Oleh: HHalem.
“Malah dalam angka 1,000 orang ini (yang mengundi) juga termasuk pengundi hantu”
"Bukankah ini menunjukkan amalan hipokrasi"
"Amalan kebiasaan kata Ambiga, amalan kebiasaan untuk ada pengundi hantu, amalan kebiasaan untuk mana-mana ahli masuk kedalam mesyuarat tanpa pengesahan kad pengenalan, amalan kebiasaan untuk mengundi dengan cara angkat tangan, amalan kebiasaan hanya enam orang ditugaskan untuk mengira undi ribuan yang hadir"
...KLPos...
Ahli Majlis Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendedahkan amalan menyokong usul, resolusi dan undi dalam badan professional itu tidak mengikut peruntukan Seksyen 65(4A) Akta Profesion Undang-Undang 1976.
Beliau berkata demikian setelah menghadiri Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) Majlis Peguam dan mendapati amalan dan praktis dalam mendapatkan satu keputusan terhadap resolusi badan guaman itu tidak melambangkan tahap profesionalisme, ketelusan, keadilan dan integriti yang sepatutnya.
Sebelum itu, Khairul Azam dikatakan akan memfailkan saman terhadap Majlis Peguam bagi memohon deklarasi bahawa EGM badan guaman itu sebagai tidak sah dan terbatal turut memberi gambaran sebenar apa yang berlaku sewaktu proses pengundian sesuatu resolusi dijalankan.
"Tidak ada sebarang tindakan tersusun yang dilakukan untuk mengesahkan mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut”
"Terlalu mudah untuk mengundi pada mesyuarat itu. Saya hanya perlu memberikan nombor keahlian badan guaman itu. Tidak ada sebarang pemeriksaan dan semakan terhadap kad pengenalan untuk mengesahkan keahlian mereka yang hadir," kata Khairul Azam.
Beliau turut bertanya kepada Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang mengumumkan kehadiran 1,270 orang pada mesyuarat tersebut agar membuat kiraan semula dan pengesahan ahli majlis yang sebenar kerana mendapati pelatih dalam kamar, wartawan dan kumpulan yang tidak diketahui status kelayakan mereka turut menyokong usul mengecam tindakan pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0.
"Apabila saya menimbulkan isu tersebut sewaktu majlis sedang berlangsung, saya telah diejek dan menerima provokasi seolah-olah saya telah melakukan kesilapan," katanya.
"Saya berasa pelik kerana presiden badan guaman itu berkata ia adalah amalan kebiasaan setiap kali mesyuarat diadakan. Saya terpanggil untuk melakukan sesuatu terhadap prosedur dan amalan tidak profesional ini”
Sebelum itu, Mesyuarat Agung Luarbiasa tersebut dengan 939 undi telah menyokong resolusi mengecam tindakan pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0.
"Saya juga berkesempatan berjumpa dengan bekas presiden dan Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga yang hadir dan bertanyakan apakah ini merupakan amalan biasa yang dilakukan setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luarbiasa diadakan," kata Khairul Azam.
"Saya terkejut dengan pengakuan Ambiga bahawa tatacara yang dilakukan setiap kali mesyuarat badan guaman itu adalah sesuatu amalan yang biasa dan normal," tambah Khairul Azam.
"Amalan kebiasaan kata Ambiga, amalan kebiasaan untuk ada pengundi hantu, amalan kebiasaan untuk mana-mana ahli masuk kedalam mesyuarat tanpa pengesahan kad pengenalan, amalan kebiasaan untuk mengundi dengan cara angkat tangan, amalan kebiasaan hanya enam orang ditugaskan untuk mengira undi ribuan yang hadir," kata Khairul Azam dengan nada yang kesal.
Beliau yang kecewa dengan penjelasan tersebut turut mempertikaikan tindakan selaku Ambiga Pengerusi Bersih 3.0 yang menempelak Suruhanjaya Pilihanraya dan kerajaan tidak melakukan sesuatu terhadap isu pengundi hantu, namun berdiam diri dan mengakui sudah menjadi amalan kebiasaan dalam mana-mana mesyuarat Majlis Peguam untuk tidak melakukan sesuatu terhadap pengundi hantu.
