Oleh: HHalem.
1- Terkini hangat dipasaran ialah peristiwa tumbuk menumbuk alaf baru dialam akhbar dan blog, diantara Guan Eng dan Rais, mengenai isu pengunaan Bahasa Malaysia didalam acara yang dihadiri oleh pegawai kerajaan.
Ini berlaku apabila Rais dijemput ke Sekolah Han Chiang Penang untuk memberi ucapan pada 29 September bagi mewakili Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
Rais menempelak dan melahirkan rasa kesal kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.
Ia jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.
"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," – Rais dipetik Bernama
2- Mendengar kata-kata Rais semasa di Jelebu, maka Guan Eng naik berang seperti orang kena stress-tension akibat tidak cukup tidur, dan beliau membidas Rais didalam blog beliau. Dikatanya Rais bohong macam Utusan.
“Kenyataan Rais bahawa beliau seorang sahaja menggunakan Bahasa Kebangsaan dan sedikit sahaja Bahasa Inggeris adalah tidak benar. Saya juga turut bercakap menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Mengapa Rais tidak menyebut bahawa saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia?”
– Guan Eng diblog beliau>
3- Ungkapan balas Guan Eng, menambah naikan darah Rais, maka terus beliau sms ke Utusan Malaysia, bukannya ke Guan Eng, sambil menegaskan:
"Tiada sebab kenapa Lim Guan Eng mengatakan bahawa saya 'berbohong' macam Utusan. Para penyampai (Kolej) Han Chiang malam itu tidak menggunakan sepatah pun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan”
"Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan."
- sms Rais ke Utusan >
- sms Rais ke Utusan >
4- Berdasarkan track rekod pembohongan tahap maksimum, maka kita katakan Rais bercakap benar berbanding dengan Guan Eng.
Ini adalah kerana Guan Eng cukup terkenal dengan rekod sejarah penipuan beliau dan kes terakhir ialah pembohongan beliau mengenai negeri Johor.
Jika Rais berkata "hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan” dan Guan Eng pula berkata “saya juga turut bercakap menggunakan Bahasa Malaysia”, maka hanya video sahaja yang dapat membuktikan Guan Eng sekali lagi menipu.
“Tunggu Video Han Chiang”
salam bro - waktu sama, isu yang sama TAPI angle yang lain hehehehe
ReplyDeleteYa la Bro:-)
ReplyDeleteTapi Bro, nampak cool jer kali ni.:-)
Tuan HH,
ReplyDeleteRais cakap menggunakan bahasa kebangsaan. Guan Eng cakap bahasa ke BANGSA an.
Itulah sebab sepatutnya bahasa kebangsaan bukanlah Bahasa Malaysia tetapi Bahasa Melayu!!! Bila sebut Bahasa Malaysia, banyak bahasa dipertuturkan di Malaysia ni.
Tuan TIS:-)
ReplyDeleteTuan ada point A1 di situ.
Siapa yg pandai-pandai tukar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Kebangsaan.