Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Light and Easy. Show all posts
Showing posts with label Light and Easy. Show all posts

05/02/2012

Video – Acara Mengigit. Gigit Jangan Tak Gigit.


Oleh: HHalem.



416,109,835 click
Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/09/2011

HP & Tabasco:- Restoran Guna Sos Babi


Oleh: HHalem.

Sos HP dan Tabasco Pepper 
mengandungi DNA babi.

SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.

Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.

Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.

Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.

“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.

Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

25/08/2011

Video:- Takbir Raya Awal Di Angkasapuri 22/08/2011

Oleh : HHalem.

Angkasapuri – Rais Yatim 





Comments / Pandangan Melalui Facebook

20/08/2011

Video:- ‘Beruk Kelantan’. ‘Jange Kuat Main Tino’

Oleh : HHalem.






Comments / Pandangan Melalui Facebook

19/08/2011

Saat Cemas Zack Tepak Bersulam. ‘Urat Besar Di Dalam Otak Ibu Pecah’

Oleh : HHalem.


“siap dr jumpa  TB, TB dipaksa buat keputusan, urat besar di dalam otak ibu pecah sikit mengakibatkan ada darah yang keluar, jika tidak di buat pembedahan pada bila bila masa  urat ini boleh membesar dan meletup dan jika ini berlaku adalah terlalu membahaya dan boleh mengaikbatkan kematian.”

Comments / Pandangan Melalui Facebook

17/08/2011

Video:- Buaya Menganas. Putus Tangan.

Oleh : HHalem.






Comments / Pandangan Melalui Facebook

12/08/2011

Kes Bulu SimplySiti. Tidak Semua Produk Ada Sijil Halal Jakim.

Oleh : HHalem.

Sebelum ini berita mengenai berus bulu babi telah digunakan didalam produk SimplySiti heboh di perkatakan di sini>. Ramai yang tertunggu-tunggu apakah berita selanjutnya.

Ekoran dari isu tersebut pihak SimplySiti telah mengirim kenyataan rasmi yang diterima dari Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM Menyatakan :-

...start...

1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.

2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.

3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).

4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhatihati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.

...end...

HHalem –
1- Statement di atas tersebar luas di sawang tetapi punca belum diketemui asalnya.

2- Dari statement item 2, jelas lah sebelum ini memang ada berus bulu babi di kawasan proses dan telah di samak. Memang ujud seperti yang dilapurkan Jakim dan di hebahkan oleh sazuya.blogspot.com (telah tutup) melalui surat photocopy, tetapi perbezaan nya ialah tempat pengunaan berus tersebut tidak diketahui.

3- Memang cukup bagus Internet sekarang kerana boleh melakukan pelbagai pendedahan. Bayangkan tahun-tahun 40an ke 70an, tiada siapa yang akan mengetahui ia nya berlaku. Didalam kes SimplySiti, sesawang internet dedahkan dan anda buktikan anda dipihak yang tidak bersalah. Check and balance.

4- Sekarang kita tunggu lihat Lampiran A seperti item 4. Apa kah produk-produknya yang telah disahkan Halal?

5- Satu lagi penemuan baru iaitu,

“TIDAK SEMUA PRODUK SIMPLYSITI ADA PENGESAHAN HALAL JAKIM”


Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/08/2011

Ketok Ketampi Bogel:- Nude Squat Hemy Hamisa Abu Hassan Saari Bebas Tuduhan Dadah.

Oleh : HHalem.

1- Pertuduhan keatas memiliki dadah paling kontrovasi sekali terpaksa dibatalkan kerana pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen pemilikan dadah berkenaan di dalam kawalan dan penjagaan serta dalam pengetahuan kesemua tertuduh. Mereka terdiri daripada;

a- Hemy Hamisa, 28 
b- Kamarul Hamri  (suami Hemy)
c- Azman Mohd Nor, 32,
d- Salman Al Mujahid, 27 
e- Juan Caesan Mohamad, 32,

"Mahkamah juga berpendapat pegawai penyiasat gagal menjalankan siasatan terperinci terhadap semua tertuduh, termasuk tidak memeriksa Hemy Hamisa ketika serbuan, sekali gus mewujudkan kelompongan," – Hakim Nor Afidah

2- Susulan cerita berasingan daripada diatas , pada 29 Ogos 2006, suri rumah Hemy memfailkan saman dengan menamakan Mohd Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel), yang didakwa membuat rakaman video ketika dia sedang melakukan ketuk ketampi tanpa berpakaian, dan kerajaan selaku responden.

Hemy menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah daripada kerajaan. Beliau berjaya dan kes diselesai di luar mahkamah.

