Oleh: HHalem.
1- Pakatan Rakyat dan DS Najib perlu berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana memberi pandangan beliau yang sangat berharga mengenai tektik memilih tarikh PRU 13.
2- Tun memberi gambaran bahawa Pakatan tidak mungkin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di 4 negeri mereka serentak dengan pembubaran parlimen. Strategi ini boleh dipilih oleh Pakatan untuk menumpukan kekuatan dan meraih sokongan rakyat di negeri-negeri pemerintahan BN.
Gambaran nasihat di bawah cukup berguna kepada Pakatan Rakyat yang perlu diambil kira.
"Dengan ini, mereka (Pakatan) dalam tangan ada empat buah negeri. Mereka tumpu di negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan mereka"
"Bagi pilihan raya di peringkat DUN, ia bergantung kepada kerajaan negeri sama ada bubar atau tidak dewannya. Kalau keempat-empat DUN di bawah pemerintahan Pakatan tidak dibubar, kita akan lihat pilihan raya terhad kepada negeri-negeri yang diperintah BN," - Bernama
3- Kepada Najib pula ini nasihat Tun kepada beliau.
"Namun begitu, sekiranya pilihan raya umum diadakan dekat dengan tamat tempoh penggal lima tahun, nak tak nak, dia (Pakatan) kena buat (membubarkan DUN) juga,"
“BN perlu membuat ujian dan kaji selidiki untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan dan rakyat akan menunggu dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan”
"Jangan-jangan yang dijanji tidak ditunaikan. Kalau cakap tidak serupa bikin, susah. Jadi, cakap seperti apa yang akan dibikinkan," - Bernama
4- Adakah DS Najib akan mendengar nasihat Tun untuk melewatkan tarikh PRU13?
Mungkin juga Najib mendengar nasihat Tun, kerana tarikh pemilihan Umno juga sudah hampir tiba.
Besar kemungkinan juga Najib tidak akan mendengar nasihat Tun.
Minggu lalu hampir semua sekolah di daerah Hulu Langat telah menerima surat supaya menyediakan senarai nama penjaga peti undi disekolah masing-masing. Zon yang berhampiran telah menyediakan 37 nama-nama untuk beberapa center tempat mengundi.
Adakah ini tanda-tanda bahawa PRU 13 akan diadakan beberapa bulan lagi?
Berdasarkan rekod sejarah yang lampau ia memang iya.
Salam, ada yang membuat andaian sebelum ini bahawa PRU 13 akan diadakan pada November tahun ini. Saya tidak fikir begitu kerana pengagihan RM500 yang dijanjikan oleh Najib bagi keluarga yang jumlah pendapatan seisi rumah kurang dari RM3,000 hanya akan bermula Januari 2012...
ReplyDelete