Oleh: HHalem.
Wan Azizah bagaikan di ulek mayang. Di ulek kiri-kanan, depan belakang.
Terbuang ke hulu ke hilir.
Semalam kita lihat bagaimana Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi pelbagai halangan dan banyaknya songeh kepada Wan Azizah, Presiden PKR, jika Wan Azizah mahu bertanding di kawasan DUN Selangor pada PRU!13 nanti. (di sini>)
Hari ini PKR Pulau Pinang pula mencadangkan Wan Azizah bertanding di kerusi DUN Pulau Pinang. Berkemungkinan besar Wan Azizah boleh dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 sekiranya menang keusi DUN.
“Setakat ini PKR negeri belum pernah membincangkan tentang perkara ini namun sekiranya ada peluang dan mengambil kira tiada calon lain yang ternama yang sesuai apa salahnya kita berikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepadanya bagi mewakili PKR,” - Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Md Ghazali pada Sinar Harian.
Peluang Wan Azizah di Pulau Pinang adalah lebih cerah memandangkan Pulau Pinang tidak akan begitu mudah tumbang ke tangan Umno-BN. Berbanding di Selangor kerana negeri Selangor bagaikan nyawa dihujung tanduk dan bila-bila masa akan jatuh ke tangan Umno-BN kembali.
Jika Wan Azizah bertanding di Selangor dan Pakatan Rakyat menang sekali pun, Wan Azizah akan bermusuhan dan bercakaran dengan Azmin Ali yang inginkan kuasa mutlak di Selangor.
Wan Azizah akan lebih berpotensi besar di Pulau Pinang memandangkan beliau pernah menang dan kemudian melepaskan kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.
Sehubungan itu, Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang sudah tentu tidak akan bersetuju memandangkan Wan Azizah berpeluang besar akan menang dan jika dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1, maka kerja-kerja gelap dan penghapusan kuasa Melayu secara sistematik di Pulau Pinang akan terganggu.
Sudah tentu juga program perancangan PAP Singapura untuk menjadi Penang sebagai Mini Singapura juga tergendala. PAP Singapura akan membantah keras kepada DAP. DAP pula akan mengugut dan mengancam Anwar Ibrahim secara halus.
Apa yang Anwar akan lakukan terhadap Wan Azizah?
Mengenali temberang Anwar, beliau akan tunduk pada DAP Komunis kerana ingin menjaga hati DAP kerana akar umbi DAP tertanam kuat di Pulau Pinang.
Anwar akan serba salah dan pening kepala dengan Wan Azizah. Hendak letak Wan Azizah di Pulau Pinang, DAP akan membantah. Hendak letak di Selangor pula, kekasih gelap beliau juga membantah.
Akhirnya Wan Azizah menjadi bola pada Anwar dan akan terpaksa ditendang ke Selangor untuk mencuba nasib dan bergelut dengan Azmin, itu pun jika mereka masih kekal di Selangor selepas PRU13 nanti.
Wan Azizah seperti terbuang dan boleh di ulek oleh Anwar seperti mayang.
No comments:
Post a Comment