Oleh: HHalem.
Di petik dari HarakahDaily :-
Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu tiga barang miliknya telah diambil pihak Polis Johor semalam.
Ianya sebuah komputer pejabat, komputer riba dan telefon bimbit yang diambil dalam tiga operasi geledah di tiga tempat berlainan.
Komputer pejabat diambil sewaktu polis menggeledah di Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang semalam.
Komputer riba pula dihantar oleh anaknya semalam selepas polis menggeledah kediamannya di Sungai Rokam, manakala telefon bimbit dirampas malam tadi ketika beliau berada di sebuah hotel di ibu negara sempena menghadiri sidang parlimen.
"Malam tadi kira-kira jam 9 malam, enam orang polis datang dengan waran mahkamah majistret untuk menggeledah di hotel tempat saya menginap”
"Mereka juga mengambil telefon bimbit Nokia yang saya guna," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika ditemui Harakahdaily.
Menurut Nizar, operasi menggeledah dihotel tersebut malam tadi tamat kira-kira jam 11 malam dan beliau memberi kerjasama penuh kepada polis tersebut.
Semalam polis Johor menggeledah tiga pejabat operasi Nizar masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang.
Difahamkan Operasi yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi semalam itu dibuat di:-
a- Pejabat Pas Negeri, Ipoh.
b- Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan
c- Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.
Tindakan sama turut dibuat ke atas kediaman beliau di Sungai Rokam.
Bagaimanapun ketika operasi penggeledahan, Nizar tiada di kesemua tempat itu kerana masih berada di ibu negara bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Beliau hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, di sini.
Tindakan geledah itu dipercayai ada kaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.
"Untuk sekarang ini saya akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada peguam-peguam PAS sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.
HHalem:-
Dengan HarakahDaily, lidah rasmi PAS, pembaca-pembaca terutama sekali penganut-penganut PAS yang bijak pandai harus membacanya dengan teliti kerana Harakah memang terkenal dengan fikiran-celaru-yang-tidak-menentu seperti juga pemimpin PAS.
Contoh di atas:-
1- Di tulis, “Komputer pejabat, komputer riba dan telefon bimbit yang diambil dalam tiga operasi geledah di tiga tempat berlainan”, kemudian tiba-tiba telepon bimbit dirampas pula.
2- Lokasi pula disebut tiga, tetapi nampak macam 4 lokasi termasuk rumah Nizar.
Memang HarakahDaily> tidak boleh dibuat rujukan langsung.
Memang HarakahDaily> tidak boleh dibuat rujukan langsung.
Pemimpin keparat dan para malaun yang terang terang rembat dan mentekedarah duit rakyat dan khazanah negara dibiar bebas berleluasa. Tapi pemimpin seperti Nizar yang tidak pernah dibuktikan merasuah dan membaham harta rakyat dan negara diperlakukan oleh pihak berkuasa bagaikan seekur binatang yang hina. Hanya kerana teguran umum sebagai peringatan sesama manusia, dia diserang dan ditekan sedemikian rupa.
ReplyDeleteInikah Malaysia yang dikatakan maju?. Inikah bentuk keadilan dibawah pentadbiran UMNO BN?. UMNO dan pimpinan tertinggi negara sekarang harus dipersalahkan dan tidak layak diberi mandat lagi oleh rakyat. Tanpa menjatuhkan regim keparat yang berkuasa sekarang, selamanya kebaikan dan perjuangan murni rakyat akan terus dilihat sebagai penderhakaan dan anasir jahat.
Di era UMNO BN sekarang, yang putih dihitamkan mereka, yang murni digelapkan dan dikotorkan mereka. Sedangkan kebejatan serta amalan keji mereka digambarkan pula sebagai baik dan mulia. Kalau ini pun rakyat Malaysia gagal melihatnya, Malaysia pastu berundur ke belakang, ke zaman feudal dimana yang lemah akan dimagsakan selamanya. Inikah ajaran Islam puak UMNO BN???.
Cuma sayangnya..blogger Halem ini turut merelakan dirinya diperbodohkan atas sebab yang dia sendiri maklum.
aku tinggal di kg baru MELAYU diLekir Perak .. kenapa hak milik tanah aku cuma 99 tahun ?? kenapa kg baru CINA (diulang... CINA) hak milik 999 TAHUN ?? siapa menteri BESOR Perak masa tu ???... ko tau ???
Deletemmg la aku takkan hidup 99 tahun lagi ... tapi anak cucu aku nak tinggal kat mana lepas 99 tahun nanti ... bawah jambatan?
ko dah sampai Pasir Panjang Manjung ?? sebelum sampai ko nampak apa ? papan tanda MASJID BARU atau TOKONG CINA ?? ko tau besar mana TOKONG tu ..besar jamban ?? mana MASJID baru atau setidaknya SURAU baru ? ada ??
tunggu PRU13 ni ... tak dapat orang ..kertas undi pun aku sanggup LUDAH
sesia undi aku dulu ... HAMPEH !
No plat AGS10 dan Toyota Camry tu pakai duit sapa? Duit ceramah ke? Duit derma rakyat2 ke? Pi mana Toyota Camry tu?
ReplyDeleteSembah derhaka telah dilapas.oprasi polis kenapa dipertikai?
ReplyDeleteBunuh orang lebih ringan ke berbanding ucapan komen umum si Nizar tu?. Kenapa diam dengan kes komisyen Scorpene dan kematian Altantuya?. Bukankah isu berkenaan telah menjadi kes mahkamah di Perancis ( bukannya dihebohkan oleh tulisan blogger2 picisan )?. Kenapa UMNO BN dan pemimpinnya serta penyokong langsung tidak memberi komen walhal itu isu besar yang menjejaskan PM Malaysia..membabitkan jutaan RM serta nyawa warga asing.
ReplyDeleteLogik akal apa tindakan pemerintah ini?. Cuma mereka yang buta hati serta perasaan saja gagal untuk membezakan kebenaran dan fakta sebenar. Agaknya kalau yang kena bunuh tu melibatkan anak sendiri atau saudara mara mereka, baru tahu tinggi rendahnya langit. Jangan bermegah sangat hanya kerana anda boleh lagi menyuap nasi dan berpakaian sampai melupakan pihak yang sepatutnya dibela hak mereka.
nampak sangat ko ni baru beranak semalam ...
ReplyDeleteorang dah sampai ke isu RM3.8 billion komision beli sub yang Najib dapat la yop..
duit songlap RM3 billion Anwar punya ko tak kecuh ke ...?
Dinar emas Hussam ko tak kisah ke ...?
video xxx Nurul Izzah ko tak nak tengok ke ............... aku nak