Cerita, video dan gambar lanjut di sini >


Sumber maklumat Berita Harian
Comments / Pandangan Melalui Facebook

08/08/2011

Video:- Pesta Tarian Rancak Oleh Hadi, Karpal, Wan Azizah. Pok Nick Pun Ada.

Oleh : HHalem.




Kawasaki9722 – Disediakan secara cukup professional

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Koleksi Gambar:- Tun Mahathir Dengan Kekasih Si Jantung Hati. Bersuap-suapan Lagi.

Oleh : HHalem.


Aduhaii...Payah Nak Keluaq Keta Ni...Kecik Sangat..

Kain Pelikat Tun Nak Terlondeh

Ni Kalau Jumpa Kat Surau, 
Silap-Silap Sapa Pun Tak Sangka Bekas PM. 

Ayahanda Tun Segak Bergaya. Sempat Control Macho

 Pak Aziz Minta Ampun Dengan Tun

Haaa ! Ini Dia Kekasih Hati Si Ulam Jantung Tun. 
Manis Berseri. Ayu Jelita.

Apa Nak Buat Ni...Orang Semua Dok Tengok

Kita Potong Dulu Kek...Biaq Depa Dok Tengok Puas-Puas

You Suap I Dulu Kot..
Macam Kat University Malaya Singapore Dulu-Dulu

Haaa ! Nga Luas-Luas Tok Wan Hang Ooooi !

You Jangan Tokak/Gigit Jari I Sudah Laa Youuu

Haahh..Dah Tersedak....
Bukan I Tersedak You...I Malu Laaa Yooouuu.

 OK...Giliaq You Pulak..Cepat Sikit..
Dia Dok Nak Ambil Gambar You Tuu.. 

Haaaa... Kalau Bagi Kat Diaa...
Dia Dok Kira Nak Tokak Saja.. 

I Malu Laa Youuu...

Penat Suap-Suapan...Giliran Bercakap Pula..

Siapa Lagi Kalau Tak Bukan Bro Jinggo Kita...
Segak Bersama Tun

Ibrahim..Hang Mai Dekat Sikit..
Tun Bukan Nak Makan Hang..Dia Dah Kenyang.

Giliran Posing Maut..

Thank You To Bro Jinggo..
Without You Blogging Won't Be That Colourfull

Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/08/2011

Video:- Dr Judin Ke CIDB. Kemelut Ketua Pengarah JKR Selesai.

Oleh : HHalem.


Video di atas tidak membawa apa-apa erti yang boleh kita ambil untuk menghentam Pas-Pkr-Dap.

Ia hanya sebagai koleksi penulis kerana apa yang menarik ialah beberapa body guard di belakang Dr Judin penulis kenali secara peribadi.

Haji Samsuddin yang berasal dari JKR Pulau Pinang juga turut hadir. Beliau adalah bekas Jurutera Daerah JKR .

Comments / Pandangan Melalui Facebook

05/08/2011

Ramai Melayu Yang Ambil Tak Kisah & Terkena Pasal Makanan Di Selangor. Satu Pendedahan.

Oleh : HHalem.
JAKIM – Juadah Berbuka Puasa Campur Wain.

SUBANG JAYA: Entah berapa ramai pelanggan yang sudah ‘terkena’ apabila sebuah restoran makanan Barat yang menganjurkan bufet Ramadan mengaku dengan sengaja mencampurkan arak masakan di dalam hidangan yang disajikan kepada orang ramai.

Lebih mengejutkan apabila pemilik restoran turut sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim yang dicetak pada katalog menu bagi meyakinkan pelanggan yang menyangka restoran itu mendapat pentauliahan sijil halal Jakim.

Perbuatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah restoran makanan Barat di Subang Jaya, di sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, pegawai Jakim diketuai Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah memeriksa restoran terbabit yang menganjurkan bufet Ramadan.

Sumber Jakim berkata, restoran terbabit sebelum ini mengundang tanda tanya pegawai Jakim dan KPDNKK berikutan didapati sengaja menjual minuman keras dan wain kepada pelanggan walaupun pada masa sama menganjurkan bufet Ramadan.

“Pemeriksaan lanjut di dapur restoran terbabit menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan chef sebagai bahan dalam masakan”

“Ketika disoal siasat, chef bukan beragama Islam terbabit mengaku mencampurkan wain itu ketika memasak juadah yang disajikan di dalam hidangan bufet Ramadan,” katanya.

Menurutnya, chef terbabit turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.

“Pemilik restoran terbabit tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim tidak akan membenarkan logo itu diguna pakai berikutan restoran terbabit turut menawarkan arak kepada pelanggan”

“Pihak pengurusan restoran terbabit diberikan notis. Berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal jakim, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Difahamkan, operasi terbabit antara puluhan pemeriksaan dan operasi berterusan dilakukan pihak Jakim terhadap hotel dan restoran sekitar ibu negara yang menawarkan bufet Ramadan sejak hari pertama puasa lalu.

      -   Bahagian Hab Halal, Jabatan kemajuan Islam, Malaysia JAKIM
Comments / Pandangan Melalui Facebook

01/08/2011

NeeLofa Di Lamar Khalid. PANAS.

Oleh : HHalem.






Di Lamar Mamat Yang Mana Satu Ni !!

Mamat Khalid Ni Kaa?



Mamat Khalid Ni Kaa?


Atau Mamat Khalid Ni?




Comments / Pandangan Melalui Facebook

29/07/2011

Tok Jib Dalam Sehari Tabor Duit Berbillion Untuk Kedah

Oleh : HHalem.
Tok Jan sambut Tok Jib Di Kedah - Mulia Hati Tok Jan Ni.

1- Tertarik dengan dua pengomen di blog ini. Antara lain kata beliau, DS Najib apa bila datang ke Kedah kelmarin (semalam Khamis) telah menghambur duit seperti biasa kepada sekolah-sekolah China. Tetapi undi dari China belum tentu lagi. Pengomen tersebut amat kecewa kerana  permohonan beliau untuk membeli bot lengkap dengan cagaran bertanah tetapi tidak diluluskan oleh pihak Bank.

2- Seorang lagi pengomen memberi pandangan bahawa Pak Lebai, Tok Imam, Orang Tua-Tua Kedah semuanya baik-baik berlaka dan tidak inginkan huru-hara apabila DS Najib datang ke Kedah. Tetapi yang menjadi dalang huru-hara ialah anak muda yang di mulai oleh AMK Pkr.

3- Mari kita lihat apa yang DS Najib hambor (taborkan wang) kali ini di Kedah.

Pertama Sekali.
RM 1.12 juta kepada pembesaran Masjid Al-Rahmah di Taman Wira Mergong. Rasionalnya di sini ialah kerana disebabkan pertambahan penduduk dan taman persekitaran. Terutama sekali dengan pertambahan Mahasiswa Kolej Insaniah yang terletak di seberang jalan. Ramai tok-tok Arab pergi sembahyang di Masjid Akar Peluru, Jalan Pegawai dan masjid di Jalan Sultanah Bahiyah disebabkan Masjid Al-Rahmah telah menjadi sempit.

Kedua.
RM 1.10 juta kepada 7 sekolah persendirian China.
SMJ(K) Keat Hwa – RM 200, 000.00
SMJ(K) Keat Hwa 1 – RM 100,000.00
SMJ(K) Keat Hwa 2 – RM 100,000.00
SMJ(K) Chio Min – RM 100,000.00
SM(Persendirian) Sin Min Sungai Petani – RM 200,000.00
SM(Persendirian) Sin Min Alor Setar – RM 100,000.00
SMJ(K) Sin Min Sungai Petani – RM 100,000.00

Baru RM 900,000.00, sekolah mana lagi yang tertinggal?
Banyak sangat sekolah Keat Hwa dan Sin Min ni, dah celaru biru.
Ujung-ujung, last-last peruntukan semua tak sampai. 
Lompong masing-masing.
Haii yaa !! Kena tipu lagi.

Sekolah pondok macam mana Tok Jib? Biaq ke depa noo..!!
Sekolah pondok cakap pandai, depa dah tentu undi Pas...!!
Sekolah China ni belum tentu lagikan nak undi BN...!!
Cukup adil dan saksama...!!

Bab bagi duit berlambak-lambak kat sekolah China ni, ini perangai Najib yang tak habis-habis. Dari mana dia belajar teori ni, pun kita tak tau.
Nak kata teori “Blue Ocean Strategy” pun tak pernah jumpa lagi dalam buku.

Majoriti sekolah China persendirian bangunannya lebih besar dan mewah dari sesetengah sekolah kerajaan. Contoh SMK (Persendirian) Sin Min di Taman Berjaya, Superstore Badlishah tu cukup mewah. Lengkap dengan Twinning Program ke New Zealand dan Australia.

Ketiga
RM 2.20 billion untuk MADA (Muda Developent Authority) selama 10 tahun untuk baiki, upgrade infra seperti terusan, jalan bendang dan land acquisition.

Kalau macam ni punya banyak mungkin termasuk baiki Terusan Mat Saman yang cukup daif sekarang. Boleh lebarkan lagi Jalan Alor Setar-Gurun dengan terlurusnya Terusan Mat Saman.