"Bukankah ini menunjukkan amalan hipokrasi," tanya Khairul Azam.
"Ada 14,100 ahli yang berdaftar dengan Majlis Peguam dan mereka yang hadir dalam mesyuarat ini tidak sampai 1,000 orang. Malah dalam angka 1,000 orang ini juga termasuk pengundi hantu," kata beliau.
"Majoriti ahli yang berdaftar tidak hadir pada Mesyuarat Agung Luarbiasa kerana mereka ini protes dengan tindakan segelintir pihak.”
"Majoriti ahli berdaftar sebenarnya mempertikaikan mengapa Majlis Peguam terlalu sibuk memperjuangkan isu-isu luaran, isu politik sedangkan isu dalaman yang melibatkan kebajikan ahli, sistem kehakiman negara, sistem e-filing dan sebagainya yang melibatkan profesion guaman itu sendiri langung tidak diperjuangkan badan tersebut," kata Khairul Azam.
"Dimanakah letaknya integriti dan profesionalisme badan guaman ini," kata Khairul Azam dengan nada kecewa.
.........................
Sebelum itu, Majlis Peguam turut menerima tamparan apabila seorang peguam, Ranjit Singh Dhillon, dari J Kaur, Ranjit & Associates mempertikaikan badan professional guaman itu yang didakwa menyembunyikan fakta bahawa peserta perhimpunan Bersih 3.0 telah memasuki kawasan larangan justeru melanggar perintah mahkamah.
Ranjit turut mempersoalkan sikap dan tindakan Presiden Majlis Peguam itu yang dilihat seolah-olah mewakili pemimpin dan parti-parti pembangkang, dan tidak lagi dilihat sebagai sebuah badan profesional yang bebas dan non partisan.
Beliau yang kesal menyatakan mukasurat 26 laporan awal badan itu menyebut peserta perhimpunan BERSIH 3.0 telah melakukan provokasi terhadap pihak polis, sekaligus membidas Lim Chee Wee yang membisu mengapa tidak disebutkan siapa sebenarnya yang mencetuskan keganasan pada perhimpunan itu.
"Adakah kita layak digelar professional, adakah kita layak bergelar peguam," kata Ranjit.
Peguam itu turut mendakwa pihak polis tidak melakukan apa-apa terhadap perusuh setelah mereka merempuh hadangan sejauh 50 meter sehingga menyebabkan ketegangan dan harta awam dirosakkan.
"Apa yang anda jangka pihak berkuasa akan lakukan setelah perusuh memasuki kawasan larangan," soal Ranjit.
Beliau turut melontarkan soalan kepada presiden badan itu.
"Adakah kita yang bernaung dibawah badan guaman ini secara jujur mahu mengakui memang terdapat mereka yang mengambil kesempatan atas kejadian tersebut?”
macam mana ni, orang yang duk sibuk perjuangkan undi bersih sendiri tidak jujur, cerita sebiji macam parti keadilan rakyat masa dorang buat agm dorang, semua laporan terhadap pemimpin anugerah tuhan dan sekutu nya di pejam mata dan juga laporan ketelusan undian juga di pejam mata,macam mana orang yang tak mampu mengawal parti sendiri mampu memperjuangkan hak rakyat?
ReplyDeletedari segi mana dorang ni berjuang ni?
i called the vote to question this bar council out of 14k membership the 1 that came is 1k and within that 1k membership there is no genuine way to proof that there are actually a registered and true member of bar council, YET they talk about integrity and transparency.
ReplyDeletethis is weird dont tell us that all the lawyer is to busy to came down for their EGM
Tubuhkan segera BADAN GUAMAN NEGARA segera menggantikan Majlis Peguam yg berat sebelah dan nyata tidak telus dan bersifat neutral.
ReplyDeleteklo mcm tu sila bersihkan senarai nama peguam 'hantu' dalam keahlian majlis peguam sendiri dahulu..
ReplyDelete