Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

02/11/2011

Kerajaan Sementara: Malaysia Tidak Ada Pemerintah. Apa Motif YB Kamal?


Oleh: HHalem.

1- Pada mesyuarat kedua ‘Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya’ semalam, seorang daripada ahli Jawatankuasa iaitu Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor P. Kamalanathan telah mencadangkan, “supaya sebuah kerajaan sementara yang berkecuali ditubuhkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum sehingga penubuhan Kabinet baru dibentuk selepas pilihanraya”- http://www.pkamalanathan.com/ >

Sekali baca kita tertanya-tanya, betul kah ini cadangan dari YB Kamal kerana beliau adalah dari BN. Adakah cadangan beliau telah diiktiraf oleh big boss ? Boleh kah dibuat kerajaan sementara?
Adakah ini bermakna Malaysia tidak akan ada pemerintah (kerajaan) selepas Parlimen dibubarkan?

Jika selama ini memang sudah ada caretaker government, kenapa pulak YB Kamal nak cadangkan lagi?

Apakah motif YB Kamal, kerana perkara ini pernah dicadangkan oleh Lim Kit Siang pada 2008? Malah ia pernah menjadi kes mahkamah. Ada kah beliau ingin menjadi hero kepada DAP?

Boleh kah kerajaan sementara, bukan sahaja dilihat, malah berlaku adil dan berkecuali?

Jom kita tengok kes mahkamah yang lepas-lepas untuk mencari jawapan kepada persoalan diatas. Bagi ahli-ahli fikir yang sukakan ilmu, petikan dari kes PRU12 tahun 2008 oleh Utusan dibawah mungkin boleh membantu. 

..........................................
Kuasa Kerajaan Sementara
07/02/2008


PADA tahun 1970-an, sifat dan elemen kerajaan sementara (caretaker government) dipersoalkan oleh satu pihak di mahkamah.

Ketika itu, tindakan menteri berkenaan, Tengku Razaleigh Hamzah dipersoalkan kerana mengumumkan satu bantuan untuk rakyat semasa Parlimen telah dibubarkan untuk menghadapi pilihan raya umum.

Keputusan mahkamah bagaimanapun akhirnya memutuskan bahawa kerajaan sementara masih berhak memberikan bantuan kepada rakyat semasa tempoh Parlimen bubar asalkan ia tidak melibatkan kepentingan peribadi calon pilihan raya.

“Dengan ini juga bermakna semua menteri dan timbalan menteri semasa tempoh kerajaan sementara masih boleh menggunakan peruntukan untuk rakyat”

“Antaranya seperti memberi bantuan kewangan untuk membaiki jambatan usang, baik pulih sekolah daif dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir, cuma asalkan jangan dikaitkan dengan ‘undilah saya’,”
-    kata pakar Perlembagaan Persekutuan, DS Dr. Rais Yatim kepada Utusan Malaysia.

Menurut Rais, fungsi kerajaan sementara berlaku selepas Parlimen dibubarkan yang urusan itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong serta diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Maka, apa yang wujud dalam struktur kerajaan ialah kerajaan sementara yang semata-mata mentadbir negara mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Namun ia bukan bermakna kerajaan sebelumnya tidak berkuasa. Cuma, yang lupus hanyalah amalan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Juga hak lupus yang kerajaan sebelumnya tidak boleh laksanakan ialah meluluskan peruntukan undang-undang dan dasar baru menerusi kuasa Parlimen.

“Peruntukan undang-undang menerusi Parlimen baru tidak boleh dibuat. Namun begitu, kuasa-kuasa di bawah semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen sebelum bubar boleh dilaksanakan terus oleh kerajaan sementara,” kata Rais.

Isnin lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia bagi menuntut perisytiharan agar kerajaan sementara mengambil alih kerajaan dalam tempoh antara tarikh pembubaran Parlimen sehingga penubuhan Kabinet baru selepas pilihan raya.

Kit Siang turut menuntut perisytiharan bahawa dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara itu hanya melaksanakan pentadbiran harian kerajaan tanpa apa-apa kuasa berhubung dasar kebangsaan, peruntukan kewangan awam atau penggunaan kemudahan-kemudahan awam semasa kempen pilihan raya umum nanti.

Mengulas lanjut, Rais berkata, satu lagi aspek kerajaan sementara ialah ia membawa pengertian mengambil alih kerja-kerja pentadbiran. Ia selaras dengan amalan berkerajaan dunia dan Komanwel semasa Parlimen dibubarkan sehingga Dewan Parlimen baru diwujudkan semula, maka kerajaan sementara itu hendaklah secara berhati-hati menjalankan tugasnya. Ini bermakna secara minimum kerajaan sementara menyudahkan sahaja kerja-kerja pentadbiran yang dilaksanakan.

Namun, kata beliau, sekiranya muncul sebarang peristiwa yang memerlukan tindakan tegas misalnya yang menghendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang, maka perkara itu masih boleh diteruskan oleh kerajaan sementara. Ia bukan bermakna kuasa itu dihentikan.

