Oleh : HHalem.
1- DS Najib betul-betul menghentam dan
menyindir adik beliau Nazir Razak, Managing Director and Chief Executive of
CIMB Group, yang kita ketahui perpandangan ‘Melayu Liberal’ dan tidak mengenang
jasa dan tidak memikirkan orang-orang Melayu yang susuh dan datang dari
kampong-kampong, dimana mereka masih lagi memerlukan bantuan. Nazir terkenal
dengan sikap ‘meritokrasi’ beliau, tidak kira dengan golongan Melayu
pertengahan atau bawahan.
2- Jika kita fikirkan, kekadangnya betul juga
seperti kata setengah orang bahawa golongan bangsawan seperti Nazir Razak ini
tidak tahu hidup susah senang golongan bawahan di kampong yang masih lagi
memerlukan bantuan. Golongan seperti Nizar kaya bukan kerana kerja kuat, tetapi
dilahirkan didalam golongan berada dan tidak mengenal susah hidup.
3- Orang berfikiran seperti Nazir Razak termasuk
lah Zaid Ibrahim, Presiden KITA.
4- DS Najib menyuarakan pendirian beliau ketika
melancarkan Konvesyen Memperkasa Model Baru Ekonomi – Satu Jihad Ekonomi
Bumiputera, di UiTAM, Shah Alam, Jumaat.
5- Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak menghentam
masyarakat bukan Melayu dan “Melayu Liberal” yang mahu kuota bumiputera dihapuskan dan meritokrasi
diamalkan sepenuhnya, sebagai golongan yang tidak mengenang jasa terhadap
kerajaan yang ditunjang oleh orang Melayu.
“Ada orang bukan Melayu kata kita tidak perlu kuota, dan
mahu laksana meritokrasi. Ada juga di kalangan mereka yang dipanggil “Melayu
Liberal”. Memang mereka kaya kerana kerja kuat.
Tetapi ia kerana negara kita aman dan mereka dari dulu
diberi peluang”
“Mereka kaya kerana negara kita
stabil dan ditadbir dengan baik. Siapa yang bagi mereka lesen gula,
beras, bank, dan macam-macam?. Sebab itulah mereka kaya. Mereka juga kaya
kerana kepimpinan UMNO-Melayu adil,” – DS Najib
6- Najib berkata kekayaan negara harus
diagihkan secara adil dan saksama, menepati prinsip sosial serta mencerminkan
kedudukan bangsa Melayu dan Bumiputera yang menjadi majoriti dalam engara ini.
“Mereka tidak kenang jasa orang Melayu dan lupa bahawa,
hakikatnya orang Melayu masih ada lagi yang berada dalam keadaan terpinggir.
Sebahagian besar daripada kita masih duduk di pinggir bandar dan luar bandar
serta memerlukan bantuan,” – DS Najib
7- Najib berkata sistem yang hanya berdasarkan
100 peratus meritokrasi hanya akan melahirkan “negara tidak bermutu.” Katanya, memberi
fokus keseluruhan sistem dari sudut meritokrasi semata-mata adalah tidak adil
kepada individu yang tinggal di kawasan luar bandar kerana
mereka tidak boleh bersaing secara seimbang dengan golongan yang tinggal di
kawasan bandar.
8- Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan akan
terus mengadunkan meritokrasi dan keadilan sosial untuk memastikan rakyat
pelbagai kaum tidak ketinggalan daripada menikmati kemajuan negara.
“Kita mesti adunkan meritokrasi dan
keadilan sosial. Kita tidak boleh hanya mengamalkan
meritokrasi sahaja. Kita tidak boleh tutup peluang anak-anak Bukan Bumiputera,
tetapi pada masa sama anak-anak Melayu yang ketinggalan tidak boleh
dipinggirkan.”
“Sekarang mereka tidak kenang jasa orang Melayu dan lupa
bahawa hakikat Melayu masih banyak ketinggalan terutama di pinggir bandar dan
luar bandar,” – DS Najib
9- Najib berkata, konsep meritokrasi akan
diamalkan untuk membantu usahawan Bumiputera. Sehubungan itu katanya, Unit
Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sedang dalam proses menyenaraikan 1,100
syarikat Bumiputera untuk disenaraikan di bursa saham.
“Kita akan bantu syarikat-syarikat ini untuk
menjadi lebih besar hingga ke peringkat antarabangsa. Kalau perolehannya
mencapai RM100 ribu pada tahun ini,
dalam tempoh tiga hingga empatt tahun kita akan bantu supaya dia akan meningkat
kepada RM1 juta atau RM10 juta. Kita sedang kumpulkan data dan insyalah dalam
tempoh dua atau tiga bulan lagi kita akan umumkan senarainya”
“Program ini adalah satu pendekatan baru yang berdasarkan
prinsip meritokrasi di kalangan syarikat Bumiputera. Tak ada lagi soal kroni,
atau siapa kita tahu, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah
yang mesti kita akan bantu,” – DS Najib
10- Pendirian DS Najib cukup jelas terhadap
sistem ‘meritokrasi’ yang dilaung-laungkan oleh pembangkang yang mahu hak sama
rata didalam segala segi. Termasuk didalam pemberian biasiswa melanjutkan
pelajaran.
11- Penulis tidak dapat bayangkan jika negara
di kuasai China/India Komunis dan orang berfikiran seperti Nazir Razak dan Zaid
Ibrahim memerintah negara. Cuba bayangkan kedudukan MARA yang banyak membantu
anak-anak Melayu dan usahawan Melayu.
12- Baca lagi pengkhianatan Nazir Razak yang terlalu Liberal dan tidak mementingkan hak dan kuasa orang Melayu di Medan Info MIK >
12- Baca lagi pengkhianatan Nazir Razak yang terlalu Liberal dan tidak mementingkan hak dan kuasa orang Melayu di Medan Info MIK >
Sumber
utama AgendaDaily
Awak ni salah analisa lah. Baca betul betul apa najib cakap.
ReplyDeleteMinda X