Oleh: HHalem.
1- Ahli Parlimen veteran (T-Rex !) Tengku Razaleigh Hamzah mempertahankan peranan beliau dalam klip video “Undilah” dengan menegaskan beliau hanya membawa mesej yang menggalakkan rakyat agar mendaftar untuk mengundi semasa pilihan raya.
Ini adalah komen pertama Razaleigh terhadap kritikan yang dilemparkan kepada beliau. Beliau muncul di peringkat awal rakaman secara berasingan tanpa kehadiran mana-mana peserta lain dan ketika itu beliau tidak tahu siapa lagi yang akan menjayakannya.

“Bagus. Tetapi jika mereka yang berkuasa mahu mengharamkan maka teruskan..Saya hanya meminta orang ramai agar mendaftar untuk mengundi Sebenarnya ramai orang Melayu masih belum mendaftar” - Razaleigh dipetik MInsider semasa Parlimen >.
Pandangan Peminat Politik
2- Yang menjadi kehairanan nya apabila Ku Li menyatakan beliau, “tidak tidak tahu siapa lagi yang akan menjayakan” didalam rancangan berikutnya.
Ku Li ni pun satu hal ! Beliau sanggup mengambil risiko yang tinggi dengan menyerah bulat-bulat kepada si pembuat video tersebut, katanya Namawee, untuk urusan mengedit seterusnya untuk diedarkan kedalam pasaran.

Jikalau tiba-tiba ada dipasaran “Video Seks KuLi” hasil usaha entah siapa, mungkin kaum kerabat Namawee, mahu nya gelabah beruk se Malaysia. Tidak panjang akal juga Ku Li ni !
3- Menglibatkan diri beliau dengan nama yang tidak berapa elok dipasaran seperti Namawee memang mencari nahas politik namanya.
Ku Li buat-buat tak tahu bahawa menglibatkan diri dengan Nurul Izzah dan Khalid Samad didalam video tersebut memang sah menjahanamkan image beliau. Mungkin beliau akan kata ‘saya tak tau pa-pa’ seperti kata MB Azizan Kedah.
Kita tahu Ku Li memang ketagih untuk meninggalkan kenangan sejarah didalam bentuk ucapan tahunan atau seruan keramat, tetapi beliau tersilap langkah dan tidak berhati-hati. Seperti mana beliau telah meninggalkan sejarah didalam kes BMf scandal dan pengharaman Umno. Rakyat tidak akan maafkan beliau. Terkini beliau mengepalai third-force yang menghasut dan melemahkan pentadbiran DS Najib.
Patut sekali video tersebut diharamkan oleh Tok Rais Jelebu. Kita sokong penuh Tok Rais didalam hal ini.
Pandangan Peminat Seni
4- Jika ditolak sebelah muka Nurul dan Khalid Samad, tune dan rentak ‘Undilah’ memamg catchy dan seronok di dengar.
Muzik baik ini sepatutnya tidak di kaitkan dengan ahli politik yang disampahi masyarakat.
Tuan HH,
ReplyDeleteNi semua pasal publisiti dan glamour murahan. Orang politik ramai yang suka.
Tuan TIS:-)
ReplyDeletePilihan raya dah dekat.
Cari publisiti, murah-murah, free.