“Hakikatnya dalam semua amalan Komanwel yang berasaskan undang-undang Common Law dan amalan berkerajaan berparlimen dunia, Malaysia sebenarnya telah lama menghormati amalan itu sejak merdeka,” kata Rais.

Dalam aspek ini, kata beliau, jika Perdana Menteri berdepan dengan sesuatu darurat, beliau sebenarnya masih boleh menggunakan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong sewajarnya serta melaksanakan apa juga tugas sedia ada di bawah undang-undang.

“Antaranya, Perdana Menteri masih boleh memberi arahan sedia ada, cuma untuk memperkenalkan undang-undang yang memerlukan kelulusan Parlimen sahaja tidak boleh,” katanya.

Rais bagaimanapun mengakui Perlembagaan Malaysia tidak memperuntukkan kewujudan sifat kerajaan sementara. Ini kerana ia merupakan satu Konvensyen Berparlimen yang telah menjadi amalan dan adat negara-negara di dunia.

“Masih boleh pihak tertentu mempertikaikan kewujudan kerajaan sementara ini, namun konvensyen berkerajaan dunia ini menjadi terasnya (untuk dikekalkan),” kata beliau.

Dalam hal ini, umum tentunya masih mengingati pertikaian mengenai sifat kerajaan sementara ini yang pernah menarik perhatian ramai pada persidangan Dewan Rakyat 1999 selepas Barisan Nasional (BN) meraih semula majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 29 November tahun tersebut.

Ini berlaku setelah Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan notis memanggil mesyuarat pada 13 Disember tahun itu iaitu dua hari sebelum Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) membentuk kabinet.

Semasa itu, kesemua 43 ahli Parlimen pembangkang yang hadir bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai membantah notis mesyuarat tersebut kerana mendakwa ia dikeluarkan secara tidak sah kerana ketika itu Kabinet baru belum dibentuk.

Namun, beberapa pengamal undang-undang berpendapat keputusan kerajaan memanggil persidangan Dewan Rakyat sebelum pembentukan Kabinet itu tidak melanggar aturan urusan mesyuarat atau mencabuli Perlembagaan negara.

Tindakan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan notis memanggil mesyuarat Parlimen, menurut mereka, adalah perkara biasa, yang boleh dilakukan oleh Perdana Menteri mewujudkan sebuah kerajaan sementara.

Penulis undang-undang, Salleh Buang semasa memberikan komennya ketika itu berkata, lazimnya bagi sebuah negara demokrasi, Yang di-Pertuan Agong perlu mendapat nasihat daripada pengerusi Kabinet atau menteri Kabinet sebelum mengeluarkan notis memanggil sidang Parlimen.

Beliau menekankan, fakta kewujudan kerajaan sementara tidak boleh diabaikan begitu sahaja seolah-olah tidak ada kerajaan langsung dari tempoh pembubaran Parlimen sehingga Kabinet baru ditubuhkan.

Sebagai perbandingan, Salleh menarik perhatian kes yang berlaku di India apabila kerajaan sementara di New Delhi berjalan selama enam bulan.

Jadi dalam kes Malaysia, keadaannya adalah ‘lebih bagus’ kerana tempoh kerajaan sementara adalah singkat sahaja.

Apa pun, Rais menarik perhatian parti-parti pembangkang di negara ini pernah mempersoalkan kewujudan kerajaan sementara ini tetapi ia tidak memberi sebarang kesan.

Konsep kerajaan sementara ini secara umumnya dipraktikkan di semua negara Komanwel dan Amerika Syarikat.

“Negara-negara yang mempraktikkan undang-undang sivil seperti Eropah amat mengagumi dan menghormati sifat kerajaan sementara ini dengan tidak mengaitkannya dengan sebarang kepentingan politik dan peribadi,” kata Rais.

Oleh: Zulkifli Jalil 
Utusan
Comments / Pandangan Melalui Facebook

4 comments:

  1. SEKARANG BANYAK ORANG MELAYU SENDIRI YANG MEMBANGSATKAN KAUM NYA SENDIRI... TU YANG BANGSA LAIN YANG MENDATANG DAN PENDATANG MACAM CINA SOHAI LANCAU DAN PARIA HINDU TAK SEGAN SILU MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA MEMANG BANGSAT DAN MAHU TENGOK MELAYU NAK KATA APA?

    ReplyDelete
  2. Memang melayu bangsat yang tak sedar di PERBODOHKAN oleh PENDATANG Cina dan India...PAS dan PKR yang mempunyai ketua bangsat.

    ReplyDelete
  3. Memang melayu bangsat yang tak sedar di PERBODOHKAN oleh PENDATANG Cina dan India...PAS dan PKR yang mempunyai ketua bangsat.

    ReplyDelete
  4. Macam-macam ada, semua hendak dilihat sebagai Hero serta popular, pada hal Negara kita telah Merdeka 54 tahun & dlm. tempoh tersebut telah banyak kali pilihanraya Umum telah kita tempuhi, tanpa kerajaan sementara tidak ada apa2 pun berlaku semasa parlimen dibubarkan sehinggalah dewan parlimen diujudkan semula, bagi aku puak yang membangkitkan perkara ini seperti lebih sudu daripada bubur.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive