Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

11/10/2011

Prof Aziz Bari Berjaya Membuktikan Khalid Gagap Gagal Memerintah Selangor Dengan Mengheret Baginda Sultan.


Oleh: HHalem.

1- Kegagalan MB Khalid Ibrahim memerintah Selangor dengan pelbagai kemelut kucar kacir yang melanda dengan tidak henti-henti telah diakui sendiri oleh Anwar dan ini menyebabkan Khalid hampir-hampi dibuang, disini>. Walaubagaimana pun Anwar terpaksa akur dan terpaksa menyokong Khalid Ibrahim kerana PRU 13 sudah teramat hampir.

Khalid bukan sahaja setakat gagal memerintah kerajaan Selangor, malah beliau juga turut gagal memerintah Cabang PKR Kuala Selangor dimana telah terjadi huru-hara dan kacau bilau, disini>

2- Susulan itu pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari telah membidas tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana menyelesaikan isu berhubung pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, dimana ia telah gagal diselesaikan oleh Khalid sendiri. Aziz menyatakan ia bukan tindakan yang lazim oleh seseorang Sultan.

Beliau mengkritik dan mempersoalkan bahawa sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC – adakah benar-benar mengikut ajaran Islam”

“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim”

"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,”
-      Sms Aziz Bari ke Malaysiakini.
Khalid berjaya diberi image baru oleh Faekah Husin

3- Sekali lagi Prof Aziz membuktikan kepada kita bahawa perkara-perkara yang ganjil yang berlaku sekarang adalah dibawah pemerintahan Khalid Ibrahim sahaja.

Sebelum ini, dibawah pemerintahan Menteri Besar dari Umno ia tidak pernah berlaku, “lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim”

Hanya dibawah MB Khalid sahaja yang berlaku. Apa kan tidaknya, Khalid asyik-asyik melepaskan tanggungjawab kepada Baginda Sultan sahaja. Sehinggakan keputusan hukumnya pun dibaca oleh Baginda Sultan. Begitu tidak mampu sekali dan ‘play-safe’ nya Khalid didalam pentadbiran.

Betapa bodohnya sang Prof Aziz Bari apabila meluah keheranan beliau bahawa sebelum ini, “pihak istana tidak campurtangan,” langsung. Tidak nampak kah beliau bahawa semua ini hanya berlaku dibawah Khalid Ibrahim yang amat lemah.

Khalid memang tidak layak menjadi MB seperti yang di luahkan oleh ahli-ahli Parlimen PKR sendiri, ahli-ahli Cabang PKR Kuala Selangor dan akhir sekali beliau telah mengheret Banginda Sultan ke dalam kacah politik negara.

Adakah semua ini berlaku didalam pemerintahan MB dari Umno sebelum ini?

Khalid patut dipecat segera kerana boleh mencetuskan konflik istana dengan rakyat.

4- Diwaktu yang sama Aziz Bari sependapat dengan biskop Katolik Paul Tan Chee bahawa “jika tiada bukti”, maka kes berkenaan perlu ditutup.

“Di bawah undang-undang atau sistem undang-undang mana-mana sekalipun, jika tiada bukti, kes ditutup. Tohmahan dan dakwaan lanjut dan sebagainya, mesti dielakkan, khususnya di negara seperti Malaysia,”

Sekali lagi Aziz Bari menghina tindakan Jais dan keputusan Baginda Sultan yang mengarahkan 12 individu Islam terbabit supaya diberi kaunseling pemulihan terhadap aqidah dan kepercayaan Agama Islam.

Aziz Bari tidak dapat membezakan ucapan perkataan Baginda bahawa, “bukti  tidak mencukupi” dengan perkataan beliau sendiri iaitu “jika tiada bukti”.

Prof Aziz Bari bukan sahaja berjaya membuktikan bahawa Khalid Ibrahim menimbulkan banyak masalah semenjak memerintah Selangor berbanding dengan MB Umno sebelum ini, malah beliau tidak langsung memahami teks ucapan> Baginda Sultan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

3 comments:

  1. Pakar perLEMBAGAan....hantu raya. Kejap menjelma kat Kelantan, kejap kat Selangor, kejap kat Penang, kejap kat Kedah.

    ReplyDelete
  2. ..pakar perlembagaan konon..baca perlembagaan, kemudian buat tafsiran pandai2 sendiri. Bob Lokman dan Akil Hai Hai pun pandai. Sepatutnya sebagai MB, Khalid yg akan bercakap bagi pihak Sultan. Kalau tidak buat Sultan lantik MB. Yang menjadi persoalan di Selangor ialah MB telah dilantik oleh DAP, kemudian baru endos untuk sah jawatan MB. Sepatutnya MB membantu Sultan untuk Islam, tapi si Khalid ni cenderong jaga agama bos dia dari DAP.

    Sultan sepatutnya NYAH saja si prof kangkong ni dari negeri Selangor atau haram dari masuk negeri Selangor..

    Exco Kangkang

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya dalam kes isu murtad di gereja itu bukannya tidak ada kes tetapi Sultan yg bijaksana tu telah ambil jalan tengah untuk menjaga hubungan baik yg harmoni dikalangan rakyat baginda dgn tidak menyalahkan pihak gereja secara terang2.

    Tapi sayang si Prof Melayu Banggang dan si Bishop Katolik tu melenting dan naik meroyan tak tentu pasal. Kalau rasa sudah hebat sangat, tidak usahlah tinggal di Selangor. Pergi cari kenegeri yg mana ada Sultan yg boleh beri kebebasan mutlak kepada mereka. Pergiiiiii !!!!

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive