Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

14/08/2012

AWAS. Pendaftaran Pelajar UniSEL Pada 27hb. Petua Kerana Anda Mungkin Merempat. Timbangtara Mula Gagal. Injuksi Mahkamah Nampak Malap.


Oleh: HHalem.


Round pertama untuk mencari jalan penyelesaian diantara Universiti Selangor (Unisel) dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) menemui jalan buntu apabila mesyuarat pertama Timbangtara (Arbitration) telah gagal.

Jawatankuasa Timbangtara diwujudkan secara tergesa-gesa untuk menyelesaikan kontroversi Unisel milik kerajaan negeri Selangor dibawah Pembangkang yang tidak membayar berhutang hampir RM15 juta dengan JNSB termasuk gagal menjelaskan bil penyelenggaraan asrama sejak 17 bulan lalu.

Round pertama gagal kerana wakil dari syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) tidak hadir.

Ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang baru saja selesai mempengerusikan jawatankuasa Timbangtara petang tadi.

"Jana Niaga tidak datang, jadi sekarang kita tengah dapatkan penjelasan daripada Jana Niaga," katanya ketika dihubungi Antarapos.>

Nampak benar disini JNSB dipihak yang salah kerana tidak mahu berbincang, tetapi adakah tindakan JNSB yang tidak hadir ini betul dan wajar dari segi perjanjian?

Pekerja UniSEL yang tidak menerima gaji disebabkan JNSB tidak mendapat bayaran bulanan.

Dimanakah silapnya? Apakah alasan JN?


Penyelesaian masalah berbangkit dengan menggunakan kaedah Timbangtara ini bukan boleh ditangkap muat sahaja seperti yang selalu dilakukan oleh Kerajaan Selangor dibawah pentadbiran pembangkang yang dikepalai oleh Khalid Ibrahim.

Soalnya, adakah perlantikan Timbangtara, termaktub didalam perjanjian kontrak konsesi asal diantara UniSEL dan JNSB yang dibuat pada 17 January 2003? Jika Ya, perlantikan nama-nama Timbangtara (individual arbitrator) mesti dipersetujui bersama (mutual consent) diantara kedua-dua belah pihak terlebih dahulu.

Perlantikan Kusrin sendiri umpamanya sebagai Pengerusi mungkin dipersoalkan kerana beliau dilihat bertindak dibawah telunjuk Menteri Besar yang dilihat awal-awal lagi telah berat sebelah dan tidak independent.

Perlukah Timbangtara mengikut garis panduan dan dirujuk terlebih dahulu kepada The Regional Centre for Arbitration Kuala Lumpur? Yang sudah pastinya, proses Timbangtara mesti mengikut procedure Arbitration Act 2005 (Act 646) >

Timbul juga persoalan, JNSB tidak dimaklumkan pada kadar waktu munasabah dialamat pejabat rasmi yang berekod terakhir sekali atau surat tidak berdaftar dihantar tanpa pengesahan penerimaan. Ini akan membuat JNSB tidak berkesempatan mendapatkan wakil mereka. Setakat kerani menalipon memanggil mesyuarat, ia tidak boleh diterima pakai.

Penyelesaian secara Timbangtara bukannya perkara sehari dua boleh dibuat rumusan dan mendapat jalan penyelesaian dengan sekelip mata. Banyak dokumen-dokumen, receipt dan perjanjian yang perlu dikaji oleh kedua-dua belah pihak yang mana kadang-kadangnya berkotak-kotak banyaknya.

Timbangtara memakan masa berminggu-minggu, malah ada yang berbulan-bulan.

Baik, itu hal Timbangtara, bagaimana pula pelajar-pelajar yang diminta datang mendaftar pada 27hb ini oleh pihak pentadbiran UniSEL, iaitu selepas raya. Kesemuanya dikatakan berjumlah 1000 pelajar.


Pemangku Presiden - Profesor Dr Anwar Ahmad
Professor yang mengikut telunjuk Khalid dan lembab.

Soalannya disini, adakah pelajar-pelajar UniSEL akan merempat dan kucar-kacir sekali lagi pada 27hb nanti?

Jika pembukaan asrama pelajar pada 27hb berkait rapat dengan penyelesaian Timbangtara, bermakna pelajar-pelajar sah dan sahih akan merempat sekali lagi.

Tinggal satu sahaja lagi ruang terbuka dan harapan UniSEL.

Adakah janji untuk mendapat injuksi mahkamah untuk membenarkan pelajar memasuki penginapan tanpa persetujuan JNSB akan berhasil?

"Saya dah tulis surat tiga bulan dulu, dan pagi tadi peguam kami telah menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Khusrin) dan (momohon mahkamah mengeluarkan) perintah injuksi membenarkan pelajar memasuki penginapan asrama pada 27 Ogos ini” – kata Pemangku Presiden Unisel, Profesor Dr Anwar Ahmad di petik dari AntaraPos>

Jika injuksi tidak berhasil dan tidak mendapat jawapan didalam dua tiga hari ini, maka sah dan sahih juga pelajar-pelajar akan merempat, memandangkan hari perayaan sudah hampir. Itu sudah diambil kira hari cuti dan hari-hari mabuk ketupat, lemang dan serunding.

Walaupun injuksi mahkamah berjaya sekali pun, siapa kah akan menguruskan pejabat daftar blok asrama memandangkan gaji-gaji kerani tidak dibayar. Adakah staff UniSEL berkemahiran dan akan mengambil alih tugas tanpa staff JNSB?
Adakah pelajar seronok ke hulu ke hilir begini, tanpa kuliah?

Jadi apa harus pelajar lakukan, jika mereka tidak mendapat khabar berita dari pihak pentadbiran UniSEL didalam waktu yang terdekat?

Pelajar-pelajar yang duduk berhampiran boleh lah datang jengok-jengok kampus apa telah jadi pada 27hb nanti dan balik hari ke kampong jika timbul masalah lagi.

Bagi yang duduk jauh-jauh seperti Perlis, Kedah, Johor, Ganu dan Kelantan tentunya problem besar.

Langkah yang paling bijak sekali bagi pelajar ialah dengar dulu khabar berita dari kawan-kawan persekitaran yang datang pada 27hb dan mereka yang jauh-jauh boleh memilih untuk datang kemudian mendaftar pada 28-29-30hb, itu pun jika dibenarkan oleh pihak pentadbiran UniSEL.

Hendak mengharapkan telephone pejabat pentadbiran untuk mendengar dan bertanyakan khabar berita, jangan harap sangat, sebab pada kebiasaannya pada waktu-waktu sesak, samada telephone tidak dijawap lansung atas alasan semua kerani pejabat sebuk atau kakitangan tidak cukup atau masih lagi cuti beraya atau telephone diangkat dari gangang.

Pelajar-pelajar dan ibu bapa akan berbulu dan sakit hati mendengar alasan-alasan standard yang akan diberikan oleh pejabat pentadbiran UniSEL.

Selamat maju jaya kepada semua pelajar UniSEL.

Ingat, UniSEL adalah secara langsung dibawah dasar MB Khalid Ibrahim yang juga mengikut dasar Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive