Oleh: HHalem.
Rambut Sumber Ilham Dari Pengurus Image Faekah Husin
1- Salah satu alasan yang diberi oleh Ahli-ahli Parlimen untuk meletak jawatan di Selangor ialah, “menghadapi sakit jantung yang agak kronik” dan “fasal kewangan,”.
Siapakah mereka-mereka yang sekarang sakit jantung kronik dan bermasalah kewangan serious di Selangor?
2- Nampaknya juga Khalid tidak sebulu dengan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, malah peruntukan untuk Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor amat kecil dan terhad. Baca lanjut dibawah.
Layanan lunak Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail terhadap karenah Menteri Besar Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengecewakan beberapa pemimpin kanan parti itu hingga ada yang menyuarakan hasrat berhenti dari politik.
Bagaimanapun menurut sumber rapat PKR, hanya komitmen mereka kepada Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan prinsip perjuangannya yang menghalang mereka membuat keputusan nekad yang pasti melemahkan cabaran PKR dalam pilihanraya umum akan datang.
“Macam-macam alasan dan hujah yang mereka kemukakan. Tapi ada dua yang menonjol. Satu, soal kesihatan hingga ada yang kini menghadapi sakit jantung yang agak kronik dan soal kedua ialah fasal kewangan,”
- kata seorang Ahli Parlimen PKR yang tidak mahu namanya disebut.
Umumnya, kata beliau, pemimpin-pemimpin PKR mudah dipujuk oleh Anwar yang sering menekankan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 makin hampir dan ia adalah peluang terakhir PKR dan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, kata sumber itu.
“Soal menawan Putrajaya bukan matlamat utama saya bersama Anwar. Yang saya sokong ialah iltizam Anwar mahu hapus amalan rasuah dalam kerajaan dan menerapkan unsur keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat,”
- kata Ahli Parlimen yang sering digelar “Panglima” oleh Anwar.
Bagaimanapun beliau menegaskan fokus pimpinan PKR sering terganggu oleh prestasi dan laporan sikap negatif Khalid Ibrahim terhadap parti.
Ahli Parlimen dari Selangor itu menegaskan Khalid seolah-olah masih belum boleh menerima hakikat bahawa Anwar ialah Penasihat Ekonomi Selangor dan beliau mempunyai fobia pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan Malaysia selama lebih tujuh tahun akan menggerhanakan reputasinya sebagai seorang tokoh korporat.
“Sebab itu, peruntukan untuk pejabat Penasihat Ekonomi Selangor amat kecil dan terhad. Sehingga untuk melaksanakan program seperi wacana intelektual dan ekonomi sering tersekat. Permintaan pejabat Anwar untuk mendapat peruntukan khusus juga tidak dilayan.
“Anehnya, di hadapan Anwar dalam mesyuarat mingguan mereka, Khalid sering mengangguk dan bersetuju dengan syor serta pandangan Anwar. Tetapi bila tiba masa pelaksanaan Khalid selalu mengemukakan alasan birokrasi untuk tidak mahu mengeluarkan peruntukan,” kata sumber pejabat Menteri Besar (Pemerbadanan) atau MBI.
Menurut sumber Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, mengikut amalan biasa, Menteri Besar mempunyai kuasa meluluskan peruntukan hingga jumlah yang tertentu atas nama beliau sendiri tanpa perlu merujuk kepada exco atau peraturan kewangan standard.
“Kalau setakat menganjurkan siri wacana atau lain-lain aktiviti persidangan ekonomi, Menteri Besar boleh meluluskannya dengan menggunakan peruntukan pejabatnya,” kata sumber itu.
Ahli Parlimen yang sama menegaskan bahawa Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri bukan mengharapkan bantuan kewangan berlebihan atau bayaran tunai secara langsung bagi membantu mereka menjalankan tugas.
“Banyak program yang kami susun untuk kepentingan rakyat tidak dilayan. Kebanyakannya syor kami akan disaring oleh penasihat tiga serangkai Khalid – Setiausaha Politik (Faekah Husin), Setiausaha Akhbar (Arfaeza Aziz) dan Ketua Pentadbir MBI (Rohany Talib),” kata sumber itu.
Beliau juga memberitahu, ramai Ahli Parlimen dan Adun PKR terpaksa menjual harta dan ada juga yang meminjam untuk melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat walaupun program mereka boleh diringankan dengan peruntukan daripada Kerajaan Negeri.
“Maklum balas yang kerap kami dapat apabila memohon peruntukan khas aktiviti kami sebagai wakil rakyat ialah tempelak dari Penasihat Tiga Serangkai ini yang menuduh wakil-wakil rakyat terlalu manja,” katanya.
Sumber itu menyuarakan kesedihan terhadap keadaan ini bagi pihak wakil-wakil rakyat lain yang diperlakukan sedemikian oleh kakitangan kerajaan yang dilantik Khalid dan “mereka dengan galak mengisytiharkan mereka bukan ahli parti dan tidak tertakluk pada telunjuk parti”.
“Malah kami dapat maklumat bahawa Khalid sendiri pernah memberitahu Penasihat Tiga Serangkai ini bahawa beliau rimas dengan sikap pimpinan parti yang menganggap bahawa Kerajaan Negeri pimpinannya adalah ‘baruah’ parti,” kata sumber itu.
Antarapos.com difahamkan oleh kerana sering ditegur oleh pimpinan parti dalam mesyuarat, Tan Sri Khalid memboikot tidak mahu menyertai mesyuarat Biro Politik parti.
Pada satu peringkat apabila barisan pimpinan mempertikaikan karenah Khalid, Presiden parti Wan Azizah Wan Ismail, menggertak untuk meletak jawatan sebagai pemimpin nombor satu PKR.
Difahamkan episod berkenaan berlaku apabila ahli-ahli Biro Politik PKR mempersoalkan peranan Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin yang juga Pegawai Khas Presiden yang tidak cuba menasihati Khalid dalam perkara polisi PKR malah bertindak sebaliknya.
Sumber 100% dari AntaraPos
Apa blogger upahan umno ni asyik dok sibut dng parti lain.
ReplyDeleteBaik jaga parti Umno yg diketuai olih Bik Mama tu yg beceramuk.
HANCUR LAH PARTI FUCKATAN....PARTI HAPRAK....MENUJU KEHANCURAN ... AMIN
ReplyDelete