Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

03/10/2011

PAS Bakal Kehilangan 20,000 Penyokong Kerana Hudud. Dewan Himpunan Penyokong Pas Akan Bubar.


Oleh: HHalem.

1- Pemimpin Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chow kesal kerana tidak pernah dipanggil untuk diberikan penjelasan yang mendalam mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam Pas sekarang. Saya tidak dipanggil untuk berbincang mengenai hudud ini, di Pantai Timur isu hudud tidak menjejaskan Pas kerana bukan Islam adalah minoriti tetapi kalau di Pantai Barat ya, malah saya mendapat terlalu banyak panggilan telefon mengenai isu ini”

"Masa depan DHPP saya tidak tahu tetapi dalam politik apa pun boleh berlaku. Kalau bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad boleh keluar Pas, jadi tidak ada sesuatu yang pelik dalam politik," – Hu Pang dipetik oleh KLPost>

2- Jika kemelut isu hudud berterusan kemungkinan besar DHPP akan kosong dan dewan akan ditinggalkan beramai-ramai dan dibubarkan sebagai tanda tidak puas hati dengan kepimpinan Pas.

Hu Pang turut menyatakan pihak Dewan tidak pernah diberikan peranan dalam Pas biarpun mempunyai kira-kira 20,000 penyokong.

3- Pihak PAS pula apabila mendengar berita tersebut mengambil sikap berlawanan dan menganggap Dewan Himpunan sebagai lawan bukannya kawan. Ini lah sikap PAS terhadap bangsa asing yang menyokong mereka. Manis dimulut tetapi sikap kenegerian Pok Nick cukup menebal. Mereka sepatutnya membantu menyelesaikan masalah Dewan, bukannya sanggah, sanggah dan sanggah.

Teruskan lah dengan sikap ini sehingga ke PRU 13 nanti.

4- Ikuti kutukan PAS terhadap Dewan yang disiarkan oleh Facebook Pok Nick, seperti dibawah;
 .............................................


Nik Abdul Aziz Nik Mat
TERIMA KASIH atas penjelasan YB Ketua Penerangan PAS Kelantan, merangkap Exco Kerajaan Negeri Kelantan terhadap kekeliruan yang ditimbulkan oleh Ketua DHPP berhubung isu hudud :

Kemaskini status
Oleh Mohamed Fadzli Hassan

AssalamuAlaikum.

Saya ingin merujuk kepada laporan berhubung kenyataan Ketua DHPP Sdr Hu Phang Chow oleh Mingguan Malaysia Ahad 2/10/2011. Saya berpandangan laporan itu tidak tepat dan lari dari maksud sebenar beliau. Pembaca boleh membandingkan laporan itu dengan laporan oleh Sinar Harian Kelantan pada hari yang sama. Ianya amat jelas berbeza dan bagi saya laporan Sinar Harian adalah lebih menepati maksud Sdr Hu Phang Chow.

Atas nama Ketua Penerangan PAS Kelantan, saya ingin membuat penegasan seperti berikut:

1. DHPP lahir dari kesedaran di kalangan masyarakat bukan Islam bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS bukan sahaja untuk menentang kezaliman BN malah adalah untuk keadilan dan kesejahteraan semua kaum tanpa mengira agama. Pengalaman Rakyat bukan Islam di bawah kerajaan PAS dan PR di Kelantan sudah cukup membuktikan hal ini.

2. Sebelum DHPP dinaikkan taraf menjadi salah satu sayap penting PAS, kelab penyokong PAS di kalangan masyarakat bukan Islam sangat faham akan matlamat perjuangan PAS untuk melaksanakan keseluruhan Syariat Islamiyyah termasuk juga hukum hudud. Malah ada dikalangan pimpinan DHPP sendiri yang meminta supaya hukuman hudud ini dilaksanakan menggantikan undang-undang jenayah yang ada kerana ia lebih adil dan diyakini mampu menyelesaikan ancaman jenayah yang amat menggerunkan dalam negara kita sekarang ini.

3. Jadi tidak patut timbul soal DHPP tidak faham dengan sikap PAS kerana saya yakin keseluruhan ahli DHPP sudah sedia maklum dan faham benar akan matlamat perjuangan PAS ini.
(HHalem: Deny 1 – Orang tak faham dia kata tak patut. Samdol)

4. Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang dikenali sebagai Enakmen Hudud ini telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1993 lagi. Jadi isu DHPP tidak dibawa berbincang berhubung dengan hudud ini adalah tidak timbul langsung (ketika itu DHPP belum wujud).
(HHalem: Deny 2 - Di ajak terang maksud dan fahaman hudud, bukan kelulusan hudud)

6. Kita juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa dua golongan yang tidak perlu takut kepada hudud.

Pertama orang bukan Islam kerana PAS hanya akan melaksanakan hudud ini kepada orang Islam di Kelantan sahaja. Ini telah ditegaskan oeh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Yang kedua adalah orang yang tidak mempunyai niat untuk melakukan jenayah hudud, kerana hudud adalah hukuman bagi para penjenah berat sahaja.
(HHalem: Deny 3 – Kebolehpercayaan boleh dipertikaikan, kerana PAS boleh bertukar prinsip dalam sekelip mata)

7. Bagi masyarakat Islam, hudud adalah hukum dari Allah. Tidak boleh soal, sama ada kita boleh melaksanakannya atau tidak. Apa yang boleh kita bincangkan adalah bagaimana cara untuk melaksanakannya. Sebelum Enakmen Hudud Kelantan diluluskan, ia telah dibincang dan dimaklumkan pada rakyat. Manakala penggubalannya dilakuman oleh para pakar dalam dan luar Kelantan juga dari Universiti tempatan dan luar negara.
(HHalem: Deny 4 – Berapa lama nak bincang cara untuk laksana daaa!)

