Oleh: HHalem.
Sama-sama ada bukti kukuh.
Datuk Akhbar Ali - Setiausaha Kerja, Badan Perhubungan Umno Melaka.
Semalam kita mendengar rintihan sebelah pihak sahaja bagaimana blogger Ahmad Faisal Mohd Yunos yang menuntut tunggakan bayaran gaji tertungak sebanyak RM24,370.00 dari Pejabat Perhubungan Umno Melaka.
Ahmad Faisal adalah bekas Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka dan juga bekas Pegawai Khas Blog Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang menceritakan kisah beliau di sini> dan di sini>.
Bab majikan tidak membayar gaji pekerja ini memang kita simpati, tidak kira ia majikan dari parti Umno, Pkr atau Pas.
Walaubagaimana pun, hari ini kita mendapat penjelasan penuh dari Setiausaha Kerja, Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali.
Satu langkah yang positif dari Pejabat Badan Perhubungan Umno Melaka kerana tidak berlenggah membuang masa dan menceritakan perkara sebenar supaya ia tidak menimbulkan persepsi negative terhadap Umno Melaka.
Ikuti cerita Datuk khbar Ali kepada Sinar Harian dibawah.
Datuk Akhbar Ali memaklumkan Ahmad Faisal sudah menandatangani sendiri surat tanda persetujuan, bertarikh 20 Disember 2011, yang Pejabat Umno Melaka telah membayar tunggakan gaji kepada beliau, dan berapa lagi jumlah baki sebenarnya. Bukti-bukti dokumen tersimpan di Pejabat.
“Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330”
“Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi,"
"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai,”
Sementara itu, Akbar berkata, Pejabat Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.
Bagaimanapun, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.
“Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan”
“Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya,” .
Bagaimanapun, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.
“Kalau benar dia sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?"
Selepas ini kita lihat apa lagi dolak dalih blogger Ahmad Faisal yang mahukan peralatan pejabat tersebut ditolak susut nilai seperti yang dibuat oleh system accounting yang lengkap. Setakat dan sejauh mana kah Ahmad Faisal mahu membawa perkara ini ketengah.?
Bagi Pejabat Umno pula, dirasakan perkara ini tidak boleh lagi “dianggap selesai dan tiada isu” setelah Ahmad Faisal tidak berpuas hati dan membangkitkan isu ini semula.
Tu lah tabiat blogger-blogger upahan UMNO. Selagi boleh tipu, tipu lah. Sindrom UMNO dah melekat bila lama sangat mendampinginya.
ReplyDelete