Hebat-hebat belako bloggers UMNO
"Orang blog tak tau dosa”, itu lah tajuk yang dibaca di blog Gunung Mat Cincang (bloggers sesama sepulau Langkawi) (Rujuk 1) dan menyusuli seterusnya ke Utusan Malaysia (Rujuk 2), diperturunkan petikan lapuran seperti berikut,
“KOTA BHARU 22 Dis. - "Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala," demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai pendedahan sebuah blog berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad ditangkap kerana berzina dengan isteri seorang guru di atas kereta api.”
Daripada pengakuan Tok Guru sendiri, ia menunjukan petanda-petanda yang amat bagus dan baik,
1. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa Tok Guru dan konco-konco PIS membaca dan perihatin terhadap bloggers-bloggers ni. Satu penilaian yang baik.
2. Kesan kebangkitan bloggers janganlah diperendahkan dan diperlekehkan. Syabas kepada bloggers pro-UMNO/BN. Usaha-usaha memperkenalkan bloggers baru pro-UMNO yang di usahakan oleh Azli Shukri.blogspot menjelang PRU 13 akan datang banyak kebaikan dan keberkesanannya.
3. Apabila Tok Guru menyebut “kerja orang blog ini tak reti dosa pahala”; nah ambik kau!. Termasuklah blog PKR, blog PAS dan blog DAP.
4. Semuanya “celako, celako, celako”.
5. Semuanya tidak ada perbezaan disebabkan blog PKR/PAS pun main hentam dulu, tanya dan dapat jawapan kemudian.
6. Kankah kita serupa sahaja. Pengamal “do first, get public opinion later. Wait and see, what and how is the public going to respond”
7. Yang peliknya, orang kuat PAS sendiri yang mengaku didalam kes kalwat mengalwat ni, bersumpah-sumpah dengan nama Allah lagi. Tak percaya lihat video, (Rujuk 3).
8. Hebat-hebat bloggers UMNO ni, serang sampai depan rumah Tok Guru.
9. Saya yakin Tok Guru akan jatuh ditangan bloggers.
...................................................................................................
Kerja orang blog tak reti dosa pahala - Nik Aziz.
KOTA BHARU 22 Dis. - "Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala," demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai pendedahan sebuah blog berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad ditangkap kerana berzina dengan isteri seorang guru di atas kereta api.
Beliau berkata, blog juga yang telah membuat laporan tidak betul dan mengarut bahawa rumah menantunya, Abdul Ariffhami Ab. Rahman diserbu oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu malam dan anak perempuannya pula bertindak memaki-hamun anggota suruhanjaya berkenaan.
Katanya, SPRM kemudiannya membuat keputusan menutup fail kes berkenaan setelah mendapati tiada kes untuk pertuduhan membabitkan Nik Abdul Aziz dan menantunya itu yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
"Malaysia ini suasana dia, suasana tak reti dosa pahala. Inilah yang menyebabkan hakim syarie ditangkap rasuah.
"Hakim syarie ini belajar syariah dan dia bertugas di mahkamah syariah, adakah masuk akal orang macam ini ditangkap rasuah.
"Inilah suasana Malaysia, macam tak ada agama, baik sikit daripada komunis, komunis tak ada tuhan langsung, tapi kita ada tuhan, buat apa," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas pendedahan blog papa gomo menerusi klip video di mana seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Saidi Hussin mendakwa telah menangkap Saipul Bahrin di dalam koc orang kenamaan (VIP) kereta api bersama seorang wanita yang didakwa isteri seorang guru ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat.
(Rujuk 1) - Gunung Mat Cincang-Pulau Langkawi >>
(Rujuk 3) – VIDEO Pengakuan dan Sumpah orang kuat PAS >>
No comments:
Post a Comment