Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

22/12/2011

“Bukan Salah Ibu Mengandung”...Pengesahan Shahrizat Memohon Meletak Jawatan Dan Mengaku Tewas.


Oleh: HHalem.

1- Shahrizat kini sudah kepenatan dan cukup letih dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, selaku Pengerusi Eksekutifnya apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Sekarang mari kita lihat kenapa dan mengapa dikatakan DS Shahrizat telah memohon meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?

Jika tidak meletak jawatan pun, Shahrizat tentu ingin bertanya khabar samada beliau calon-yang-boleh-menang atau tidak.

Tetapi bagi Najib sekarang, keutamaannya, adakah Sahahrizat akan tewas dimana-mana sahaja kerusi jika dipertandingkan pada PRU13 kali ini. Ini lah yang paling diutamakan bagi Najib sekarang.  

Dilema Najib pula ialah Shahrizat bukan calang-calang orang kerana beliau  adalah Ketua Wanita BN dan UMNO dan tidak sesiapa pun mahu sayap kiri Umno patah terkulai. Najib betul-betul pening kerana risikonya tinggi.

Di rasakan kesudahannya sekali Shahrizat akan muncul dengan senyuman dalam tangisan kerana permohonan beliau untuk meletak jawatan di tolak oleh Najib.

Berbalik kepada isu kenapa dikatakan Shahrizat telah memohon meletakan jawatan. Ikuti alasan-alasan dibawah.


2- Pertama sekali, DS Najib Tun Razak menafikan beliau menerima surat peletakan jawatan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila ditanya mengenai desas-desus bahawa Shahrizat telah mengemukakan surat perletakan jawatan.

"Tidak, saya tidak terima surat itu, tetapi saya akan komen bila sampai masanya,"
-      Najib selepas melancarkan Pelan Induk Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baharu Rabu 22-12-11.

Berdasarkan rekod yang lepas-lepas kenyataan Najib seperti, ‘tidak, saya tidak terima surat’; membawa maksud bahawa beliau belum lagi membaca surat tersebut, samada surat telah berada diatas meja beliau tetapi belum disentuh atas alasan Najib sebuk kehulu ke hilir atau pun beliau betul-betul belum menerima surat tersebut kerana ia masih berada ditangan pegawai-pegawai beliau.

Apabila Najib menambah bahawa, ‘saya akan komen bila sampai masanya’, ia membawa erti surat tersebut memang telah ada dan menunggu masa beliau membuat komen sahaja.

Penulis pernah mendengar unkapan yang sama oleh Najib di kes yang berlainan dan ia akhirnya berkesudahan membawa kepada keputusan negatif.

3- Keduanya, Shahrizat semasa di Majlis Karisma bersama pertubuhan sukarelawan, naik angin kepada rakan sejawat Barisan kerana mengesa beliau berhenti segera kerana telah menyusahkan Kerajaan Barisan akibat suami Shahrizat yang buat pekak-badak mengenai isu NFC.

"Tidak perlu sesiapa gesa saya. Saya tahu apa yang perlu dibuat,"

Gesaan oleh rakan sejawat menampakan Shahrizat benar-benar tension dan berada didalam keadaan dilema. Sedikit gesaan atau tolakan sahaja lagi dari rakan-rakan akan membuat Shahrizat terus tumbang. Shahrizat betul-betul berjuang sendirian kali ini kerana Khairy Jamaluddin sudah lari kerana takut terpalit taik-lembu dan langkah kurang bijak beliau sebelum ini. Suami beliau pula, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, buat pekak-badak dan lembik.

Di antara perkara yang membuat Shahrizat tergugat ialah gesaan meletak jawatan dari rakan-rakan selain dari balaci-balaci Anwar dari Pakatan Rakyat:-
a- Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin,
b- Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh,
c- Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun,
d- Ayahanda Tun Mahathir yang mahu Shahrizat ukur baju di badan sendiri >
e- Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menuduh bahawa sikap berdiam diri Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.

4- Ketiganya, Shahrizat akur dan tahu apa yang perlu dilakukan beliau.

“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib,”

Kenyataan Shahrizat di atas mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat kepada Najib, setidak-tidaknya untuk berbincang apa yang perlu dilakukan oleh beliau yang sudah terjebak dan tersepit dengan “Lembah Daging”.

Susulan selepas perjumpaan dengan Najib akan menentukan samada Sahahrizat masih mampu tersenyum lebar dengan alasan khidmat beliau masih diperlukan lagi atau surat perletakan jawatan beliau akan diterima.

5- Keempatnya, untuk mengesahkan Shahrizat telah tewas dan keletihan, sila lihat kenyataan garang beliau sebelum ini iaitu, "daripada segi undang-undang dan profesional, saya tiada kena mengena dengan kes NFC"

Memang Shahrizat betul dengan statement di atas. Tetapi sekarang bandingkan kenyataan terkini Shahrizat;

“Saya hanya isteri kepada Pengerusi NFC. Semua wanita ada keluarga dan suami,”.

