Oleh : HHalem.
1- Berikut ialah kenyataan denial Kementerian Pertahanan mengenai
dakwaan komisen diatas pembelian Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh
Angkatan Tentera Malaysia. Ia boleh didapati dari pelbagai laman web.
2- Yang menjadi tanda tanya penulis sehingga
sekarang ialah kenapa kenyataan ini baru dikeluarkan sekarang? Masih lagi menjadi tandatanya penulis ialah ayat
yang bertanda biru.
3- Kementah mengeluarkan tolak-dakwaan diatas;
“bahawa dakwaan kononnya kerajaan
telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak
Baginda”
“Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal
perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang
komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd.”
4- Yang penulis selalu baca ialah tuduhan pembangkang bahawa
komisen tersebut dibayar oleh syarikat perunding atau pengeluar dari Perancis,
bukan nya tuduhan di bayar oleh kerajaan Malaysia.
5- Apa-apa pun kita tunggu dan lihat
perkembangan selanjutnya.
Kenyataan yang di ambil dari Pisau.net:
Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur
"Kementerian Pertahanan hari ini ingin memberi
penjelasan berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu
tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan
Tentera Malaysia.
Kementerian Pertahanan mendapati bahawa
kenyataan-kenyataan yang dibuat terutama oleh parti-parti politik tertentu
mengenai perolehan kelengkapan tersebut sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan
banyak kekeliruan dan salah faham di dalam masyarakat.
Selain itu, ia juga menimbulkan persepsi
negatif dan prasangka bahawa perolehan kelengkapan untuk keperluan Angkatan
Tentera Malaysia telah dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan,
tidak telus dan membazir.
Di sini, pihak Kementerian ingin memaklumkan
bahawa semua rundingan perolehan adalah dijalankan mengikut Tatacara
Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara oleh
pegawai-pegawai kerajaan. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk
Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah
penilaian-penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut
menepati keperluan Angkatan Tentera Malaysia.
Selain itu, rujukan juga dibuat kepada pihak
Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak
tersebut. Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan
kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas
kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi.
Berhubung dengan perolehan kapal selam
Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah
membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda
merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.
Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam
soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat
Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang
didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus –
selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu
ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan
kerajaan masing-masing.
Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang
didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan
sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut
adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat
mengikut kemajuan pelaksanaan projek.
Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak
Laut Sdn. Bhd.
Skop
kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:
1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta
kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk
tempoh enam tahun.
2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman
beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh
empat tahun di Perancis dan Sepanyol.
3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota
serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol
4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal
selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60
sehari seorang untuk tiga tahun kedua.
5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik
bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4
bulan (tiga kali setahun).
6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew
kapal selam di Perancis dan Sepanyol
Perkhidmatan
koordinasi pula melibatkan:
1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan
syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang
berpotensi untuk menyertai program off-set.
2. Membantu kontraktor utama dalam memberi
maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.
3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara
kontraktor dengan kerajaan.
4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam
bulan.
Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah
merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya
jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop
perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi
perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.
Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk
melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan
koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga
bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas
pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.
Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek
kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar
jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek
perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun
serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.
Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka
syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang
diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan.
Tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula,
Kementerian Pertahanan ingin menyatakan bahawa perolehan adalah dibuat secara
rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Russia.
Rundingan terus ini adalah selari dengan dasar
negara Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai polisi bagi mengawasi
penjualan peralatan ketenteraan keluaran syarikat negara masing-masing agar
tidak terlepas kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Berdasarkan senario tersebut, semua
kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan ditandatangani oleh wakil
Kementerian Pertahanan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat
Principal negara asing, termasuk dalam soal pembelian pesawat Sukhoi. Perolehan
pesawat ini juga mematuhi Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan
Peralatan Pertahanan Negara.
Dalam soal pembelian pesawat Sukhoi, syarikat
Rosboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan
mereka di negara ini. Justeru, Kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang
urusan perniagaan antara Rosboronexport dan syarikat tempatan yang dilantik adalah
merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan
Kerajaan Malaysia.
Dengan penjelasan ini, maka Kementerian
Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan
persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan
Kerajaan Malaysia."
Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur
"Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia"
ReplyDeleteBerapa tahun baru boleh nak bawak keluar statement?
Takbole ke kasi statement cepat sikit sebelum orang semua dah "percaya bulat2"...
Selamat Berpuasa bro HHalem
:-)
ReplyDeleteSelamat berpuasa Tuan:-)
Jangan lupa niat pose:-)
Woit! Menteri Pertahanan, kat luar tu ramai bekas tentera yang tahu, jadi jangan nak membohong. Diam sahaja lah!
ReplyDeleteSiapa curi jet enjin F5E? Tanya dengan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang baru pencen tu. Mana menantu dia pergi?
Zahid Midi duduk diam sudah la!!!!
benda ni rahsia negara. ikutkan kementrian pertahanan tak perlu pun kuarkan statement membela diri cam ni. negara maju lain membazir berbilion dollar untuk sektor pertahanan rakyat dorang takde bising pun.
ReplyDeleteMasa PRK Ijok dah jelaskan. Ini ulangan ...
ReplyDelete