Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

02/05/2012

Azmin Cemas Dengan Video Oral. Kenyataan Terbuka Azmin.


Oleh: HHalem.

Penafian demi penafian video/cctv perbuatan sumbang oleh Anwar sebelum ini telah menjadi trend. Anwar telah setkan trend bahawa hanya dengan penafian akan menyelamatkan diri dari sebarang pertuduhan dan malah ia membawa kesan positif dan amat baik kepada diri beliau. Lebih-lebih lagi ia mendapat sokongan dan kenyataan dari ‘alim ulama” Pok Nick dan Hadi Awang untuk menyelamatkan keadaan. Semuanya kan beres.

Begitu juga kali ini, Azmin Ali telah membuat penafian ulangtayang yang sama terhadap Video clip beliau yang tersebar luas. Beliau boleh tersenyum lebar dan rasa selamat jika Pok Nick dan Hadi Awang sekali lagi dapat membantu beliau dengan penyataan “video itu besi”.

Adakah Pok Nick dan Hadi Awang mahu membantu Azmin Ali yang dianggap kerdil berbanding Anwar didalam Pakatan?

Mungkin Pok Nick dan Hadi tidak mahu masuk campur kali ini, risau segala ulat didalam serban mereka akan terdedah. Azmin pula semakin cemas kerana isu ini akan dapat bertahan(sustained) dan berterusan sehingga PRU13.

Anda tidak perlu risau, jika video/cctv anda tersebar luas. Penafian seperti Anwar dan Azmin sudah memadai untuk menyelamatkan keadaan. Teringat penulis kepada seorang artis perempuan yang sebiji meniru style Anwar untuk menutup malu beliau. 

Baca Penafian Azmin Ali dibawah.

...start of statement..


Saya mengecam sekeras – kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro Umno. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut.  Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk  Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru- baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.

Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga.

“The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”

Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang – ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.

Munculnya fitnah ini tatkala Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan Bersih adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan Umno supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Saya akan terus bersama – sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana Perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN.

...end of statement...

Comments / Pandangan Melalui Facebook

8 comments:

  1. KALAU TAK BENAR DAN FITNAH BOLEH SAMAN....KALAU TAK BUAT NAK TAKUT APA. TAPI KALAU TAK SAMAN ORANG BOLEH BUAT KONKLUSI SENDIRI LAH....LU BOLEH FIKIR SENDIRILAH SAUDARA AZMIN...LAGI HENTIKAN GUNA MODUS OPERANDI TUAN HANG MR ANWAR TU....TAK ADA MODAL KAH DARI NAFI...NAFI..NAFI.

    ReplyDelete
  2. UNTUK PENGETAHUAN HANG (AZMIN) STOCK PENGAMPUNAN NIK AZIZ DAN HAJI HADI DAH HAMPIR HABIS DAN KERING, JADI APA KATA HANG PI MINTA KAT MUSTAFA ALI DAN TUAN IBRAHIM PULAK, STOK MEREKA MASIH BANYAK LAGI, HE HE HE.

    ReplyDelete
  3. mana tak cemas...

    abis sedap malu dilemparkan kepada umno la...

    dah jenis manusia pakatan rakyat...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  4. Apalah nak dirisaukan. Pork Nick akan bela pemimpin2 macam ini dan tuduh ini semua fitnah Umno.Yg penting PR mesti rampas Putrajaya walaupun Agama Islam terpaksa dilacurkan

    ReplyDelete
  5. manusia x berhak menjatuhkan hukum, bila tuan punya badan dah menafikan, kita sebagai manusia, kene percaya lah, bila kita masih lagi bercakap dan menuduh 'dia', bermaksud kita dah memfitnah 'dia' sama ada dlm sedar atau pOn tak, teruk nye 'kite' sebagai pemfitnah... 'Dia' buat atau x, itu urusan 'dia' dengan Allah, setakat mane yg kite tahu, kite diamkan lah, bukan ke Org yg menjaga dan menutup aib Org, Allah akn menutup aib dia di akhirat kelak?? AllahuRabbi... YB Azmin, sabar lah, kalO itu hanya Fitnah, percaya lah, Empunya Dunia dan Semesta Alam ni sangat Maha Agung, mungkin ini dugaan untuk YB, Allah kan bersama Orang2 yg bersabar...:) Fitnah Dajjal tu luas skOp nye... kadang2 pemikiran yg kOtOr dan hati yg hitam juga bOleh menjadi faktOr kepada penyumbang kemenangan Dajjal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tuan punye badan tahap sial, belajor la terima keredhaannye..ini bru sikit di dunia bro..akhirat kelak, sendiri mau ingat la..sementara tu teruskanla kedurjanaan tu, enjoy dgn wang ringgit haram tu, purak purandakan bangsa sendiri..silap2 anak bini sendiri yg akan kena bahana dulu..insaflah...bodoh sungguh penyokong pkr dan pas ni...

      Delete
  6. Kalau pemimpin UMNO yang buat Hang senarai kan lah nama depa ........kami ni nak jugak tengok brapa guni.nak nafi apa lagi, lain kali jangan pakai baju sama..pee auta rakyat dan pee menutuh.

    ReplyDelete
  7. Atas keredaan Allah swt jua maka aib si Azmin dibuka kepada umat manusia. Tapi bila kamu kata bila tuan punya badan menafikankan dan kita kena percaya aku rasa nak muntah. Sebab bila perkara sama menimpa pemimpin UMNO bukan main lagi kamu dan yang lain jatuhkan hukuman kat diorang walaupun diorang menafikan....hipokrit sungguh sikap kamu puak Pakatan Haram.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive