Oleh : HHalem.
Komen penulis dibawah sekali.
Hiasan - Askar upahan untuk serangan - SWAT Team
Berikut diperturunkan laporan lengkap Operasi
Akidah di Kompleks Dream Center oleh pihak Jais.
Laporan ini diambil seadanya dari The Unspinners disini>.
Permohonan secara rasmi kebenaran men-posting
semula dari Unspinners tersalur
secara auto dan kelulusan kebenaran juga diperolehi secara auto.
Thanks you Tuan Unspinners.
‘SULIT’ disebabkan ia belum dikeluarkan secara
rasmi lagi oleh pihak Jais.
Video-video lawatan tertib Jais, bukan serbuan berani mati seperti laporan pembangkang, dibawah sekali, diluar dari laporan.
Video-video lawatan tertib Jais, bukan serbuan berani mati seperti laporan pembangkang, dibawah sekali, diluar dari laporan.
Komen penulis dibawah sekali.
...starts laporan...
LAPORAN OPS AKIDAH di GEREJA
Disediakan oleh:
Penolong Pengarah (Perancangan &
Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor
Tarikh: 4 Ogos 2011
1. PENDAHALUAN
Laporan ini disediakan untuk memberi
penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian
Pengutkuasaan Jabatan Agama ISlam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah
kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan
pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream
Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat
yang mendakwa berkalkunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa
di gereja yang dinamakan "THanksgivng DInner" sepertimana alamat di
atas.
2.2 Tindakan dibuat berdasarka peruntukan
Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995 iaitu Menghina
atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan penganut Agama Islam
sendiri.
2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut
peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang
Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam
dan orang Islam.
2.4 Program Thanksgiving Dinner ini diyaki
bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian
sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka
Puasa dengan melibatkan orang ISlam sendiri.
2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai
Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan
anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya
dan SEA PArk.
3. PELAKSANAAN OPERASI
3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik
Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.
3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi
berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM
telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.
3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota
terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.
3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut
lebih berbentuk kom0leks komuniti yang diletakkan tanda nama Dream Center
secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil
dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan
peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa
disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.
3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis
auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3.
Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam
9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke dewan 3
tersebut tanpa halangan dan berdiri berhempiran pintu masuk dewan berkenaan
sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir
dalam majlis tersebut.
3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang
terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu
berada dalam majlis tersebut sedang mengdengar seorang sedang berucap
(testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.
3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam
beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag
bajunya "Sofea" dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan
perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan
itu diteruskan.
3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk
dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis
tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar.
Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian
dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut.
3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat
untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun Sofea dan
seorang "tetamunya" cuba berdolak dalik dan cuba berjuhah serta
mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian.
Mereka juga berjhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam
program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan
undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan Islan tidak berkuatkuasa ke atas
mereka. Kami jelaskan undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah
melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.
3.10 Kami seterusnya meminta buku pendaftaran
peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang islam di majlis
tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak
dihadhiri oleh orang beragama Islam.
3.11 Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat
pendaftaranb dari penganjur, tidak mendapatkan kerjasama dari pihak penganjur
dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif program. Terdapat
unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut iaitu nyanyian kagu -
Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif sepertimana dilampirkan.
3.12 Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama
Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz
tersebut dilampirkan. Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu
belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba
dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut.
3.13 Setelah berbincang selama hampir sejam,
mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut
tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada
dewan tersebut.
3.14 Semasa masuk ke dalam dewan 3 tersebut
bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati terdapat cebisan
kertas soalan yang telah dikoyakkan dan disi oleh peserta di dalam tong sampah
tersebut dan kami telah mengambilnya untuk dijadikan bahan bukti (Lampiran
sepertimana dalam plastik rampasan barang kes).
3.15 Pemeriksaan individu yang dibuat
mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi
notis arah hadir Majlis Agama Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung
program pada malam tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan):
i) Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea)
(79xxxx-01-6094)
ii) Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah
(69xxxx-08-6039)
iv) Ade Andrian Putra Bin Mahadzir
(94xxxx-02-5609).
v) Nea Reima Mareana Binti Mahadzir
(90xxxx-02-5778).
vi) Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).
ix) Faridah Binti Abdul Rahman
(71xxxx-12-5478)
x) Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood
(72xxxx-10-5072)
xi) Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246)
3.16 Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang
beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil.
4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK
4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka
puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa
majlis itu ialah "Thanksgiving Dinner" yang berunsurkan Kristian.
4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah
hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri
orang bukan Islam.
4.3 Walaupun majlis itu adalah
"Thanksgiving Dinner", terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang
beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:
4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan
pintu masuk dewan tersebut.
4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang
bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.
4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba
melarikan melalui pintu belakang secara senyap.
4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH
AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak
sepatutnya.
Sila baca analisa Skrewkuat sini >
4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada
peserta yang hadir.
4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap
di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah
di dalam dewan).
4.8 Majlis tersebut dilakukan di premis milik
organisasi kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara
elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali
evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di
dinding ruang legar premis tersebut.)
4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur
beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving
Dinner itu terutama sekali engenai ucapan (testimony) yang dilakukanb oleh
seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka
yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat
1Malaysia.
4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya
oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya
samada dia beragama Islam, dan dia menjawab "I Believe in God" dan
enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kadpengenalannya jelas
beliau seorang Islam.
5. PENAFIAN
5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan
JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.
5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk
menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis
selesai dijalankan.
5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh
wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan
dibuat oleh JAIS.
6. PENUTUP
Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan
berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.
Disediakan oleh:
Penolong Pengarah (Perancangan &
Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor
Tarikh: 4 Ogos 2011
...tamat laporan...
Komen HHalem -
Item 3.7 - Laporan Jais ‘Sofea’. Dalam gambar ‘Sophia’
Item 3.7 - Laporan Jais ‘Sofea’. Dalam gambar ‘Sophia’
Kesilapan teknikal seperti ini adalah kegemaran
peguam-peguam. Di harap Jais repair draft laporan mereka. Link Jais>
Item 3.15 - Gambar lama black-and-white, malam lawatan tidak ada portable photostat machine.
Item 3.16 - Media laporkan 8 orang kanak-kanak
Melayu.
Item 4.5 – Link ke website Screwkuat adakah ia termasuk didalam
laporan Jais sekali? Kalau ‘ya’. Siapakah ‘Screwkuat’ dengan pihak Jais?
Video Part 1
Video Part 2
ejaan banyak salah...or dijJIS tu buat kerja lebih kurang ke...tak ada semakan oleh bos ke..atau tak reti tulis ke..
ReplyDeleteTuan Bunyamin:-)
ReplyDeleteBetul tu ejaan Jais banyak salah.
Gopah-gapah la tu. Draft lagi pun kan.
Kalu Bunyamin jadi boss, mampus Jais kena gasak.
BTW, selamat mengambil exam Tuan Doctor-to-be.
Belajar di Uni of Mansoura Manchester, di Egypt:-)
Yo bro sekelian , memang di akui ejaan manyak salah la wei.Akan tetapi inti pati manyak facts , ada betuil ka mangkuk.Just because the spellings is incorrect , that does not mean the whole report is flawed, as long as the whole world understood its contents , its good enough for the less learned like you n me. Dont berlagak intellectual la bro! Mau fikir macam intellectual , you guys dont even think about this issue, lets be more matured and , so shalow thinking!Just because of spellings error, sheesh , so shalloqw one thinking ma!
ReplyDeleteJust give me a rebutt that does not reflects your idiotic shallow pro opposition thoughts.Konon silap ejaan dan cukup untup mengenepikan lapuran tersebut.@#$% U,thats all I've got to say to you guys!
ReplyDelete