Oleh: HHalem.
“Beberapa cabang PKR lain khususnya di Selangor dipercayai akan membuat desakan sama (supaya Azmin meletak jawatan), jika Azmin mengambil sikap terus berdiam diri, termasuk mana-mana pimpinan tertinggi yang turut diserang berhubung kredibiliti dan integriti mereka, termasuk soal moral Anwar”
“Sebelum kami beramai-ramai bertindak keluar parti, kami minta beliau terlebih dahulu meninggalkan parti,’’ - Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi.
Azmin Ali didesak keluar parti ?? Apa semua ini ??
Ikuti cerita dibawah yang dipetik dari MyNewsHub.
Ikuti cerita dibawah yang dipetik dari MyNewsHub.
...start...
Ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dilihat semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu apabila buat pertama kali dan secara terbuka, mereka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke atas beliau.
Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di sini hari ini turut meminta Timbalan Presiden itu menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan termasuk soal pemilikan saham dan hubungan isterinya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas beliau, Azmin digesa meninggalkan PKR jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik parti.
“Kami yakin Azmin tidak akan membisu dan berdiam diri jika tidak bersalah”
“Azmin perlu tampil menjawab segala tuduhan jijik yang dilemparkan secara berani dan ikhlas sekali gus mengambil tindakan undang- undang terhadap mereka yang membuat tuduhan itu demi meyakinkan ahli dan rakyat,’’ katanya.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Naib Ketua PKR Ampang, H.M Tan bersama 10 ahli jawatankuasa yang mewakili ratusan ahli cabang parti itu.
Azmin sebelum ini dicabar oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali supaya membuat penjelasan terhadap lima perkara termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isterinya, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.
Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an adalah tidak benar.
Selain itu, Azmin juga perlu menafikan tuduhan yang dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk `Tuhan, Politik dan Seks’ yang diterbitkan pada tahun 2010 termasuk cabaran penulis-penulis blog untuk menentukan kesahihan nasab biologi seorang lagi ahli keluarga beliau.
Namun sehingga kini, Azmin masih enggan membuka mulut kecuali dakwaan pemilikan saham beliau dan isterinya apabila menyifatkan usaha mengaitkan perkara itu dengannya sebagai fitnah.
Bagaimanapun semalam, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari yang merupakan individu bertanggungjawab melaporkan pembelian dan pemilikan saham berkenaan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu tampil mendedahkan bukti-bukti sahih sebagaimana yang diminta Azmin.
Tidak cukup dengan kenyataan balas Anuar itu, tekanan dalaman yang diterima Azmin hari ini lebih membuatkan beliau `tidak senang duduk’.
Jelas Mohd. Isa, beliau dan ahli-ahli parti lain terpanggil membuat desakan tersebut ekoran sikap Ketuanya, Zuraida Kamaruddin merangkap Ketua Wanita PKR yang memberi amaran supaya tidak `sibuk’ mencampuri urusan pimpinan atasan parti apabila diminta
memberikan penjelasan.
Bimbang dengan jawapan Zuraida itu, katanya, pakatan pembangkang berkemungkinan besar akan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang jika tiada penjelasan konkrit daripada Azmin atau mana-mana pimpinan tertinggi parti.
“Beberapa cabang PKR lain khususnya di Selangor dipercayai akan membuat desakan sama jika Azmin mengambil sikap terus berdiam diri termasuk mana-mana pimpinan tertinggi yang turut diserang berhubung kredibiliti dan integriti mereka termasuk soal moral Anwar.
“Sebelum kami beramai-ramai bertindak keluar parti, kami minta beliau terlebih dahulu meninggalkan parti,’’ katanya.
...end..MyNewsHub>
....Bukti-bukti dibawah dari AidcNews>....
ini semue keja UMNO. mamat tu semue dah dibayar UMNO. Mana mungkin pejuang totok PKR berkata bergitu....hheheheheh jawapan skima nak lepas tengkok
ReplyDeleteBanjirr kat klang salahkan umno...rumah urut salahkan umno, azmin terima rasuah, hujan lebat pun salahkan umno.....pelik betulaa....korang ni
ReplyDelete