7. Kerajaan negeri dan PAS Kelantan akan menggerakkan agensi kerajaan dan organ parti bagi menjelas dan meningkatkan kefahaman hudud ini terutamanya kepada masyarakat bukan Islam.

Bagi langkah seterusnya, pada hari Sabtu 8/10/2011 kerajaan negeri menganjurkan Seminar Sehari Keharmonian Masyarakat Majmuk: Pengalaman Kelantan bertempat di PCB Resort, Pantai Cahaya Bulan.

Antara pembentangnya adalah Dr Ann Wang Seng, Cik Kumutha, Dr Wong Chin Huat, Lau Chit Fang, Prof. Viveka Sri A. Rajaretinam, Shah Kirit Kakulal Govindji, YB Dato' Husam musa, YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, saya sendiri dan Wacana Khas bersama YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Borang penyertaan boleh didapati di www.buletin. kelantan.gov.my.

Penyertaan dari masyarakat bukan Islam amatlah dialu-alukan.
(HHalem: Baru sekarang nak buat selepas berkurun!. Kira OK la tu. Jangan lupa orang Dewan)

Terima kasih.

YB Dr Mohamed Fadzli Dato Hassan
Exco Kerajaan Negeri Kelantan
Ketua Penerangan PAS Kelantan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

3 comments:

  1. Tuan HH,
    Setahu kawan le, orang Kelantan ni bermasyarakat majmuk cuma kat kedai Tomyam aje. Lain dari tu, balik le ke puak mereka.

    ReplyDelete
  2. Tuan TIS:-)

    Tuan kena duduk di Kelantan 1 tahun.
    Duduk di Golok 1 tahun.
    Hadyai 5 bulan.

    Semua baik-baik belako.

    ReplyDelete
  3. Apa zalimnya UMNO ? Cakap jangan ikut sedap mulut. Berapa banyak tanah pusaka mak bapak hangpa yang dah kena rampas.

    Berapa ramai anak bini hampa yang jadi janda kerana laki mereka kena bunuh.

    Berapa ramai anak betina hangpa yang jadi gundik orang UMNO.

    Berapa ramai orang PAS dah mati kebuloq kerana tak makan.

    Berapa ramai anak PAS yang tak ada pelajaran tak pernah sampai ke Universiti.

    Berapa ramai orang PAS hanya bercawat, berceramah siang malam.

    Berapa ramai orang-orang PAS yang telah mempunyai rumah besar di Putra Jaya dan kereta mewah yang menjalar di Lebuh Raya dan Jambatan Pulau Pinang sekarang.

    Kalau buat fitnah dan dusta sejak azali lagi cara orang PAS.

    Sanggupkah hangpa muntah kedarah sekiranya apa yang hangpa masukkan kedalam temolok hangpa itu datang dari duit haram kerajaan UMNO/BN.

    Hangpa manusia yang tak pernah bersyukur. Hangpa penghasut orang-orang kampung dan orang-orang yang perlu bimbingan ilmu yang munafaat kejalan kejahatan.

    Hangpa tak dapat menghasut orang yang boleh berfikir kerana hangpa tau apa yang hangpa buat itu adalah fitnah semata-mata.

    Hangpa perbodohkan orang kampung dengan dakyaah yang berbelit-belit.

    Hangpa keluarkan fatwa-fatwa yang merapu hanya untuk perbetulkan segala tindakan songsang hangpa.

    Dari Negara Islan ke Negara Kebajikan kemudian nak kembali semula ke Negara Islam.

    Hangpa yang merapu dalam Perjuangan nak salahkan UMNO kunun UMNO lebih kafir dari kafir.

    Kalau hangpa Islam sangat kenapa sudah lebih dari 20 tahun Tok Guru hangpa perintah Kelantan Daulah Islamiah masih belum berdiri.

    Bila tak boleh, salahkan UMNO dan kerajaan Pusat tak sokong. Masalahnya negara Islam macam mana hang hangpa nak.

    Bentang secara terperinci dari setiap sudut dan aspek. Nak pinjam duit bank pun kena buat kertas kerja, itu pun belum lulus. Kena buat semula baru dipertimbang dan dibincangkan utuk kelulusan.

    Jangan main cakap saja ditambah pulak dengan juak-juak yang tak tahu apa benda yang dicakap. Berkokok di warung dan kedai kopi seolah-olahnya mereka lah perjuang Islam yang cukup hebat !

    Berjuanglah seperti mana Ibrahim Libya. Sekurang-kurangnya bila terkorban Mat Sabu boleh adakan Tabung Jihad Tok Guru. Ini barulah Ngam.

    Terlalu sangat menuduh orang lain zalim. Selama ini kamu mezalimi diri kamu dan kumpulan kamu sendiri kerana fitnah yang tak berhenti-henti

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive