongan.Minta hanya kepada dua orang ni iaitu PG dan TF.

    Lu berdua settle la diam diam,pelan pelan.Tak payah heboh.Gua takut dari retak ckt jadi pecah berselerak.Lu dua orang profesional,make it as profesional.Orang lain yang ada sangkut menyangkut atau tidak,gua minta jangan kacau ini program.

    Lu dua dua gaduh kita kat luar sini tak dapat apa apa untung.Jadi sebelum kita semua rugi,gua minta ikhlas lu dua dua kasi slow talk.

    Gua rasa itu lu dua dua boleh bikin bukan.

    Rahim Janggut

    ReplyDelete
  25. kalau berani dua2 trun n buat forum..pastu saling bermaafan..nk puasa ni kan..buang sume setan yang ada..bersatu lah wahai bloggers BN..pecahkan benteng itu untuk PRU 13...sebab isu ni dh jadi heboh pada pihak pembangkang..kita boleh hilang kepercayaan kalau isu ni masih diteruskan..xsalah bersatu..demi alif ba ta..TF n PG berdamailah..salam perjuangan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive