Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

07/03/2012

Ku Li Akan Di Tendang Dari Gua Musang. Krisis Lagi.


Oleh: HHalem.

......AntaraPos...
...start...
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dinasihatkan berundur secara terhormat kerana dilihat sebagai barah’ dalam Umno kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu.

Nasihat itu disuarakan oleh 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam.

Mesyruarat berkenaan dipengerusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus dan turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda.


Kebanyakan mereka menyuarakan sudah sampai masanya bagi pemimpin paling lama berkhidmat di Parlimen Gua Musang itu bersara daripada parti dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda sebagai usaha mentransformasikan perjuangan parti berkenaan di peringkat bahagian terbabit.

Keputusan itu juga dibuat bagi mengelakkan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang telah memimpin Umno Bahagian Gua Musang lebih daripaa 37 tahun itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ab Wahab berkata, Tengku Razaleigh semakin hilang pengaruhnya yang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di bahagian itu apabila tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan parti Umno serta BN.

Beliau berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.

“Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar," ujarnya.

“Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia,” katanya lagi.

Sementara itu, AJK Umno bahagian, Ab Aziz Mohamad, pula berkata, Tengku Razaleigh juga sejak kebelakangan ini berjuang lebih mementingkan peribadinya yang ingin merebut jawatan pemimpin tertinggi kerajaan dan Umno.

Beliau berkata, pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutang, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan.

“Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa,” katanya.

Ketua Umno Cawangan Kampung Panggong Lalat, Ab Karim Mat Diah berkata, mungkin Tengku Razaleigh yang terlalu ghairah kemenangannya selama ini disebabkan rakyat memujanya.

“Sekarang bukan lagi untuk kita memuja atau menyanjung tinggi pemimpin tersebut berikutan dia langsung tidak menghomrmati pemimpin lain di peringkat tertinggi hingga kerap kali menteri yang datang ke kawasan ini tidak menyambut bersama,” katanya.

...end...

HHalem
Sekali baca berita nampak jelas yang Ku Li mempunyai masalah dan krisis kepercayaan oleh pemimpin Umno di peringkat akar umbi.

Jika pengaruh pemimpin bawahan ini kuat dan tersebar dengan luas, besar kemungkinan Ku Li akan ditendang dari Gua Musang secara paksaan.

Pembaca andaikan sendiri, samaada mereka-mereka di bawah adalah akar umbi atau tidak. Adakah pengaruh mereka-mereka ini tidak akan merebak keserata pelusuk kampong Gua Musang dan membuat orang-orang kampong membenci Ku Li.

Mesyruarat Tergempar di anggotai:-
a-Pengerusi nya Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus.
b-Tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang,
c-Enam Ketua Cawangan,
d-Wakil Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar)
e-Wakil Felda.

Sekurang-kurangnya berita panas mereka ini akan berkocak sampai ke Putrajaya dan DS Najib mungkin akan membuat penilain semula mengenai  keputusan kritiria calon-boleh-menang di Gua Musang.

Lebih molek jika diwaktu yang sama Ku Li menghadapi krisis di Istana untuk membantu menjatuhkan beliau terus dari Gua Musang.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

5 comments:

  1. Dah tua berundur lah jangan nak menongkat langit?

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Bukanlah nak mengata... tapi itulah kenyataannya.. Yang masih memegang jawatan, mereka tak akan mudah melepaskan jawatan walaupun cara bercakap pun dah melawan arus... Beliau tidak perlu terasa megah kerana dah jadi wakil rakyat terlalu lama... Bak kata orang jasa baik kita akan dikenang walaupun kita tidak berjawatan. Mungkin sokongan orang sekeliling beliau yang menyebabkan beliau begitu liat untuk berundur... Apa pun lebih baik beliau berundur dari ditolak ke longkang.. Zaman lagenda orang istana dah berlalu pun...

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk rakyat di Gua Musang yang sudi untuk berubah dari Kuda tua yang dah tak leh lari ni kepada kuda yang boleh dipacu laju...Buat Ku Li, jangan lah rasa diri tu kebal kerana tidak diambil sebarang tindakan oleh lembaga dispilin UMNO. Namun, kena jaga la juga parti dan ahli-ahli yang selama ini setia kepada anda dan buat keje untuk anda. Zaman anda dah berlalu wahai KU Li , cuba la beri laluan kepada calon lain yang begitu ramai di Gua Musang tu yang lebih baik dari anda. Nak kata anda disokong pihak istana Kelantan pun tidak, dan anda juga telah dibuang seperti sampah oleh pihak istana. Maka tak de gunanya simpan orang seprti Ku Li ni. Buat rosakkan nama UMNO dan juga menyusahkan lagi jentera UMNO dibawah sana untuk berjuang demi UMNO. Jasa Ku Li ya tetap dikenang kerana beliau juga lah yang telah menjatuhkan UMNO ditangan PAS selama 20 tahun ketika beliau mengetuai S46 dulu di Kelantan... Maka cukup-cukup lah Ku Li oiiii.

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    Pengkritik-pengkritik Kuli tu nobodylah dalam politik Gua Musang. Tak payah nak cerita politik peringkat negeri. Kumpulkan kesemua mereka, jika dibandingkan dengan Kuli, hujung taik kuku Kuli pun xsama.

    2. Depa ni buatlah demonstrasi besar-besaran menuntut Kuli jangan bertanding kat Gua Musang kalau berani. Lagi elok jika mereka menuntut najib buang Kuli dari UMNO Baru kalau benar anak jantan. Kita lihat berapa kerap yang berani.

    3. Kuli tidak mempunyai apa-apa yang perlu dipertahankan. Kalau tak dicalunkan UMNO, bermakna kerusi parlimen Gua Musang akan menjadi milik PAS. sanggupkah najib kehilangan 1 kerusi parlimen.

    Jika tidak dicalunkan oleh UMNO sekalipun, Kuli tidak perlu menjadi calun bebas to proof a point. Dia biarkan kerusi tersebut jatuh ketangan pembangkang je. Kuli tidak perlu merendahkan martabat sebagai anak raja melawan dengan nobody.

    ReplyDelete
  5. Mungkin Kuli menyesal kerana membubarkan partinya sendiri, Semangat 46, itu hari. Mungkin Kuli menyesal kerana tidak menyertai Anwar Ibrahim lebih awal... Generasi Kuli dalam UMNO pun dah lama bersara/berundur.. Kuli sudah tidak relevan lagi bagi politik Malaysia...

    NAMUN BEGITU.., dalam konteks politik tempatan di Gua Musang, Kuli tetap utuh. Melainkan Kuli sendiri berundur dan bersara dari politik, TIADA siapa pun yang boleh mengalahkan Kuli dalam apa2 pilihanraya di Parlimen Gua Musang sekarang ini. Waima bertanding sebagai calun Bebas sekalipun, adalah dipercayai, Kuli akan menang.., baik lawan BN atau PR, atau dua2 sekali. Agaknya, selagi umur Kuli masih ada, sukar untuk mengalahkan Kuli d Gua Musang.

    Kekuatan Kuli hanya setakat itu sahaja. Setakat Gua Musang sahaja. Andai dia bertanding d Parlimen Kota Bharu, misalnya, dia TIDAK boleh mendabik dada. Usahkan untuk negara Malaysia, rasanya, sokongan rakyat Kelantan amnya kepada Kuli sudah lama pudar. Orang/pengundi muda tidak kenal siapa itu Kuli.

    Saya berpendapat, ulasannya mengenai royalti minyak tidak lebih dari meraih sokongan pengundi2 muda untuk tertanya2.., ; siapa itu Tg Razaleigh Hamzah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive