Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Showing posts with label PAS Dr Rani. Show all posts
Showing posts with label PAS Dr Rani. Show all posts
22/03/2012
21/03/2012
Hasan Ali Belasah Dr Rani Dalam Dewan. “Jumpa Pakar Psikologi Untuk Ubati Masalah Awak"
Oleh: HHalem.
1- Datuk Hasan Ali (BEBAS-Gombak Setia) memulakan tugas pertama beliau sebagai wakil rakyat BEBAS di dewan undangan negeri Selangor dengan menerkam seperti serigala keatas bekas-bekas rakan PAS yang cuba membelasah beliau.
Mangsa pertama ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman (Meru-PAS), yang kelmarin mengutuk Hasan kerana tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja.
Ini berlaku apabila Abdul Rani cuba mencelah dan mencari penyakit dengan mengutuk Hasan ketika berucap.
Hasan membelasah dengan meminta Dr Rani berjumpa pakar sakit jiwa kerana bermasalah.
"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?"
"Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco (Selangor) selepas saya telah digugurkan”
"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya,"
Berang dengan Hasan, Dr Rani sekali lagi mencelah dan mencuba nasib beliau sekali lagi.
"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.
Hasan membalasi:
"Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baik bagi semua orang.”
2- Hasan Ali cukup garang didalam Dewan menyerang bekas-bekas sahabat beliau, tetapi apa yang kita mahu tahu dan lihat ialah adakah beliau akan berjaya mempengaruhi penganut tegar PAS menyebelahi beliau atau Umno-BN.
Dan yang paling mustahak sekali ialah adakah beliau akan mendapat sokongan dan menang pada PRU13 nanti. Kita yakin Umno-BN akan turut membantu Hasan untuk mencapai cita-cita tersebut.
Sumber utama Mkini.
Labels:
Hassan Ali,
PAS Dr Rani
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
-
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
-
Oleh : HHalem Ini kah Taming Sari? Keris Taming Sari Dipamerkan Di Galeri Sultan Azlan Shah IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Orang...
-
Oleh : HHalem . Chief UMB Umno Muka-muka pengendali blog-blog UMB. Lokasi: Restoran Puti Bungsu Batam, off ...
-
Oleh: HHalem. 1- Sebelum ini kita saksikan pembohongan Anwar (kita katakan Anwar pembohong berdasarkan beliau telah banyak kali berbu...
-
Oleh : HHalem. 1- Cukup menarik apabila Din Turtle melaporkan bahawa Komandan UMB Umno cukup bengap kerana mengadu bahawa mereka tida...
-
Oleh : HHalem. Gasak Jangan Tak Gasak 1- Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail bin Aziz mengasak Ambiga, walaupun belia...
-
Oleh: HHalem. Video Oral sex diantara Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri kepada Azmin Ali PKR, dijangkakan akan mengocangkan...
-
Oleh: HHalem. “Nik Aziz Is Father Of Khafir” – Rahim Noor Apabila bekas Ketua Polis Negara, TS Rahim Noor mengelar Pok Nick seba...
-
Oleh : HHalem 1- Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin mengkritik pihak yang menentang rancangan ‘perjanjian pertukaran penc...
-
Oleh : HHalem . Polis Hantar Hadi Pulang Selepas Tahanan 1- Sebaik sahaja Hadi Awang dibebaskan selepas di tahan, beliau telah nai...


