Oleh: HHalem.
1- Hari ini dilaporkan tentang hipokrit seorang pemimpin Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, yang rata-rata gemar berkomunikasi dengan portal Malaysiakini dan Malaysian Insider untuk menyampaikan mesej-mesej mereka ke kekalayak ramai dengan segera.
Hari ini Mkini dengan terang-terang memperincikan hipokrit Saifuddin apabila mendedahkan bagaimana beliau campurtangan didalam hal ehwal isu Aziz Bari yang digantung tugas bersyarah dari UIAM akibat menghina Baginda Sultan Selangor.
Cukup anih kali ini apabila Mkini menyatakan mereka, “ternampak mesej teks sms Saifuddin kepada Datuk Zaleha Rektor UIA supaya menarik balik penggantungan Aziz Bari dari bertugas”
Cukup pelik kerana Mkini ‘ternampak mesej’. Padahal jika handpone berada dalam seluar sekali pun, Mkini tetap akan “ternampak mesej” jika Saifuddin yang “tertunjuk mesej” dengan sendiri.
“..apa sahaja (sebab gantung Aziz Bari), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual, (kerana) Aziz belum didapati bersalah..Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi.."
- sms Saifuddin kepada Prof Dato Dr Zaleha yang ternampak oleh Mkini >
Saifuddin tidak boleh menafikan sms mesej tersebut kerana berdasarkan sejarah rekod lampau beliau sangat akrab dengan Mkini dan MInsider seperti Khairy Jamaludin dan Dr Asri. Dr Zaleha mungkin masih menyimpan mesej tersebut sebagai bukti.
2- Kes di atas mempamirkan Saifuddin dengan jelas campurtangan peribadi didalam pengurusan pentadbiran UIA dan cuba mempengaruhi Rektor Dr Zaleha supaya menarik balik arahan pergantungan Aziz Bari supaya bersesuian dengan kehendak politik Pkr-Pas-Dap.
Kenapa dikatakan campurtangan peribadi padahal Saifuddin adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi iaitu jawatan didalam pentadbiran Najib.?
Ber-sms dan ber-twiit ini adalah kegemaran bersifat peribadi dan sudah tentu sms Saifuddin tersebut tidak diiktiraf oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno. Jauh sekali keputusan Menteri Pengajian Tinggi.
Berurusan dengan Universiti adalah rasmi dan letterhead rasmi ialah letterhead Kementerian Pengajian Tinggi. Bukannya letterhead Umno mahupun ber-sms dan ber-twiit. Ia amat jelas salah dari pihak Saifuddin.
Saifuddin telah dibuktikan oleh Mkini telah menyalahguna kedudukan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan Timbalan Menteri untuk mempengaruhi keputusan pentadbir UIA. Beliau perlu di siasat oleh Kementerian. Paling tidak beliau terpaksa ucap selamat jalan kepada PRU13 nanti kerana sikap bercelaru beliau.
3- Saifuddin Abdullah, Dr Asri, Pas-Pkr-Dap dan ramai lagi NGO yang melaungkan memperjuangkan Perlembagaan Negara yang tercatit didalam Buku Jingga dan Misi NGO yang kononnya teras perjuangan masing-masing.
Kata orang puteh, “bullshit-my-ass”. Hipokrit.
Melalui Perlembagaan Negara dan Pentadbiran Negara maka lahirlah lah pelbagai kementerian dimana salah satunya ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Ujudlah Polis dan SKMM. Ujud lah pelbagai Akta, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Jika mereka-mereka tadi betul-betul menghormati apa yang dilaung-laungkan, kenapa kah mereka tidak menghormati tugas-tugas Polis dan SKMM. Kenapa mereka tidak menghormati Universiti yang mengujudkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM untuk menyiasat Aziz Bari.
Adanya Aziz Bari yang terlalu EGO bercelupar menghina Baginda Sultan, maka adalah laporan Polis & SKMM dibuat.
Adanya laporan Polis & SKMM, maka adalah Penyiasatan.
Adanya Penyiasatan, maka adalah salah dan tidak-salah.
Apa yang susah sangat untuk difahami oleh Pas-Pkr-Dap-NGO didalam sistem yang kita sendiri ujudkan.
Semua ini ujud kerana adanya Perlembagaan Negara yang merangkumi pelbagai sistem perundangan, sistem tadbir dan akta-akta yang menjalankan tugas masing-masing.
Oleh itu tindakan Pas-Pkr-Dap-NGO-Saifuddin-Asri-Pelajar mengkritik tindakan Dr Zaleha-SPRM-SKMM adalah salah dan tidak mengikut prinsip-prinsip perjuangan masing-masing.
Kerja kerajaan memang kena ikut procedure tatatertib (bukan suka2). Bila jawatankuasa (penasihat undang2 dan displin) dah bersidang dan ambil keputusan, kenalah ikut. Ada pegawai kerajaan yg baru kena tuduh tapi dah digantung kerja (siasatan) dan diambil passport pun. Ini dah kira baiklah sebab dia minta surat tunjuk sebab dulu. Kalau swasta, boss tak suka terus kena buang. Kawan aku kerja kat sebuah hotel 5 bintang ni, kena buang 24 jam sebab salah buat double booking je. Kalau tak boleh ikut displin, baik kerja sendiri lah....tak susahkan orang lain.
ReplyDeleteSetuju dengan artikel tuan. Tapi bila ditanya secara langsung dgn kamera lain pula jawabnya si Saifuddin ni. Macam kes beliau sokong Bersih 2.0 tempoh hari...Blog tuan sy follow & pautkan. :)
ReplyDeletehttp://yuseriyusoff.blogspot.com/
Tuan Yuseri:-)
ReplyDeleteSaya memang tertunggu-tunggu unt paut dgn blog ternama seperti Tuan.
Saya yg kerdil ni merepak jari lagi sudi memaut Tuan:-)
tuan hhalem...isu ini bukan menjadi isu UIA saja kerana ia telah disensasikan oleh media utk pengetahuan umum sehingga menjadi campurtangan politik.Sebuah Universiti perlu berdiri sendiri dalam kebebasan berfikir,bercakap dan menganalisis setiap perkara tanpa ganguan mana2 pihak.disinilah nilai intelektualnya tapi yg mengejutkan apabila satu tindakan paling tak bertamadun dlm dunia akademik telah berlaku (spt kata Dr Asri)..T'kasih..
ReplyDelete