Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Showing posts with label Bung Mokhtar. Show all posts
Showing posts with label Bung Mokhtar. Show all posts
29/03/2012
16/11/2011
Fidlot: Pak Lah Dan Muhyiddin Membedal Bung Mokhtar Kerana Tidak Boleh Berfikir. Suami Shahrizat Pula Dayus.
Oleh: HHalem.
Bung Mokhtar Fikiran Terganggu.
Kena Bedal Pun Tak Apa, Janji Bahagia.
Bung Mokhtar
1- Semalam kita lihat Bung Moktar melenting kerana isu lembu Feedlot Gemas yang tidak berkesudahan. Apabila Bung Mokhtar bersuara maka ia akan mengambarkan majoriti suara ahli parlimen BN, kerana beliau ialah Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN (BBC-BN). Tugas rumit itu terpaksa diserahkan kepada Bung Mokhtar kerana tidak siapa pun sanggup memikul tanggungjawab tersebut. Lebih-lebih lagi meminta Shahrizat meletakkan jawatan.
"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab”
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan”
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,"
"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," Di sini >
Pak Lah
2- Seolah sedar dan tersentak, Pak Lah terus bersuara dan menjawab supaya suara Bung Mokhtar tidak menjadi bertambah liar dan tidak terkawal. Jarang-jarang sekali Pak Lah bersuara.
Kenapa yang ini Pak Lah yang bersuara?
Atas rasa tanggungjawab Pak Lah terpaksa berbuat demikian kerana dizaman beliau sebagai PM yang merancang dan melulus segala-galanya. Pak Lah seolah-olah rasa bersalah kerana buatan beliau yang meninggalkan beban dan menyusahkan Umno. Ia menampakan satu lagi urusniaga dan perancangan kerajaan yang tidak menjadi dan rosak.
“Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia. Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia”
“Kalau Shahrizat jadi CEO bolehlah tanya, tapi sekarang dia tidak terlibat dan sangat tidak adil melabelkan Shahrizat terlibat ”
– Pak Lah kepada Bung Mokhtar.
Selepas diherdik Bung Mokhtar, baru masing-masing menjawab kerana selama ini pihak pembangkang menyerang bertubi-tubi tanpa henti dan pihak kerajaan hanya memberi defensive yang longgar.
Teguran Pak Lah cukup bermakna kerana suami Shahrizat yang terlibat dan patut bersuara dan menjawap segala tohmahan. Ia memberi gambaran seolah-olah bahawa suami Shahrizat seorang yang cukup dayus.
Muhyiddin Yassin
3- Di hari yang sama Muhyiddin turut membantu Pak Lah untuk membedal Bung Mokhtar kerana meminta ‘orang sendiri’ meletakkan jawatan. TS Muhyiddin Yassin terpaksa berbuat demikian kerana ketika itu beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang terlibat.
Kalau diikutkan Bung Mokhtar habis semua menteri terpalit, bertanggungjawab dan perlu kesemuanya meletakkan jawatan.
“Ini sudah dijawab di Parlimen oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Noh Omar) dan telah dibincang dan diperjelaskan dengan mendalam lebih sejam dan seharusnya disambut dengan baik”
“Sama ada betul..Datuk Bung Moktar dengan sendirinya boleh fikir ”
- Muhyiddin Yassin.
- Muhyiddin Yassin.
Suami Shahrizat sekali lagi ditegur oleh TS Muhyiddin Muhyiddin supaya syarikat yang terlibat datang dengan memberi penjelasan mereka sendiri dalam isu ini.
Yang menjadi sedihnya TS Muhyiddin Yassin cuma berkata, ‘terserah kepada mereka' untuk datang memberi penjelasan atas teguran Ketua Audit Negara. Sepatutnya arahan patut dikeluarkan supaya nama kerajaan BN tidak tercemar.
Bagi suami Shahrizat pula kita pasti bahawa jawapan beliau ialah tidak mahu mencampuri urusan politik dan pertelagahan Pkr-Umno dan masih lagi menunggu-nunggu arahan bertulis dari kerajaan supaya tindakan lanjut dapat diambil mereka.
Masing-masing memberi alasan yang kukuh dan yang pasti ruginya ialah rakyat dan yang teruknya ialah benteng-benteng pertahanan Umno-BN.
Labels:
Bung Mokhtar,
Muhyiddin Yassin,
Pak Lah Badawi
14/11/2011
PANAS Bung Mokhtar: Shahrizat Liabiliti Kepada Umno Dan Mesti Letak Jawatan.
Oleh: HHalem.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan”
Jangan Main Dengan Lembu, Selalu Tinggal Taik-lembu
Jangan Main Dengan Lembu, Selalu Tinggal Taik-lembu
1- Nampak gaya Bung Mokhtar naik semangat muda semula setelah mengalami kekusutan selama ini sehingga lah beliau menceraikan isteri pertama (Nor Asidah Alimuddin) dan kekalkan Datin Zizie Ezette sebagai isteri. Cerita penceraian Bung Mokhtar di sini >
2- Keberangan beliau kembali lantang kedengaran apabila beliau mahu "menteri kabinet" yang terlibat dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.
Bung Moktar melenting ketika anggota parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.
"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab”
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan”
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,"
"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya,"
Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti di petik Mkini.
3- Bung Mokhtar adalah Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN, dan apabila beliau bersuara biasanya akan dipersetujui oleh ahli-ahli BN yang lain.
Jika benar seperti yang dilaporkan, Shahrizat tidak lama lagi akan akur dan letak jawatan.
AMARAN KESIHATAN :
Mkini selalu cucuk sana cucuk sini untuk melaga-lagakan sesiapa sahaja, jadi berhati-hati dan kita tunggu berita yang boleh di konpomkan.
Labels:
Bung Mokhtar,
Shahrizat Jalil
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
-
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
-
Oleh: HHalem. Akibat Juruzon, 16 anak-anak yatim terkorban. Agak memeranjatkan dan tidak terlintas langsung difikiran kita bahawa k...
-
Oleh : HHalem 1- Nik Aziz telah melakukan fitnah besar dan mengaibkan terhadap Tun Mahathir. Seperti kata Nik Aziz sebelum ini, “...
-
Oleh: HHalem. Video Oral sex diantara Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri kepada Azmin Ali PKR, dijangkakan akan mengocangkan...
-
Oleh: HHalem. Bob Lokman Memalukan nama tok-nenek Tok Kenali. Sifat degil yang ditunjukan oleh seorang Pak Jangoat berserban yan...
-
Oleh: HHalem. Hukum Hudud PAS. (Bukan Hukum Hudud Islam) Surat Tun Dr Mahathir bertarikh 15 Julai 1994. Ia diturunkan semu...
-
Oleh: HHalem. Khalid - Permainan silap mata dan percaturan koporate bercampur aduk politik :- Atas nama rakyat dan cubaan menga...
-
Oleh: HHalem. Kamal Hisham - Peguam Khas Istana. Dilantik semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar untuk menguruskan hal-hal Bagin...
-
Oleh : HHalem Ini kah Taming Sari? Keris Taming Sari Dipamerkan Di Galeri Sultan Azlan Shah IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Orang...
-
Oleh: HHalem. Cakap lah apa pun, PAS tetap buat pekak badak. Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria, menyeru dan mengin...