Jika dengan kenyataan, ‘bukan salah ibu mengandung’ dan ‘aku hanya isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak’, maka ia memperkukuhkan lagi bahawa Shahrizat sudah tewas.

Pekak-Badak Dan Lembik


Sumber utama statement Shahrizat dari Bernama.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

7 comments:

  1. Sekarang giliran Bung dan Syed untuk meletakkan jawatan. Jangan melalak sampai 50mega decibel lagaknya. SiPudin tu pun mesti letak jawatan juga.

    ReplyDelete
  2. Kak Ijat xboleh pentingkan diri sendiri, xpasal2 isu keluarganya & lembu2 peliharaan mereka menjadi beban buat BN. Apa dia igt dgn isu besar begini dan persepsi rakyat terhadapnya dia boleh menang pilihanraya? Penyokong kerajaan pun agak kurang selesa dgn isu lembu kondo kak Ijat ni, agak2 org ats pagar mcm mana?
    Dulu xda isu pun kak Ijat boleh tergolek....jgn berangan la utk PU akan dtg.
    Najib tu mmg jenis play safe (lembik), dia xkn pecat/suruh sesiapa berhenti, tp kalo ada harga diri & sygkn parti kak Ijat kna letak jawatan!

    ReplyDelete
  3. Isu ni melibatkan suami beliau. memang akan tempias kpd beliau. Apa nak buat. Kalau Sharizat bersih dan bagus tapi suami beliau telah mencemarkan nama baik Sharizat. Ini lah kebodohan suami beliau yg tidak fikir panjang yg menyusahkan Sharizat, PM dan UMNO serta Wanita UMNO.
    Suami beliau ni memang terlalu bodoh dan tamak sbb duit pemberian utk NFC sudah menyeleweng penggunaannya seperti beli kondo di sini dan Singapura. Guna duit itu utk ke umrah sekeluarga. Suami beliau jiga tidak mengambil pakar2 utk mengendalikan projek NFC tu dgn byk lembu impot mati dan tidak dpt mencapai target ikut kertas kerja projek.
    Kalau di luar negara, isteri sedemikian akan ceraikan suami bodoh tapi dalam Islam susah sikit dan kalau ke pejabat agama pun biasanya isteri terpaksa mengalah.
    Dalam semua itu pun sekurang2nya Sharizat sepatutnya ambil tau urusan suami beliau sebab kedudukan beliau dalam arena politik. Sharizat sepatut tegur suami beliau jika ada perbuatan penyelewengan dan apa2 perbuatan yg akan bakal mengugat kedudukan beliau. Tapi kita pun tahu kalau suami dah bangang dan ego susah nak di tegur dan tak akan dgr kata2 Sharizat.
    Apa pun nasi dah jadi bubur dan Sharizat yg tak bersalah terpaksa terima hakikatnya bahawa karier beliau dalam politk dah tamat sebab perbuatan suami beliau.
    Nasihat saya buat bakal wanita yg nak kahwin pilih lah suami dgn baik. Lelaki ramai tapi suami susah di cari. Ni lah padahnya kalau suami kayu. Kesian juga Sharizat seperti isteri Anwar Ibrahim juga. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. shahrizat kalau berenti pun bukan susah macam orang kg,nelayan,pemotong getah,peniaga pasar malam,pekerja kelang,derebar lori.buruh kasar,.

    pencen pun dapat .jaminan nak hidup terjamin.Yang penting kalau sayang BN dan UMNO buat lah demi kebaikan umno.


    ini adalah pengajaran pada semua yg nak tawar dan gila nak jadi
    i pemimpin.waspadalah dan amanahlah.

    apa nak buat.sudah takdir.rezeki takat itu sahaja.
    soal pemimpin ini patah tumbuh hilang berganti.

    ReplyDelete
  5. Pakcu Rantau Panjang22/12/2011, 18:20

    Salam buat tuan.

    Tahun 2011 menunjukkan perubahan besar kepada orang ternama dalam karier politik dan akademik..contoh terdekat Kak Ijat dan Aziz Bari. Mungkin juga pada Tahun 2012 nanti masih ada yang menunggu untuk tersingkir dari raking di atas....

    Apa pun itulah realiti kehidupan ...ibarat roda kata P.Ramlee jadi ..ingat-ingatlah bahawa dunia ini cubaaaaaan........

    ReplyDelete
  6. Elok lah dia belah, penyakit kuku & mulut yang dibawa olih lembunya telah merebak keseluruh perusuk Malaysia, Doktor2 dari UMNO ramai yang mengesyorkan agar lembu2 tersebut dibunuh & tuanya dikenakan tindakan, sebab didapati membela lembu2 tersebut secara tidak sah (Meragukan)jika tidak diambil tindakan, dikhuatiri Kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang akan menerima musibah yang besar, disebabkan penyakit tersebut.

    ReplyDelete
  7. Semoga DS Shahrizat sedar.....Ramai lagi dalam UMNO yang tak sedar dan ada yang tak akan pernah sedar.....Saya suka lagu Kini Baru ku Sedar...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive