Oleh: HHalem.
1- Khalid Samad yang membenci Hassan Ali semanjang-manjang merupakan dua musuh tradisi semenjak azali. Kali terakhir Khalid Samad cuba mengenakan Hassan Ali, apabila beliau cuba mengaitkan Hassan Ali yang mempegerusikan mesyuarat JAIS/MAIS yang mana mereka dituduh cuba menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Cubaan Khalid Samad gagal kerana beliau di tempelak sendiri oleh Menteri Besar. Khalid Samad diberi amaran kerana menghina JAIS/MAIS/Hassan dan menimbulkan sesuana tegang dan spekulasi dikalangan rakyat.
Di sini >
2- Khalid Samad membuat segala onak diatas kerana beliau telah ditahan dan akan dibicarakan pada 24 November kerana didapati bersalah memberi ceramah/ajaran agama berbau dan bersulamkan politik di sebuah surau di Kapar, di sini >
3- Setelah gagal memperdayakan Hassan Ali, Khalid Samad akhirnya akur dan terpaksa meminta bantuan Hassan Ali untuk menyelesaikan kes beliau dengan MAIS/JAIS yang melibatkan arahan Baginda Sultan Selangor. Ia seperti meludah muka sendiri.
4- Hassan Ali sebagai Exco Agama Selangor, bersetuju akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik untuk berceramah/mengajar di Masjid dan surau.
Sebagai musuh beliau, Hassan Ali sempat memperli Khalid Samad dan siap memberi contoh nama ahli politik Pas yang beliau rasakan jujur memberi kuliah di surau/masjid. Ia seperti pulang paku buah keras. Kata Hassan;
"Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka,"
“Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri”
"Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan” – Hassan dipetik Mkini>
Adakah ciri-ciri ustaz diatas terdapat pada Khalid Samad?
Berjaya kah Hassan Ali membantu musuh tradisi beliau?
Berjaya kah Hassan Ali berbincang dengan MAIS kerana ia merupakan arahan Baginda Sultan Selangor?
Sanggup kah Hassan Ali mempertarungkan nama beliau dengan Istana, hanya kerana manusia seperti Khalid Samad yang engkar arahan Baginda?
Apa yang jelas disini, cuma Harun Din dan Ismail Kamus sahaja yang layak dipanggil ustaz di dalam Pas Selangor, yang lain-lainnya hanya poli-tikus yang menyamar memakai serban dan menyalak-yalak dimerata-rata tempat.
As-Salam Tuan HHalem,
ReplyDeleteDi dalam Majlis-Majlis Ilmu di rumah Allah, para jemaah hadir dengan penuh keihlasan untuk beribadat, berimarah serta bermasyarakat.
Sering kali bila diadakah Kuliah Maghrib, Kuliah, Subuh, tazkirah, ceramah yang berbaur politik, maka jemaah yang tidak mahu dengar terpaksa dengar.
Didalam 100 perkataan ada terselit 9-10 perkataan yang ada perisa politik. Dikuatkan pula dengan laungan Takbir - Allahuakbar.
Ini yang dinamakan tumpang semangkok menghentam pulas parti yang tidak digemari.
Majlis Ilmu tidak sepatutnya di cemari sebegini rupa.
Malah kutipan tabung yang dibuat, tidak di ketahui kearah mana tujunya.
Wallahualam.
ARK2
Salam Tuan ...
ReplyDeleteQuote
"Apa yang jelas disini, cuma Harun Din dan Ismail Kamus sahaja yang layak dipanggil ustaz di dalam Pas Selangor, yang lain-lainnya hanya poli-tikus yang menyamar memakai serban dan menyalak-yalak dimerata-rata tempat."
I don't need to say further ...
Tuan ARK2 & Tuan Singh:-)
ReplyDeleteI just came back frm an open house-close house majlis.
With that kind majlis, one would understand the political talks.
But one cease to understand is that di surau-surau pun ada selit cakap politik oleh Tok Imam/Penceramah.
I do not know about both of you, but I seldom or rather never heard so called TokImam-Umno cakap politik masa ceramah agama.
Pernah terjadi di masjid mujahidin damansara utama sewaktu kutbah jumaat beberapa orang makmum keluar daripada masjid setelah muak loya dengan penghinaan dan tuduhan kepada UMNO oleh Hasan Ali yang berkutbah ketika itu. Mungkin ramai lagi yang berperasaan sama tetapi terus didalam jumaat yang sangat disangsikan kesahannya berimamkan imam yang sebegitu.
ReplyDeleteDi mesjid Kota Damansara pula beberapa hari sebelum 9 September dimimbar jumaat khatib sebelum menamatkan khutbahnya menyeru makmum untuk turun menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur.
Kalau ingin berpolitik di mesjid, apa kata AJK mesjid juga benarkan ustaz-ustaz berceramah/berkhutbah/bertazkirah politik sama...tukar-tukar tiap minggu PAS lepastu UMNO dan lain-lain parti....Amacam?