Apa manafat kepada penulis hasil hamboran duit Tok Jib?
Secara langsong, Penulis ada juga bendang/sawah sikit-sikit di Pekan Aloq Setaq.
Hasil jangka panjang, amat tidak terhingga sehingga anak cucu.

Apa pun TQ Tok Jib !!

Comments / Pandangan Melalui Facebook

28/07/2011

Video:- Ketok Ketampi Bogel (Nude Squat). Hemy Hamisa Abu Hasan Saari Seorang Pemilik Dadah.

Oleh : HHalem.
Hemy Hamisa Abu Hasan Saari 
Di Tangkap pada 2005 kerana Trafiking/Miliki Dadah.

1- Pada 29 Ogos 2006 Hemy Hamisa Abu Hasan Saari seorang suri rumah memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel) yang didakwa membuat rakaman itu ketika dia sedang melakukan ketuk-ketampi tanpa berpakaian dan kerajaan selaku responden.

2- Hemy menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250, 000 ganti rugi teladan kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Kes hari ini diselesai di luar mahkamah. Jumlah penyelesaian sebenar daripada RM10juta tidak diketahui.

Video 18 July 2006. Kes 2005

3- Peguam Datuk Baljit Singh Sidhu, yang mewakili Hemy berkata Mahkamah Majistret Petaling Jaya menetapkan 8 Ogos untuk membuat keputusan terhadap Hemy Hamisa yang didakwa memiliki dadah bersama lima orang yang lain.

4- Apa yang penulis sendiri lihat pada clip video live tersebut, Hemy berkali-kali menjeling kearah Konstabel Mohd Dzulfatah seolah-olah Hemy tahu dan menyedari video beliau diambil oleh Mohd Dzulfatah. Ada kah ini menjadi basis kepada penyelesaian di luar mahkamah?


5- Soalan nya sekarang dimanakah Konstabel Mohd Dzulfatah dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap beliau?

6- Ada kah Konstable Mohd Dzulfatah akan hidup bermewah-mewahan selepas kes ini nanti iaitu hasil penat beliau mengambil video hp camera tersebut?

7- Jika pembaca masih ingat, kes ini lah yang dimainkan oleh DAP Lim Kit Siang bagaikan nak rak kerana beliau sangkakan perempuan ini adalah warga China. Selepas di selidiki dan dimaklumkan bahawa perempuan ini adalah rakyat Malaysia, terus Kitsiang berdiam diri.

8- Kes ini juga mempamirkan bagaimana kita lihat Noh Omar terpaksa meminta maaf secara terbuka setelah menyeru kepada sesiapa yang tidak suka kepada undang-undang Malaysia, dipersilakan balik ke negara China. Semuanya berlaku di zaman Pak Lah, The Slumberjack.

9- Apa pun kita lihat kes penyeludupan/miliki dadah Hemy pada 8 Ogos nanti dan kesudahan hidup Konstabel yang mengambil video tersebut, samada bermewahan atau tidak. 

Comments / Pandangan Melalui Facebook

25/07/2011

Video Musafir Jalanan:- Bersih 'Bukan Manusia Lagi Dah - Macam Tu Ker Manusia Temadun'

Oleh : HHalem.
Hiasan


Suapan dari Kulaan Niring
Comments / Pandangan Melalui Facebook

24/07/2011

Video:- Antara Sampah Dan Lagu.

Oleh : HHalem.

Karen Carpenter - Top Of The World - 1972




Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/07/2011

Percuma. Ambiga Kasi Doktor Kehormat Percuma.

Oleh : HHalem.



Oleh itu penulis (HHalem) dengan ini mendedikasikan segala ijazah-ijazah berikut kepunyaan peribadi kepada hero Patriot yang dikepalai oleh  KJ dek kerana keberanian mereka menentang Bersih 2.0.

Oleh kerana keberanian Patriot, pihak polis terpaksa mengerahkan sumber tenaga dan sumber Black Maria yang sepatutnya digunakan dan dikerahkan  di tempat lain untuk menghancurkan Rusuhan Bersih. Tahniah kerana berjaya mengelirukan pihak lawan.

Ijazah Berikut Di Dedikasikan Kepada Hero KJ dan Patriot.
1- Ijazah Kejuruteraan Kehormat dari University of Pekan Rabu.
2- Ijazah Kedoktoran Kehormat dari University of Padang Besar.
3- Ijazah Blogger Terhormat dari University of  KFC.
4- Ijazah Seludup Menyeludup dari University of Golok.


Tak cukup kalu, koyak-koyak dan bahagi-bahagikan.
Nombor siri ijazah akan di catit nama masing-masing secara rasmi.


Lihat nama dengan jelas yang dibuat oleh University of Bersih.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive