Oleh : HHalem.
1- Gagal bertemu dengan JAIS dan untuk
mengelakkan kemaluan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membuat cerita
perang saikologi sekali lagi mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
dan Gereja Methodist.
2- Kata Mustafa Ali seperti dipetik dari
Harakah;
“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam
(14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman
dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan
Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,”
-
Mustafa Ali pada sidang media di pejabat PAS Terengganu.
3- Harakah turut menyebut bahawa oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka
mendedahkannya boleh menimbulkan pelbagai tafsiran tentang operasi yang
dilakukan Jais itu. Mustafa dan Harakah terus menusuk jarum agar termakan dek
Jais.
4- Hendakan bertemu juga dengan Pengarah Jais
untuk mengelakan kelemahan beliau, Mustafa mengula-gula Jais dengan umpan dan
berkata beliau bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam
pertemuan yang akan diadakan nanti. Adakah umpan gula-gula ini akan berhasil? Malah Mustafa langsung tidak menghormati Titah
Baginda Sultan.
“Kami akan dedah maklumat-maklumat ini
kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita
dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,”
“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk
bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais
belum lagi selesai,”
5- Permainan perang saikologi yang serupa
dimainkan oleh Ambiga apabila beliau ingin mendapatkan semula dokumen yang
dirampas polis dengan berkata beliau sanggup mendedahkan siapakah pembiaya
terbesar dari luar negera yang membiayai rusuhan Bersih 2.0. Tetapi malangnya
beliau tidak dapat berbuat demikian kerana dokumen dirampas pihak polis. Di sini>
6- Nampak gaya Pas semakin mahir memutarbelit
dengan ilmu perang politik yang dipelajari dari Ibu Inu Ambiga dan juga tektik-pecah-tempurong-lutut
dari cifu Anwar Ibrahim yang entah sudah berapa kali terkehel leher.
Bagus le kalau ada peranan UMNO dalam serbuan JAIS tu. Itu bermaksud UMNO mengambil berat perihal akidah orang Islam. Takkan PAS susah hati kot? Tak pe, PAS dah tak payah jaga orang Islam, tak payah nak jadi juara orang Islam, jaga aje suku sakat DAP tu.
ReplyDeleteTuan TS:-)
ReplyDeleteBukan 'serbu' Bro, salah ayat tuu.
Jais masuk dengan lengang lengok.
Siap rakaman video lengang tanda bukti.
Bila ScrewKuat nak sambung lagi part 2 video dia tu.
Mana-mana premis agama tidak ada imuniti. Makanya kenapa pulak pihak berwajib tidak boleh serbu (oops sori...PERIKSA) mana-mana premis agama?
ReplyDeleteApakah nanti premis yang menjalankan aktiviti mungkar tidak boleh diperiksa cuma kerana ia dikendalikan oleh pihak bertopengkan kebajikan kononnya? Bagaimana tu!
Dan, apakah nanti 'perkahwinan' sesama gender tak boleh diperiksa cuma kerana pasangan yang bakal disatukan adalah gayus dari kalangan padeir dan dilangsungkan di premis krisiant? Biar betul!