Oleh : HHalem.
1- Pengerusinya,
TS Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan SPR akan mengkaji dengan terperinci
cadangan pengunaan dakwat kekal sebagai salah satu langkah penambahbaikan
sistem plihan raya sedia ada.
"Kita memang akan pertimbangkan semula penggunaan
dakwat kekal secara serius. Kalaulah itu (dakwat kekal) yang paling baik dan
selamat... kita boleh guna” – Abdul Aziz
2- Untuk tidak menunjukan seolah-olah tunduk
kepada ugutan Bersih dan untuk mengembirakan hati puak-puak Bersih, Abdul Aziz menambah;
"Ada kemungkinan juga kita gunakan
kedua-duanya sekali (dakwat kekal dan biometrik). Ini bagi membuktikan
ketelusan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan
adil”
"Kalau terpaksa guna dua-dua kita akan
pertimbangkan. Sekiranya ia terjadi, maka ia sudah pasti dapat puaskan hati
semua pihak,"
"Aspek perundangan perlu jelas sebab kita tak mahu
nanti ada pengundi yang datang mengundi tapi tidak mahu jari atau kuku mereka
dicalit atau dicelup dengan dakwat atas pelbagai alasan”
"Sebab itu kalau kita putuskan untuk menggunakan
dakwat kekal, ia perlu dijadikan sebagai undang-undang," – Abdul Aziz.
3- Dengan penggunaan dakwat kekal, sanggupkah
SPR menerima kritikan pakcik makcik bahawa ia boleh menggangu pengambilan air
sembahyang?
4- Malah penganut-penganut Pas sendiri akan
mengutuk dan menuduh dengan lantang bahawa SPR jahil mengenai hukum-hakam
mengambil air sembahyang. Perkara ini telah lama di riuh-rendahkan semenjak PRU
12 lagi.
5- Pas akan menimbulkan pula pelbagai pertikian nanti
seperti samada jari tangan sebelah kanan atau kiri patut digunakan.
6- Sebenarnya, apa yang dibuat pemerintah
kesemuanya tidak kena pada mata Pas-Pkr-Dap. Mereka membangkang apa sahaja
semata-mata kerana syok membangkang.
Nota: Article ini di tulis di restoran sebelah rumah di Alor
Setar dengan keadaan daif kerana Broadband telah tertinggal di KL.
Salam Tuan Hhalem,
ReplyDelete1. Dakwat Kekal
Dalam keadaan macam mana sekali pun, jikalau kita gunakan Dakwat Kekal Dan Pakatan Haram kalah, maka ini adalah konspirasi jahat Umno.
Manakala jikalau Pakatan Haram menang, maka hak rakyat yg menentukan Akan kemenangan ini.
Golongan yg tidak tahu bersyukor Akan nikmat Allah di bumi bertuah Malaysia
Yg mana tidak ada org mati kebuluran, perkauman yg meruncing dsb..Akan sentiasa menyalak bukit Tanpa sebab!
ARK2
Saudara HHalem, kalau betui dakwat kekal akan digunakan pada PRU13 nanti, aku ingat x mahu keluar menggundi dah, buat kotor tangan sahaja, macam hindu paria pakai, sebab tulah Ambiga beriya-riya sangat mahukannya, dia cuba menghindukan kita secara halus.
ReplyDeleteSalam HH,
ReplyDeletePunya le seronok nak balik kg, sampai bb tertinggal...ha...ha...ha.
Rasanya nanti puak Pakatan akan mintak dakwat kuning pulak. Jenuh juga SPR nak cari dakwat kuning tu nanti.
Selamat Hari Raya.
pada aku boleh je nak guna dawat kekal .. tak de masalah .. bukan menunjukan sprm takut ngan bersih pun tapi .. ada tapinya bukanlah kewajipan
ReplyDeleteadalah pilihan pengundi :).. sama ada nak guna dakwat atau biomektrik ..
jadi kat situ selain kita mengundi adun dan ahli parlimen
kita juga boleh dapat undi sapa yang sokong biometrik atau dakwat kekal
macamana orang islam. bole sembahyang ke sepanjang hari tu bila celup jari kat dakwat kekal, sah ke wuduk ?
ReplyDeletepas ni bodoh ke ?
biometrik lebih afdal bagi yg betul2 beragama islam...
penyokong tegar pas ni islam ke.. nak sangat celup jari ni?
sebenarnya, apa yg kita praktikkan selama ni dah elok pun...cuma perlu ditambah baik aje..
ReplyDeleteNak guna dakwat, byk jugak masalah.
Contoh : kalau ada org nak sabotaj seseorng supaya tak boleh mengundi, malam semasa tidur takut ada org akan warnakan jari dia dgn dakwat kekal..akibatnya, esok pagi tak boleh mengundi sebab nanti org kata dia dah mengundi..
Atau ada makcik makcik atau org yg tak tahu semasa dlm perjalanan ketempat mengundi disabotaj oleh org tak bertanggungjawab dgn mewarnakan jari dgn dakwat kekal..Akibatnya tak dpt mengundi..
Hak mengundi boleh hilang sekiranya ada org bawak masuk dakwat yg sama yg digunakan oleh SPR dan mewarnakan jari org org ygtertentu supaya tidak dpt mengundi dan seterusnya mengurangkan jumlah sokongan kepada parti tertentu...
Biometrik - kelemahan ialah kadang kadang scanner tak berfungsi. Tapi sebenarnya lebih baik dari dakwat. Semua immegresen antrabngsa di barat guna biometrik...di US, biometrik telah menghalang org yg menggunakan nama berlainan dan passport yg berbeza utk masuk ke US..ini dilakukan selepas sept 11
Guna jer dua2 jadi takder sapa boleh kata apa2...
ReplyDelete